Monday, June 13, 2016

Random Pictures #3

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam Ramadhan ke 8 harini.. puasa tak.. alhamdulillah aku masih berpuasa harini.. ok jom kita citer mengenai random pictures untuk harini.. tak banyak sangat pun, tp tetap nak share dalam blog kesayangan ni.. untuk kenang-kenangan la kan.. 

Ok awal Mei haritu heboh psl harumanis.. kan harumanis ni berbuah ikut musim..  bila tengok kat fb, kecur ailio tengok orang update status semua dapat merasa buah harumanis ni.. aku pun wasap tokey dia.. tp dia kata stok terhad, dan Q ramai.. so dia kata kalau nak, kene Q la dan bagi details .. tp tak jamin.. oklah aku Q gak sebab en asben kata bila lagi nak merasa.. tp bila dah masuk minggu ke 3 still tak de apa2 respon, so aku anggap tak de rezeki je la.. tp alih2 penghujung minggu ke 4 tu, tokey dia wasap aku kata stok buah harumanis dah ada.. alhamdulillah rezeki.. dan nasib baik buah harumanis ni sampai ngam2 aku nak bercuti balik kampung masa REUNION haritu.. dapatlah aku bawak balik kampung dan makan bersama-sama keluarga..

baru tiba di pejabat.. siap ada macam2 arahan sebelum boleh makan buah ni..
memang sedap sangat.. kuning dia pun lain kan.. 

Yang brooch ni plak Pegawai Khas kepada boss aku baru balik bercuti di kampung wife dia di Sabah.. siap minta wife dia pilih untuk aku lagi.. terima kasih ye tuan. mudah-mudahan murah rezeki tuan .. ada rezeki boleh belikan saya lagi.. eh! 


Ok yang ni plak aku beli minggu lepas.. self reward la omputih kata ... nak raya kan.. nak gak melawa2... dapat free gift sampul duit raya 10 keping


Ok ni citer anak2.. sibuk nak Buncit Bear.. jenuh la kami laki bini ni asyik pergi ke 7eleven membeli aiskrim la, choki-choki la.. hahah 2 minggu lebih gak baru penuh sticker ni untuk dapatkan Buncit Bear..


akhirnya dapat gak Buncit Bear negara Poland..
Semalam bawak anak2 pergi menonton wayang citer Teenage Mutant Ninja Turtle.. dah ujung2 cuti sekolah baru bawak derang pi jalan2 dan tengok wayang.. citer ni best gak.. biasalah aksi2 lasak tu mesti ada. tp aku suka.. tak rugi lah bawak anak2 pergi tengok.. tp aku rasa orang mengandung jangan pergi tengok la.. sebab ada 2 watak badak sumbu dengan babi hutan dlm tu.. macam tak elok je tengok kan.. 


dah ujung2 citer aku amik gambar ni.. masa ni konon2 Ninja Turtle ni semua dah diterima oleh penduduk bandar la.. dah diiktiraf mereka sebagai wira la..

Alhamdulillah cek dari Nuffnang dah tiba..Aku cashout 1 April 2016 ... rezeki sampai awal minggu haritu.. rezeki nak raya ni.. walaupun tak banyak mana, tp masih lepas la nak tambah2 beli barang nak raya.. siapa nak bagi kan? 



Oklah tu aje.. nanti aku sambung citer mengenai berbuka puasa di kampung ok.. babai

2 comments:

adarnadzmie said...

sedapnya harum manis mimi... kuning masak ranum...

best dpr duit raya dr nuffnung...:)

Mommy Cici said...

comel je bear tu. <3