Tuesday, February 7, 2017

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Last Day

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

9 Disember 2016 (Jumaat)

Check out Guesthouse ----> Incheon International Airport ----> KLIA2


Last day di Korea, sedihnya rasa nak balik dah .. aku mmg ada tabiat kalau esok nak balik aku akan risau jangan la lambat sampai airport ke apa ke kan.. dah la TG tak de. semua aku kene uruskan sendiri.. mmg tak perlu TG pun last day. rugi je sebab bukan nak buat apa2 pun kan.. malam sebelumnya kami suami isteri berkerja keras kemas bag.. maklumlah barang dah banyak.. dengan baju2 winter coat yg tebal2 tu.. kasut2 boot nak simpan. eh banyak pulak rasa nak kemas.. aku set jam pukul 5.30 pg memandangkan pukul 7 pg, korean driver akan jemput kami.. mlm tu gak TG aku dah wasap pic plat kereta Hyundai Strarex yang akan jemput pg2 nanti. tepat jam 5.30 pagi, aku bangun paling awal.. bersiap, kejutkan suami dan anak2.. pastu aku kemas balik cadar2 dan juga tuala kotor aku pulangkan semula kat area lobi.. sampah2 semua aku buang kat tong sampah luar.. waktu tu Ya Allah sejuk sangat2.. aku pastikan bilik itu kemas sebagaimana aku masuk masa 1st day dan mcm tu juga aku keluar... sama mcm di apartment masa di Gold Coast Australia dulu.. kemas dulu sebelum balik... 

Tepat jam 6.50 pg kami keluar dari guesthouse.. sebelum tu aku tinggalkan tagging kuning ni untuk owner gueshouse.. waktu ni kaunter lobi pun tak bukak lagi. owner pun tido lagi gamaknya.. pendek kata memang sunyi sepi sebab tak de orang langsung pagi tu.. tp owner dah pesan malam tadi, nanti esok check out aje.. TG dah settelkan bayaran semua..



Sampai kat luar aku tunggu kat area shopmart .. aku tinjau2 mana lah driver yang nak jemput  ni.. dah la tengah sejuk gile, aku dah cuak kalau dia tak datang atau terlambat ke.. aku try wasap TG aku, mujur dia dah bangun tido. (tapi yang paling aku bersyukur, masa tu aku dah jauh dalam 50 m dr guesthouse tapi still connect wifi guesthouse kat hp aku.. tupun dah ujung2 wifi, tp sempat aku wasap TG aku) hehehe.. dia kata kejap dia call driver tu.. tak sampai 5 minit, lady driver korea pun sampai (kira on time gak la) .. Alhamdulillah lege sangat2... oh ye.. aku tak bayar tau kepada lady driver ni sebab semua dah all in pakej bayar kat TG. Senang hidup aku.. semua dah settle awal2.



gelap masa ni..

Dalam hyundai stratex ni ada wifi.. mmg syok la anak aku tgk youtube memanjang.. aku pun tak jadi lelap mata.. boleh layan fb puas2 sebelum sampai airport.

dari gelap

sampai dah terang benderang

driver belah kiri

bagus dia tolong punggah bag turun


Sampai kat Airport tepat jam 8.00 pagi, perkara pertama aku pergi refund tax.. walaupun aku dah baca review tentang cara-cara nak refund tax tp kadang2 tak berapa jelas.. mujurlah aku ni jenis muka tak kisah.. so aku tanya je lah orang2 kat situ.. kene pergi lane D ke F (Allah lupa la pulak).. pastu terus jalan ke belakang sampai jumpa Lotteria.. ha ada kaunter sebelah tu.. mula2 aku ingat kene pergi terus check barang kat kastam.. tp bila turn aku sampai, dia suruh aku pi sebelah kaunter tu untuk scan2 resit dulu .. so aku gerak pi scan resit.. jangan risau sebab ada je orang akan tolong scankan resit2 tu .. aku baca review kene asingkan2 resit dengan form tax tu ikut sampul (oren, biru dan putih).. aku pun follow la jugak asing2kan resit tu .. tp masa aku nak scan resit tu.. orang tu just keluarkan semua resit dari sampul dan scan aje.. tak ikut sampul pun.. dah scan dia bg aku balik resit2 tu dan aku pergi balik kat kaunter kastam tu. tp orang tu kata tak payah cek bag .. agaknya barang kecik2 kot.. dia tak heran.. oh ye kalau nak refund tax jangan la pi drop bag dulu ok. incase dia nak tengok barang2 korang ke kan.. dah settle scan resit baru lah korang pi drop bag.. (masa ni duit claim belom dapat tau)

ramai orang pagi2 ni.. mujur aku dah buat web check in awal2.. so sampai sini aku just pergi drop bag aje

Lepas dah settle drop bag, barulah masuk kat departure hall.. ha nanti kat dalam ni korang cari  gate 27.. kat situlah nanti korang boleh dapat claim duit refund tax tu.. ala senang aje rupanya.. tak yah risaulah. haha (akulah mula2 yang risau tu).. percaya atau tak. aku ada pe'el tak suka jalan2 dalam airport.. maksud aku jalan2 cuci mata kedai2 kat situ.. sebab bagi aku kalau dah masuk dalam departure hall ni aku lagi rela menunggu flight kat area menunggu tu waima kene tunggu lagi sejam pun .. daripada aku jalan2 cuci2 mata tapi  sat lagi macam tak cukup napas berlari sebab nak kejo flight. hahaha.



sorang dah terbongkang.. sorang melayan lukis2..
order nasi kerabu.. not bad la jugak




tak sabar sampai di Malaysia
Alhamdulillah sampai kt KLIA2 dengan lancar dan selamat .. dalam flight pun tak de air turbulance ke apa ke.. urusan imigresen pun berjalan lancar.. aku bersyukur perjalanan kalini berjalan dengan baik.. tanpa apa2 yang tak diingini.. walaupun aku pergi gunakan TG dan tidak redah sendiri, tapi aku puas hati sangat2.. semoga ada lagi rezeki aku dan keluarga berjalan ke tempat lain.. ni baru awal tahun .. sempat lagi nak kumpul duit untuk berjalan hujung tahun nanti.. nak kemana? buat masa ni belom ada apa2 perancangan.. tiket flight pun belum beli lagi.. sampai kat rumah, TG aku wasap gambar kat bawah ni... owner guesthouse dah letak tagging aku yang kuning tu di ruang lobi guesthouse.. bezanya orang lain letak duit .. aku letak tagging comel... kuning pulak tu.. menyerlah kat situ. hahaha.. siapa-siapa yang pergi korea dan duduk di Nungmaru Guesthouse ni, kalau nampak tagging aku.. sila la komen kat sini tau.. 


Insyallah nanti aku buat entry street food dengan souvinir ye.. babai

1 comment:

Akak Kembang said...

orangpun jenis pengecut segalah... risau kemain ... dah pegi baru tau kan ...