Wednesday, May 16, 2012

❤ Mother's Day ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sebenarnya nak kata sambut sempena hari ibu pun tak , nak kata tak pun macam yer.. sebabnya kebetulan time kami pi makan kat Tony Romas ni tengah ada promotion Mother's Day.. so alang2 kira menyambut gak la..

Masa tahun lepas, kami ke sini gak (macam tak de tempat lain ek nak celebrate kan??? semuanya secara kebetulan jek..) masa tu promotionnyer, si ibu dapat segelas air special ntah apa ke namanya secara percuma.. dan mmg sedap2 ler.. yang pastinya HALAL.. dan dia bg pen sempene hari ibu.. tp kalini dia tak bg apa2 gift on that day.. tp dia bagi aku sekeping voucher makan percuma untuk next visit.. dan harga tak boleh lebih RM50.. ok la tu kan.. tu pun dah besar rahmat dapat free. hehehe


sementara tunggu makanan, layan la si adik dengan new toys dia.. ni PONY yang ke berapa ntah dia beli.. dah berekor2 ponies ada kat rumah tu..


si abang dengan ironman. mementang tengah glamer cite Avengers ni kan.. masa beli ni dapat poster Avengers percuma dengan sekeping tiket wayang percuma citer ni.. tp kami dah tengok last week, ada kang yang pergi tengok lagi sekali ni. sebab mmg best citer ni..


starter .. kickin shrimp.. sedap..
dia buh dalam bowl, tp aku tuang dalam pinggan sebab nak gaul semua salad tu..


ni en hubby punya..  tp aku bedal satu potong


ni aku punya.. salmon grilled


last sebelum balik, kene pusing roda impian ni.. alamak gegar la plak.. dalam banyak2 aku dapat Mystery Gift. ala tak de la mistery pun..


dapat vocher half onion loaf dan mini dessert.. ok la kan sapa nak bg freee.


dan sekeping fridge magnet.. wow sukaa walaupun FM biasa2 je..


thanks papa belanja mama.. sayang papa dan anak2 selalu.. sorry gambar kami berdua tak de yer. hehehehehehe

Tuesday, May 15, 2012

❤ Dating sambil makan Pau - Pau Yik Mun ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Amat jarang aku lunch dengan hubby aku, tp minggu lepas hubby ada hal kat KL, so dia calling2 akuk ajak lunch, tp sebab perut dah kenyang makan kul 10 pg, tak de la beria2 makan lunch, so kitaorang just makan ringan2 kat plaza hartamas.. ting! jom kita makan pau.. ala pau yang gelemer tu.. PAU YIK MUN..


tak de la order banyak sangat.. 3 bijik ajer.. pau kacang, pau ayam dan pau daging..


salah satu isi dalam pau tu.. fuhhh panas2 sedapp


jom mamam pau..
(ayo apasal eyebag semakin ketara.. ada petua tak nak hilangkan???)


eceh eceh memalu plak dia bila aku snap gambar.. elek la bang.. abangkan gelemer..


tak tahan tengok meja sebelah order chicken chopp.. akhirnya terjebak jugak order chicken chop. heheheh.. banyak giler bawah dia letak atas ni.. tak de nyer aku makan bawang2 ni seme..


nanti nak try yang bebetul kat Tanjung Malim punya.. asyik makan kat Plaza Hartamas ni yek..

Monday, May 14, 2012

❤ Smart Reader - Sports Day ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Maaf sangat2 sebab haritu terpost entry pasal sukan sekolah smart reader ni, tp kosong la plak. tak sempat nak edit dah terpost.. tak pasal2 aku kene delete, sebelum orang pelik baca entry kosong. hehehe

29 April yang lalu.. fuhh dah 2 minggu lebih tu baru hegeh2 nak update! cam tahun sudah ada sukan sekolah emily .. kalini dapat topi dan baju baru lagi.. agaknya derang amik ikhtibar, budak2 kepanasan kot.. tu yang tahun ni dapat topi..

Pagi2 acara tahunan ialah berbaris la kan.. tak sangka anak aku dah 6 thn. kira dah senior la tu. hehehe.. nampak tak anak aku? tu ha no 3 dari depan


segak berbaris di bawah panas terik pagi2.. tak pe dapat vitamin.. vitamin apa yek. hahah mak lupe yek


untuk budak2 6 thn, derang kene buat 2 kali.. satu sukaneka, satu lagi joget2 ala2 gadis pompom.. comel2 jek memasing



dengan penuh semangat anak aku joget ikut irama




siap dengan lompat bintang lagi


ok ni plak acara sukanekanyer.. kalini kene jalan pakai terompah.


terer anak aku pakai.. hehehe


cikgu tengah check betul tak posisinya. kang takut jatuh telentang lak..


ready 1, 2, 3


memula cikgu pegang setiap budak2, takut jatuh..


pastu bila dah stabil, baru dia lepaskan..


cikgu standby takut jatuh..


ye group emily menang.. tp dun wori la, semua dapat pingat .. hahaha budak2 kan, kang kalau ada yang tak dapat, compem nangis




emily dengan echa..




last sekali emily dengan abang (kawan gaduh kat rumah)



ok tu jek la.. kenang-kenangan buat emily..

p/s : cik nuffnang bila nak bg saya buffered earning ni.. tak sayang saya lagi ke.. hehehe

Thursday, May 10, 2012

❤ Doa sebelum tido ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini aku nak share ayat pelindung / keselamatan yang boleh diamalkan dari ilmu pukau dan apa2 sahaja lah.. tp aku amalkan ayat2 berikut sebelum tido..

Ok seperti yang ramai tahu atau tak berapa tahu, ayat keselamatan atau pelindung adalah surat Yassin Ayat 1 - 9 .. insyallah kalau rajin baca, boleh hafal ayat ni..



sebelum tido biasanya aku amalkan ayat/surah kursi..


kemudian baca surah Yassin ayat 1 - 9 tadi seperti di atas.. tp kalau tak leh hafal, boleh jugak di baca ayat 9 jer dari surah Yassin tadi.. iaitu seperti di bawah ini.. ayat ini juga sebagai pelindung rumah kita dari dimasuki pencuri (dengan izin Allah s.w.t) Baca sehingga sampai ayat "saddau"...(bayangkan keliling rumah kita) dan teruskan bacaan sehingga selesai.


 pastu amalkan bacaan ayat/surah 3 KUL ini..


dan baca surah Al Fatihah


dan sebelum aku tutup mata tido, aku baca ayat ni



Terjemahanya: "Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan izin Allah".

ayat atau doa ini sebenarnya untuk keluar dari rumah, tp aku amalkan jugak untuk tido.. menjadi kelaziman aku bila nak drive ke tempat kerja, drive pulang dari kerja dan nak tido aku amalkan ayat tu..

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.)

Wednesday, May 9, 2012

❤ Kad untuk Mama ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sebenarnya gambar kad ni aku dah letak kat dalam FB aku, maybe ada yang dah tengok ada yang belom, tak kisahlah, aku sajer nak abadikan kad ni dalam blog aku. sebagai kenang-kenangan..

Semalam masa kelas lukisan, cikgu suruh buat kad sempena hari ibu, rasa sangat terharu, balik sekolah agama tadi, berlari2 farhan datang kat aku .. kemain tak sabar2 nak bg mama kad ni.. siap peluk dan cium mama berkali2.

Muka depan kad.. dia kata idea dia buat bentuk LOVE sebab dia sayang mama.. mama sentiasa ada dalam hati a'am.. dan dia nak bg hadiah setangkai bunga rose kat mama

Bila a'am dah besar, aam nak hadiah kan mama rumah dan kereta (tp dia kata sori mama sebab dia kaler kereta tu kaler biru, dia lupa nak kaler kereta tu warna pink, kaler kesukaan mama) oh anak, mama sangat terharu sayang

walaupun simple, tapi sangat mencuit hati.. pandai dia lukis gambar mama dia pakai tudung.. siap ada cermin mata.. hehehehe


oleh sebab dia panggil aku mama, so dia kata dia tulis Selamat Hari Mama.. ni la rupa sekeping kad hari ibu.. walaupun ada orang kata tak baik sambut hari ibu, tak mengapa lah, yang penting aku tau anak aku sayang pada aku..

Happy dapat kad dari anak tersayang.. belajar rajin2 yer sayang, agar impianmu nak hadiahkan mama sebuah rumah dan kereta tercapai.. :)

Tuesday, May 8, 2012

❤ Tak abis2 dengan Tudung Fareeda dan De Nourish ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Tak abis2 aku letak gambar pakai tudung fareeda ni kan.. ala tengah musim tudung fareeda ni. layankan je lah.. esok musim fareeda dah abis, kita berfesyen tudung lain plak kan.. ok just untuk kenangan2 memakai tudung jenama FAREEDA dan DE Nourish

dalam banyak2 aku suka kaler tudung ni .. sweet sangat.. kebetulan jumpa baju kaler ni jugak. so mmg orang ngantuk disorongkan bantal ler.. terus pakai!


hehehe yang ni pakai tudung leopard dengan baju plain hitam.. masa ni tengah kemas2 bilik boss.. sambil kemas, sambil snap2 pic.. sori boss, saya pinjam cermin sat!


ni plak tudung purple beli masa crazy purple day.. pakai dengan baju batik.. masa ni ada perhimpunan bulanan.. tp muka tak sempat make up.. tersangatlah kusam..


ni plak gambar kat picc, masa ni PM umumkan pasa SPBA dibatalkan tu... baru lepas amik makanan ni.. hari khamis, pakai baju batik gak..


eh eh baru pasan, kalini banyak plak aku snap pakai baju hitam kan.. sib baik baju lenlain, tak de la nampak boring jek.. ni snap kat dalam bilik je.. tak de apa2 yang menarik time ni.. ok kaler shocking pink ni sangat cun tau.. hahaha dasar perasannn

Tuesday, May 1, 2012

❤ Genap 4 tahun ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Tiada kata2 yang dapat diungkap.. aku terlalu rindu pada arwah abah.. genap 4 tahun arwah abah meninggalkan kami sekeluarga, jasa dan kenangan bersama arwah abah masih utuh dalam ingatan.. seorang bapa penyayang, pemurah dan tak pernah marah kami adik beradik..

Semoga arwah abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.. al-fatihah.