Friday, December 16, 2016

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

3 Disember 2016 (Sabtu)


KLIA2  ----> Incheon International Airport ----> Check in Nungmaru Guesthouse ----> Myeondong

Hari yang ditunggu pun tiba.. lama giler nak tunggu pergi korea. maklumlah beli tiket Air Asia punyalah lama. hehe .. apapun bersyukur sangat sebab semua dah prepare awal2.. mcm biasa kalau nak pergi jalan jauh or oversea aku biasanya beli sedikit makanan segera .. dalam pakej dengan tour guide mmg disediakan makan tengahari dan malam. tp untuk breakfast guesthouse hanya sediakan roti bakar & cereal aje + susu dan 3 in 1 ... mana nak masuk tekak aku pagi2 makan cereal.. 


Jam 3.30 pagi kitaorang dah keluar rumah... mmg saje keluar awal risau takut tak terbangun dan lambat ke KLIA2. baiklah pergi awal2 kan.. budak2 pun tak meragam.. 


Masa sampai tu ingat nak lepak minum kopi kat Mccafe, tp ramai yg tido atas kerusi.. siap tido merengkut lagi so semua kerusi penuh.. last2 kitaorang masuk kat starbuck tp kaunter dah tutup pulak. kebetulan ada 1 meja kosong dan kami dapat duduk situ.. budak2 siap layan ali baba bujang lapuk kat ipad.. semua tahan mata dari tido.. 


Mujur ada cable kat meja ni.. dapat la charge hp kejap.. kiranya kitaorang dapat duduk selesa la kat sini.. kalau bernasib baik dapat kerusi yg panjang leh la baring2..



Pukul 4.30 kitaorang beratur nak drop bag.. orang pun tak ramai sebab masih awal lagi.. then terus masuk ke departure hall.. pkl 6 pg tu terus solat subuh kat area sana.. senang tak kelam kabut..


Before naik flight, Hafiz wasap aku suruh amik gambar berempat sebab dia nak bg gambar ni kat korean driver. Senang nanti korean driver nak cam kami bila dah sampai.


Flight kami delay setengah jam. ntah apasal lambat sangat bergerak.. tp syukur sebab perjalanan smooth .. tak de air pocket pun.. landing pun dengan baik..





Seat aku row area belakang2 sikit .. kalau sebelum ni aku naik AAX masa pergi Gold Coast, kalau duduk area belakang sekalipun, penumpang akan dapat makanan awal.. sebab pramugari akan sorong makanan serentak ... bermula dari seat belakang dan dari seat depan.. so tak de la lama sangat menunggu makanan.. tapi kalini naik AAX pramugari serve makanan dari seat depan sampai seat belakang. bayangkan betapa lama menunggu orang yang seat belakang nak dapat makanan.. lebih daripada sejam.. orang depan dah tersandar kekenyangan orang seat belakang tak dapat makanan lagi.. sabar ajelah..

mcm biasa la prebook meal wajib ada nasi lemak pak naseer.. 
Kami sampai di Incheon Airport lebih kurang jam 3.15 petang.. syukur sebab imigresen tak panjang lansung. mungkin tak bertembung dengan flight lain kan.. beratur tak lama. tak sampai 20 minit dah settle.. macam tak percaya pulak cepat sangat urusan ..




Sampai kat pintu luar aku tengok driver tak sampai lagi.. so swafoto dulu dengan anak2.. sementara tu aku wasap Hafiz tanya pasal driver.. tak lama hafiz balas kata driver dah ada kat luar airport, tp hafiz dah suruh jemput kami kat dalam. yelah kami mana kenal driver tu cemana rupa kan.. oh ye hari pertama ni tak de TG tau .. just free & easy, so depa tak caj kami untuk perkhidmatan harini.. bayaran untuk driver plak TG dah uruskan.. semua termasuk dalam pakej ground kami..





Bila keluar airport, masyallah sejuk sangat2.. masa ni kami tak pakai apa2 langsung glove ke winter jaket yang tebal.. tp nasib baik sekejap aje kat luar tu.. terus naik van hyundai starex ni dan rasa warm je..






Perjalanan dari Airport ke guesthouse dalam masa sejam.. dari terang sampailah gelap.. kat sana gelap awal.. maklumlah musim sejuk kan.. budak2 pun masih keletihan.. semua tertido dalam kereta.



Sampai di Nungmaru Guesthouse, driver bawak van sampai ke atas depan guesthouse .. tau je lah jalan kat korea ni berbukit2... jadi tak de la kami risau angkut bag naik bukit kan.. dah la 4 bag besar.. sejuk2 pulak tu nak angkut bag .. sampai di guesthouse owner dia sambut kami dan terus tolong bawak bag kami naik ke bilik.. masa ni suhu makin sejuk sangat.. tak tahan rasanya..



Inilah bilik kami selama 6 malam. biliknya tak luas sangat dan tak sempit sangat.. just nice untuk kami berempat.. dengan 1 katil double dan 1 katil double decker. wifi pun sangat laju.. puas hati.. 


ada peti ais mini dua tingkat sebelah katil budak2 ni .. kat sebelah gantung hanger tu sebenar nya ada TV.. tak snap gambar pun..  kami solat kat area bag pack tu.. mmg ngam2 je bilik ni..

depa sediakan kabel ni.. banyak plug boleh guna. tp kami bawak extension plug kami sendiri

disediakan sinki, cerek lektrik dan cawan untuk bancuh air..

dalam kabinet di bawah sinki tu ada perkakas2 yang boleh digunakan..

bilik kami tak de kunci atau kad mcm kat hotel tu.. just tekan no bilik .. dan tombol ni dari dalam.. sangat2 security lah.. 

bilik air pun dalam bilik, tak kongsi dengan orang lain.. shampo dan sabun mandi botol besar disediakan.

plan nak cari makan kat Myeondong malam tu, tp budak2 dan bapak budak dah lapar.. so aku masak air dulu.. bukak maggi kasi alas perut dulu..
Pukul 8.30 malam kami tukar baju dan terus keluar ke Myeondong.. mmg plan nak cari street food je malam tu.. alhamdulillah kami makan kebab, nutella pancake dengan roti ikan  .. gambar dan cerita pasal street food nanti aku buat entry kemudian..








beli stokin kat sini.. beli 10 helai percuma sehelai KRW10,000.




Masa ni beli kebab.. sedap makan panas2.. 




Balik dari Myeondong, kitaorang borong sikit susu2 ni untuk simpan dalam peti ais.. beli untuk minum seminggu kat sana.. kedai ni murah sikit.. dekat dengan Nungmaru Guesthouse.. 4 botol KRW4,500 aje.... (hari last day aku beli kat airport 4 botol KRW 6,000)


beli perisa pisang dengan strawberry..

malam tu sebelum tido, kami charge penuh2 hp, powerbank dan bateri kamera..sib baik bawak extension plug.. tak delah berebut2 kan..

Malam tu tido awal sebab esok TG cakap jumpa dia pukul 9.00 pagi di tempat breakfast... bye.. jumpa lagi..

Thursday, December 15, 2016

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Mukadimah & Itinerary

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pada 3 Disember hingga 9 Disember yang lalu, aku dan keluarga telah bercuti ke Seoul Korea.. Alhamdulillah kami dah pun selamat sampai di Malaysia terchinta ni jumaat haritu.. segala yang dirancang berjalan lancar.. setahun kot aku kumpul duit nak bercuti ke korea ni.. biasalah untuk orang2 mcm aku yang travel setahun sekali gini la gamaknya..  aku akan make sure aku akan kumpul duit secukupnya dulu… aku tak nak ada rasa menyesal di kemudian hari .. bukan kita nak melancong tempat yg sama berulang kali terutamanya untuk trip2 yg jauh macam nie…   aku ni plak jenis kalau berjalan tu suka merancang dari awal.. sebab aku suka menikmati percutian tu, bukan jenis asal boleh je pergi bercuti .. lagi2 aku bawak anak2.. so kenelah prepare betul2 kan... tapi tak delah sampai percutian tu bermewah2 dan juga bukan ala2 backpackers … bagi aku asalkan penginapan selesa, cukup makan dan semua tempat dapat pergi dah syukur sangat-sangat..

Oleh sebab aku nak menikmati keindahan bumi korea ini dengan lebih santai, kalini aku ke korea menggunakan khidmat Tour Guide Student (TG)..  ada orang kata tak susah mana pun jalan kat korea ni, boleh je pergi sendiri ... ada orang lain pulak suka dengan Travel Agent (TA) sebab semua ikut je apa yang diplan oleh TA, jadi ikut suka koranglah ... tapi aku plak mmg awal2 dah plan nak pakai TG sebab lebih flexibal.. dia ikut je apa yang kita nak kan.. antara sebabnya satu aku rasa lebih selamat dan tak payah pening2 kepala nak study cara naik subway .. kalau aku pergi sendiri kang bila sampai kat subway mula la tercongok2 baca peta tak paham.. takut habis masa macam tu je dekat sana dan tak sempat nak pegi macam-macam tempat.. compem dah lari dari jadual yg kita  plan.. hahaha dah la bengap nak baca peta. so tak payah la buang masa.. kita kasi serah pada yang pakar.. I followww ... tapi kalau korang rajin study psl subway, tak de hal.. banyak je apps yang ada boleh dirujuk.. aku jek yang tak berapa nak rajin.. malas ler tewww.. 

Alhamdulillah syukur sangat2 sebab sepanjang kami kat sana, semua jenis transport kami merasa naik tau.. daripada van (Hyundai Strarex untuk airport transfer pergi balik), pastu kami naik bas sangkut2, kami naik subway, kami naik train ITX, kami naik teksi dari station gapyeong ke nami island dan bas ekspress nak ke vivaldi park...  mcm2 transport semua kami naik. anak2 pun seronok..  tapi kalau ada jenis orang yang tak suka naik transport awam ni better cari lah travel agent yg siapkan private bas.. lebih memudahkan.. 

Bab makan pun 1 hal gak nak mencari.. dah la pergi musim sejuk.. perut cepat lapo, kang mula la nak marah bila tak jumpa cari kedai makanan halal.. pastu dah sampai kedai kang mula la tak tau nak pilih apa.. ha sekali lagi kita serahkan pada yang pakar untuk mengorder makanan sebab diorang boleh suggestkan makanan yang sedap-sedap  .. kita pun tak was2 kan.. yang lagi best sebab dah masuk dalam harga pakej.. so tak yah fikir-fikir atau berkira-kira makanan tu mahal ke tak.. kita makan aje ..

Lagi 1 bab shopping pun aku rasa mudah kalau ada yang boleh berbahasa korea ni.. at least TG itu boleh la tolong kita nak communicate kan? mcm nak tawar2 ke, nak tanya harga ke? Pastu plak kalau kita dah tau nak aim apa contohnya brooch ke, kain silk ke, souvinir ke, TG tu tentu dah tau dah kedai mana yang murah dan berbaloi.. terus je tuju kedai tu.. tak yah singgah banyak2 kedai, jimat masa.. betul tak, betul tak... 

Kebetulan pulak, mmg masa aku untuk bershopping souvinir agak terhad disebabkan dalam jadual, semua tempat aku nak pergi. so masa untuk shopping souvinir tu aku sempat selitkan pada hari ke 4 iaitu lepas balik daripada vivaldi park.. masa ni TG aku terus bawak aku ke tempat shopping.. tp serius aku cakap.. mmg berbaloi sangat2.. sebab apa berbaloi.. nanti aku cerita pada hari ke 4. sabar naa...

Panjang betul mukadimahnya... baiklah kita teruskan lagi membebel ... Ok yang pertama kita share pasal itinerary dulu la yer..  Inilah serba sedikit jadual perjalanan yang aku sendiri pilih dan tetapkan.. pada mulanya aku plan nak terbang pada malam hari dan sampai esoknya di Korea pada awal pagi dan boleh terus jalan2.. tp husband cakap why not kita amik je awal sehari dan sampai korea petang/malam pun tak pe.. kita just rehat-rehat, santai-santai sebab takut budak-budak penatkan.. esoknya baru kita start jalan2 dengan lebih fresh .. (sebab ada pengalaman masa pi Gold Coast kan.. sampai je terus jalan2.. agak penat juga la sebab ada budak2.. kalau hanya orang dewasa je, boleh je terus jalan2 pagi tu, tak de masalah)

Aku ke Korea ni 7 hari 6 malam tetapi aku guna khidmat TG ni sebenarnya 4 hari je (ahad hingga rabu) .. hari ke 6 (khamis) aku free & easy sebab nak ke lotte world tu tak perlu guna TG.. senang sangat nak pergi... hari 1st day dan last day ke Airport tak perlu juga TG. hanya korean driver je yang akan jemput dan hantar pi airport..

So inilah itenary aku, alhamdulillah 95% apa yang aku listkan tercapai dengan jayanya tanpa sebarang musibah atau halangan.. yg lagi 5% tu just benda2 kecik je contoh mcm aku plan nak makan pau kukus kt nami island.. tp tutup la pulak.. pastu ada la benda kecik2 lg.. tp sikit pun tak merosakan agenda perjalanan aku ni..


Percutian 7H 6M 

Day 1 – 3 Disember 2016 (Sabtu)
(free n easy)
Incheon International Airport
Airport Transfer (pick up by korean driver)
Check in Guesthouse


Day 2 - 4 Disember 2016 (Ahad)
Namsan Tower
Gwanghwamun
Gyeongbukgung Palace
Cheonggye Stream
Hanok Village
Itaewon Street
Seoul Mosque

Day 3 - 5 Disember 2016 (Isnin)
Nami Island

Cat Cafe

Day 4 - 6 Disember 2016 (Selasa)
Everland


Day 5 - 7 Disember 2016 (Rabu)
Vivaldi Park - Ski
Namdaemun Market

Day 6 - 8 Disember 2016 (Khamis)
Lotterworld

Day 7  - 9 Disember 2016 (Jumaat)
(free n easy)
Check out Guesthouse
Incheon International Airport
Airport Transfer ( send by korean driver)


Kalau perasan eh tak pergi Myeondong ke? ala tempat syurga kosmetik tu.. hahaha sebenarnya guesthouse aku iaitu Nungmaru Guesthouse terletak di area Myeondong.. kalau berjalan kaki hanya 5 -10 minit sahaja. so tiap2 malam aktiviti wajib sebelum balik guesthouse mesti singgah Myeondong untuk cuci mata & cuci poket.. hehehe ..

Kalau ada siapa-siapa yang berminat, korang bolehlah hubungi En Hafiz di http://jelajahkorea.blogspot.my/ atau wasap beliau di 019-3944174 .  Itinerary korang boleh bincang untuk diubah, tak semestinya ikut itenary aku.. tak de masalah.. harga pun boleh bincang dengan En Hafiz sebab harga aku base on tahun ni.. kalau tahun depan mungkin dah berubah. maklumlah duit kita makin jatuh.. huhuhu

Panjangnya la aku citer berkenaan dengan itinerary.. ok nanti kita sambung lagi ok.. 

Tuesday, September 20, 2016

Lexis Hibiscus Port Dickson 16 Sept 2016 - 17 Sept 2016

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah peperiksaan UPSR dah berlalu.. so cuti sekolah yg lepas aku amik kesempatan bawa anak-anak berjalan-jalan .. ala short trip aje sebenarnya pun hanya 2 hari 1 malam.. sebelum ni pun ada bawa anak-anak ke genting highland.. tu pun tak lama balik hari je ... tahun ni belum ada lagi jalan jauh .. insyallah ada rezeki kalau tak de aral melintang hujung tahun memang nak bawak anak-anak jalan jauh sikit.. buat masa ni kita pergi dekat-dekat ajelah ye .. pilihan kalini kami bawak anak2 ke Lexis Hibiscus Port Dickson.. tahun lepas kami dah bawak ke Grand Lexis, so kalini bawak ke sini pula la.. 

Pagi Jumaat tu kami bertolak dalam pukul 10 pagi.. singgah breakfast dulu kat area rumah dan terus gerak ke PD. alhamdulillah perjalanan berjalan lancar.. tak de jem dan sampai sana lebih kurang pukul 2 ptg.. kami lunch di teluk kemang dan lepas tu emily kata nak naik kuda.. ok layankan sahajalah.. tapi abang kata tak mo naik kuda.. sukati lah farhan..


Lepas naik kuda, mereka berdua nak main belon pulak.. oklah tak mahal mana RM 5 je semangkuk.. tp aku beli 2 kali sebab mereka tak puas main..



Dalam pukul 3 lebih kami pun bergerak ke Lexis Hibiscus.. orang ramai giler haritu .. yelah cuti sekolah lagi, public holiday lagi kan.. memang ramai sangat2 orang..

ye dah sampai
belom apa2 kasi budak2 ni posing dulu.. sebenarnya si adik yg tak sabar sabar nak terjun kolam.. dapat snap gambar dia sekeping je ni sebelum dia tukar baju mandi.. haisssh over tau ko ni dik

bilik dia sangat cantik... besar dah luas.. oh ye aku amik Premium Pool Villa..

best sebab dapat compliments semua ni



sambil cuci2 muka boleh tengok anak mandi kolam depan tu


puashati

tuan blog kaler se tema dengan hotel..

dalam bilik ada kaca ni.. gerun aku nak pijak.. mana tau bobos kaca ni.. terus masuk laut.. haisshhh selisih..

kasi can la kan mak feeling2 datin kt sini..

buat air untuk minum petang sambil makan maruku.. patutnya aku beli goreng pisang dulu kan sebelum check in.. baru la boleh layan

Malam tu kami tak keluar dinner kat luar.. kami dinner kat dalam area hotel aje.. ada Hibiscus Walk .. cantik kat situ, tp aku tak amik gambar pun. sebab malas.. makan kat situ pun guna kupon.. sebe sebi guna kupon kat sini.. kat dalam area hotel ni dia sediakan banyak kedai makan.. so tak payah susah2 keluar.. lepas dinner aku pun sempat buat spa urut kaki..

Esok pagi2 anak aku dah bersiap nak terjun kolam lagi.. oleh sebab matahari pun dah naik, so dia mandi siap berspek hitam dan bertopi.. ala2 diva budak sorang ni..



Bilik kami 360  - premium pool villa.. bilik di area petal hibicus .. mmg cantik..  bye bye.. ada rezeki boleh pergi lagi. tp mcm nak try kat Lexis Penang pulak kalau ada rezeki..


Sampai kat lobby, budak2 ni nampak tempat main bubble ni lagi.. so sambung main kat hotel pulak.. kalini pakai gelung beso sikit, so bubble tu jadi lebih besar..


kat sini juga ada tempat untuk print gambar kenang kenangan berlatar belakangkan hibiscus ni.. murah je .. RM10 sekeping.. boleh la janji ada kenangan..
bye-bye
Lunch kami singgah di Mari Makan di Teluk Kemang.. makan nasi campur je.. last sekali pekene ABC.. melimpah eskremnya sampai nak tergolek keluar..


Sebelum balik kami singgah ke rumah terbalik di PD ni.. nak pergi rumah terbalik kat Sabah tak sampai lagi.. so ke sinilah kita.. tp tak de lah menarik sangat.. bayar mahal, tp tak banyak sangat pun yg menarik kat dalam sini.. rasanya boleh diperbaiki lagi...






mcm panjat rumah kan






Last but not least, kami singgah beli Coconut Shake dengan Mango Shake yg tengah viral jugak la.. beli kat kedai Mr Burung ni.. bg aku mmg rasa sedap, harga pun murah.. memang boleh repeat beli kat sini..


sedapnya..

Inilah percutian singkat kalini.. tak sabar rasanya nak bercuti hujung tahun ni pulak.. ke mana ye? Tungguuu .... hehehehe