Tuesday, June 26, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Kedua

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kami tiba di Istanbul Ataturk Airport jam 5.56 pagi (waktu Istanbul) (10.41 tengahari waktu Singapura/Malaysia)


ada kamera kecik untuk kita lihat flight ini mendarat. kita rasa ala2 pilot la gitu. hehehe

alhamdulillah selamat sampai.. bag pun semua cukup.. tak de yang kehilangan bag
Alhamdulillah dah tiba Istanbul..

masa ni terus aku pakai lense.. baru la terang sikit mata tu

kebetulan lak kami sama2 pakai baju hijau turqoise.. Kak Azah dan anaknya ni la yang aku selalu saing gi sama2 ke masjid nabawi dan masjidil haram

Kami naik bas dan terus menuju ke Bursa.  Bursa adalah kota keempat yg terbezar di Turki selepas Istanbul,Ankara,Izmir. Bursa pernah menjadi Ibu Kota kegemilangan zaman Kesultanan Uthmaniah.
 

kacang hazelnut yang diberi oleh stewardess.. sedap gak ngonyel2 dalam bas


Perjalanan ke Bursa mengambil masa 3 hingga 4 jam dan ianya sejauh 240km dari bandar Istanbul dan kami perlu menaiki feri untuk merentasi selat Marmara yang memisahkan Istanbul dengan Bursa


nak naik feri dah.. sejuk kat luar tu..

pemandangan mmg cantik.. kalau nasib baik boleh nampai ikan lumba2


dalam ferry ni ada ruangan macam cafe.. insyallah halal..


KASA = CASHIER

kat luar sangat sejuk, so kita minum hot choclate dulu (choclate dipanggil CIKOLATA)
sandwich or kebab di sini tak de mayonis atau cili sos.. kosong je macam tu.. kesat je kat tekak
ingatkan nak tumpang charge macam kat airport singapore... sekali tuuuuuuuuuuu
tak paham instruction daaaaaa...


Kalau dilihat sepanjang perjalanan, Bandar Istanbul ni memang cantik sangat2. Waktu aku pi ni musim bunga tulip dah abis, yang tinggal bunga2 ros ajer. Tp masih cantik2. Kat Istanbul ni memang ada banyak Masjid, kalau tak silap ada 3000++ masjid di sini.

Setiba di Bursa, kami makan tenghari di Restoren Yusof. Cantik restoren ni.. oh lupa plak nak cakap.. cuaca kat sini sejuk.. ala2 kt Cameron Highland.. mmg best ler.. 


makan kat sini simple2 ajer.. daging ala2 daging beger tu bukan 5 keping untuk 5 orang makan, tp untuk sorang makan. jenuh nak abiskan
 
salad kat sini mesti letak olive oil baru sedap makan..
cantik pelayan dia


 
dah makan semua, kami teruskan perjalanan untuk solat zuhur.. di mana??? Kami semua solat zuhur di Grand Masjid atau lebih dikenali dengan nama Grand Mosque (Ulu Cami ). Grand Mosque adalah masjid terbesar di Bursa dan ianya sebuah masjid lama peninggalan Empayar Uthmaniah di Turki.








 
Lepas bersolat, kami diberi masa untuk melawat Silk Market yang berada berhampiran dengan masjid ni.. kat sini lah kami tukar duit RM kepada Lira.. Ok sebelum ke Turki, kami tukar duit RM kepada USD sebab Money Changer (MC) Malaysia tak de matawang Turki (Lira). Kat Turki ni plak, MC dia tak terima duit RM.  Jadi nak tak nak kene tukar USD dulu, barula kita boleh tukar kepada LIRA. Hehe faham kan situasi ni? Ok apa plak yang ada dalam Silk Market?? Jom kita tinjau2..

orang2 perempuan turki semua pakai scarf dari silk .. mmg cantik2 la.. nak beli tp harganya boleh tahan, dan juga aku tak minat pakai silk, takut tak sesuai. so pandang2 ajer lah walaupun cantik

memula aku pelik gak apakah pakaian ni.. bila dah pernah terjumpa budak pakai ni baru aku tau. (gambar aku dengan budak pakai ni aku letak hari lain)  rupanya ini adalah pakaian untuk budak2 lelaki yang akan dan baru bersunat.. hehehehe

sempat membeli sehelai blouse dan amik gambar dengan dia ni.. cantik kan

roti kat sini besar2 gadang.. sebijik rupa tu sebesar pinggan makan kita.. ko mampu nak abiskan????
jual tepi2 jalan jek. aku tak beli sebab takut tak abis. hehehe

Jalan-jalan lagi terjumpa dengan kekacang ni. aku beli 3 Lira.. adalah dapat sepeket kecik. jadilah buat ngonyel2..

kasi closet up sikit.. nampak sedapkan?
pintal2 ais krim
 

hehehe dia bagi aisrkim hulur pakai besi panjang tu jek.. mmg kebiasaan derang macam tu.. maklum ler aiskrim tu tak cair2
kat sini aku beli tuala tangan bersulam.. cantik2 juga
Puas hati la berada di Silk Market ni. Barang2 boleh dikatakan murah (sila jangan convert duit tu kepada RM yer.. kalau tak memang takkan beli barang) kat sana aku hanya fikir duit dia sama macam duit kita.. contoh sebijik FM harga 3 Lira.. so aku anggap RM3 .. (padahalllllll sendiri mau ingat)

Lepas ke Silk Market, kami menuju ke Silk House pulak.. dalam ni macam2 ada, tp mahal sikit ler.. jom kita tengok apa yang ada..


giler la masuk sini... rasa semua nak beli.. tpppppppppppp


tak beli pun, takut pecah

shot glass.. ada la aku beli 2 biji






Lepas tu kami dibawa lagi ke melawat Green Tomb.. sejarah dia aku lupa, kalau nak tau, google la yek. hehehe








eceh-eceh romantik la konon. mementang anak tak de bersama
Dah puas berjalan, Tourist Guide kami iaitu Ali (pandai berbahasa melayu) tp selalu cakap omputih ler kan.. dia berikan kami sorang sebiji buah plum muda.. katanya untuk ORANG MENGIDAM. hahah sapa ajer lah yang mengidam ni ALI oiii..



Dah sudah tu dia terus bawak kami menuju ke Hotel Kervansaray kami untuk berehat.. Dinner kat hotel jam 7.00 mlm (waktu turki).. (kat mesia tengah sedap orang membuta – 12 tengah malam).. masa ni tengah adjust mata supaya leh terima perubahan waktu.






pemandangan dari atas bilik.. cantikkan


sib baik bawak international adapter ni..
Malam tu kami jalan2 sendiri di sekitar hotel.. cuaca sejuk sejuk sedappp.. walaupun kul 7 lebih tp blom gelap.. best la jugak jalan berdua ni. Rasa cam baru kaweeenn jek hehehehe

 ❤❤  To be continued …..

6 comments:

Unknown said...

seronok baca travelog kak mimi
yelah..tak de rezeki lagi nak kesana
baca citer kak mimi pun ok ler..
mana tahu satu hari nanti ada rezeki
boleh jadikan panduan travelog kak mimi nie..

canti2k org sana yerk kak
nampak peramah2 plak tu

onniesham said...

alahai teringinnya nak ke sana. cantiknya scarf kat Silk Market tu. harus rambang mata, tgok. Tp mahal la pulak kan.

Hirda Ibrahim said...

aku paling suka coz weather dia mcm CH kan? so memang selesa nk shopping & jalan2.

Cho Zila said...

buatkan akak termimpi2 nak sampai sana tau mimi... sangat teringin .. moga dipermudahkan oleh Allah untuk akak.,.. sangat terujaler akak tengok gambartu... sambil berangan akak juga ada di sana...

Unknown said...

u all pegi tak cumalakizik ? rugi klu x p,,,satu perkampungan tradisonal,,minyak zaitun asli byk dsini,,

Unknown said...

Teringat masa saya g umrah.. guna pakej sama jgak dgan andalusia.. Tour guide pun yg sama, time saya pergi dia bwa sekali isteri dia yg bru pregnant... dpt la merasa buah plum tu jgak. Best sngat, kalu ade rezeki nak pergi lagi...