Tuesday, June 17, 2014

Jalan2 Hujung Minggu

Salam Bismillah
Mama Farhan dan Emily

Lama betul tak update kan.. sibuk sikit.. lately ni banyak benda aku nak settlekan sebelum bermula bulan puasa ni.. nak settlekan kerja, nak settlekan anak2, rumah, tukar duit dan lain2 lagi.. serabut rasanya.. tp tak pelah aku buat sikit2.. tiap2 ujung minggu aku mmg tak de rumah.. tu pasal rumah dah ala2 tongkang pecah.. sejak bibikless ni mmg rasa tak daya nak buat semua sorang2.. takpe pelan2 la kayuh... Alhamdulillah ahad baru2 ni 15 Jun suami aku pun dah abis final exam master dia.. mcm tak percaya je rasa.. padahal aku rasa dia baru jek daftar masuk UTM hujung tahun 2012.. alih2 dah abis dah.. sempat juga aku tolong2 dia siapkan thesis dia.. semoga asben aku lulus dengan cemerlang dan grad on time.. leh la konvo ujung thun ni.. ni dia dah abis study, aku pun dah boleh tarik nafas lega.. dah boleh la kami cuti2 mesia kan.. dah lama rasanya aku tak pi bercuti.. aku pun sangap rasanya... boleh dikatakan kami mmg banyak berkorban la sejak dia study ni.. anak2 pun tak merungut walaupun dah 2 kali cuti sekolah, 2 kali kami tak pi mana2.. so lepas ni boleh balas dendam kan anak2. hehehe.. ok lepas abis final exam dia, kami pun bawak anak2 ke OU, sebab nak bawak anak2 tengok wayang.. tp sebelum tu kami singgah di Chillis.. konon2 sempene father's day, tp asben aku gak yang bayar. hehehehe (kami tak sambut pun sebenarnya, kebetulan ajer)


nampak tak mokcik dah tembam ...  pipi dah gebu kembali.. ramai tegur aku ms kurus haritu... dah serupa orang sakit/muka nampak tua.. ramai lebih suka pipi tembam2 sikit berbanding pipi cengkung.. tp bukan la mcm dulu2 masa pipi mcm pau kukus..  ni sekarang kiranya sedang2 elok la ni.. pipi paw baru nak kembang..

My anak dara yang semakin banyak ragam.. terlajak manja.. nak kene bagi adik baru ni baru kurang manja kot. hahahah



selalu air kitaorang beli 1 je.. bottomless kan.. 3 kali tambah. hahaha lagipun budak2 mmg dapat air sendiri masing2

Aasben aku makan lambgrill kot ni.. aku makan beger je.. malas nak makan berat2.. nampak kecik kan.. tp sebenarnya besar ok.. jenuh nak ngabiskan

 kids mcm biasa eat for free kan... A'am amik cheese pizza, emily amik ayam goreng



Dah makan, kitaorang tunaikan janji bawak budak2 tgk How to Train Your Dragon 2 .. best jugak la.. mengelekek2 budak2 ni ketawa... insyallah minggu depan nak bawak budak2 tengok transformers lak sebelum puasa dan sebelum derang kene tinggal..

 

Abis tengok wayang, cam biasalah jalan2, nak ngabiskan masa



Kat luar bangunan OU ni ada festival apa ntah la.. mcm2 ada.. jom layan



Iwan dari Bola Kampung The Movie... ada soal jawab dengan budak2 ni.. emily dpt banyak gift dari Bola Kampung ni sebab berjaya jawab soalan..
Sabok.. suka gigit daun. hehehe
 Masuk dalam jumpa binatang ni lak


Pastu kat dalam ada promosi McD.. ada la 1 game ni budak2 boleh naik slide.. orang tua pun boleh.. tp tak koser la aku nak naik sama.. Emily naik sorang2.. A'am tak mo

Beratur dulu

Add caption

ada booth untuk amik gambar jugak

tu emily kat atas.. tengah get ready

 Last sebelum balik, amik gambar dengan Ronald McDonald. heheheh



2 comments:

Cik Da said...

selamat hari raya maaf zahir dan batin...

sang rama-rama said...

saja2 jalan2 baca blog ... jumpa blog akak.. nice written :) comel anak2 akak