Monday, June 20, 2016

Random Pictures #4

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini aku nak share pasal makanan jek.. heheh sorrylah bulan-bulan puasa tayang makanan pulak yek..  jom la kita tengok mana tau kot2 korang ada idea nak cari apa kat pasar ramadhan harini kan.. gambar kat bawah ni emily sampai tertido kat kedai makan masa tunggu waktu berbuka.. sian sangat keletihan baru balik sekolah.. kitaorang dah lewat sampai rumah, tak sempat masak tu yg bergegas pergi kedai makan.. sementara menunggu tu yang tertido..



yang kat bawah ni bubur lambuk.. hehe sapa tak kenal kan.. mmg boleh dikatakan mana2 tempat wajib ada bubur lambuk.. dan sepanjang hampir 2 minggu haritu, boleh dikatakan rezeki bubur lambuk ni selalu ada, tak pernah putus orang bagi dan tak pernah beli lagi.. alhamdulillah murah rezeki..


ni plak kerepek pisang tanduk legend.. kawan opis en asben yang jual.. so kitaorang try sebalang.. selalu pisang tanduk disagat bulat2 kan. kalini disagat panjang2.. mmg lain dari yang lain..  tp baru 2 hari makan, balang dah licin.. mmg tak sempat tunggu raya..


panjang kan??

ni aiskrim faveret anak2 aku, Aiskrim Jipangi..  kejadian ni lepas berbuka semalam di Midvalley.. selalu kalau farhan dia suka perisa coklat.. dan emily lebih suka kepada vanilla.. tp kalau ada flavour of the day tu strawberry dia suka combinekan perisa..  flavour of the day ni selalu tukar2.. kalau tak de flavour strawberry mmg emily takkan combinekan rasa dia.. aku plak suka biskut dia.. rasa biskut jagung ala2 biskut jagung bin bin masa kita kecik-kecik dulu.. 

Ok yang ni plak tepung pelita.. tepung pelita ni berbeza ye dengan kuih tako.. orang selalu konpius.. tako ada sengkuang cina kat dalam dan acuan dia dari daun pandan.. rasanya pun lebih keras sikit berbanding tepung pelita.. tepung pelita rasa dia lembik sedikit dan acuan dia dari daun pisang.. selalu kalau aku beli aku suka tepung pelita Paya Jaras.. rasa mmg sedap..



ni plak onde-onde buah melaka.. buat sendiri ni. ala senang ajekan.. kuih paling senang kot nak buat. hehe


Last but not least.. kuih cara berlauk... teringin sangat nak makan, en asben belikan.. rasa boleh la.. hehehe.. oklah nanti kita jumpa lagi



nota ringkas :- lusa 22hb Jun 2016 kita cuti nuzul quran kan? teringat aku masa lahirkan Emily 10 tahun yang lepas.. dia lahir pada hari nuzul quran.. kejap je masa berlalu... mama sayang adik

2 comments:

Chekgu Azrine said...

Dok pikio nk msk apa la berbuka hari ni

Cici said...

tak pernah lagi makan kuih tako. actually baru first time dengar tahun ni 0,0

aiskrim tu selalu nampak kat avenue k. nak beli tapi segan je -__-