Monday, February 6, 2017

Jejak Korea Cik Puan Mimi - Day 6

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


8 Disember 2016 (Khamis)

Lotterworld ----> Myeondong

Hari keenam di Korea.. harini kami tak rushing langsung.. sebab tak de TG harini. so cakap dengan suami kita keluar pukul 9.30 pagi..  pagi tu sarapan ringan bekalan yang ada.. sebab nak abiskan balance2 makanan yang ada sebelum balik esok.  plan harini nak ke lotte world.. kenapa lotte world? sebab aku kan bawak anak2.. so aku rasa sesuailah bawak depa berdua kat situ. dah nama pun pergi berjalan2 kan.. nak pergi tempat lain pun aku rasa dah cover dah.. nak shopping pun bukan bawak duit banyak sangat.. so kita bawak anak2 happy ajelah.. janji semua tempat kita dah dapat cover kan .. pas ni tak tau lagi dapat jejak korea lagi ke tak...

Pagi tu kami terus jalan ke subway.. voucher Lotte World pun kami dah amik dengan TG.. tinggal tukar voucher tu di kaunter Lotte World aje nanti..






yeh dah sampai


tukar tiket lotte world



nak solat? jangan risau..


kita masuk 4D shooting theatre.. best!



Macam-macam permainan anak anak aku main.. kitaorang layankan aje.. dah nama pun tempat budak budak kan.. mainlah puas puas ...  dah agak agak tengahari anak anak ajak lunch.. before ni aku baca review kat blog2 yang dah pergi ke lotte world, rata2 kata mereka makan di Lotteria (burger udang) ... tapi sebab kami dah makan burger udang di Everland .. kami cuba cari makanan lain di situ.. nasib kami baik sebab jumpa tempat makanan halal..






sedap .. kat bawah2 daging ni ada nasik




pastu pekena aiskrim turki pulak,... sempat lak ko posing kat belakang tu kan


Lepas makan, kami plan nak naik hot balloon (hahah dalam bangunan aje).. seronok..



yeh dah nak sampai giliran kami

Masa dalam hot balloon tu, kami nampak ada parade rupanya kat bawah.. tp best gak sebab nampak jelas dari atas..














Pastu kami keluar untuk pergi outdoor plak.. kat sinilah paling cantik sebab ada castle yg ala2 mcm kat disneyland..



anak beranak nak main tu.. aku mmg tak la.. jaga bag aje..








sejuk2 pun makan ais kepal lagi



Lepas anak anak dah puas bermain dalam ni.. dah puas bergambar dalam ni, kitaorang keluar untuk pergi cari Tshirt Hard Rock plak.. kitorang keluar dari bangunan tu sebab nak jalan2 keluar makan angin kat luar..



haha dah nak magrib.. gambar pun dah gelap.. 

Saje amik gambar kat sini dua tiga kali sebab nak tengok pokok krismas ni tukar-tukar kaler.




  


Beli t-shirt dan fridge magnet HRC untuk kenang-kenangan..



  
Lepas dah settle semua kami naik subway semula untuk pergi ke Myeondong buat kali terakhir.. sedih sebab malam ni last ke myeondong .. tempat yang paling happening.. malam ni kami makan sekali lagi di Busan Jib sebab malas dah nak cari tempat lain utk makan. lagipun makanan-makanan dia kene dengan tekak kami.. kali ni amik menu lain dari semalam. 



Sotong bercili.. sedap sangat

Soft Tauhu Stew
Malam tu lepas makan.. kami ronda2 sekali lagi myeondong buat kali terakhir.. dan akhirnya malam tu sebelum balik hujan turun tapi tak lebat .. laju2 kitaorang balik guesthouse.. malam tu nak kemas segala barang .. nak simpan baju winter coat dalam vacuum bag.. eh mcm2 nak buat.. sebab esok pkl 5.30 pagi aku dah kene bangun awal..

1 comment:

Akak Kembang said...

sedapnya ... nmpk makanan korea ni