Tuesday, May 24, 2011

❤ Gathering Dss 1999-2001 ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ni citer hari Wesak ... ekceli bekas lecturer kami En Masrur request nak jumpa kami semua.. En Masrur ni sambung study kat UK, dia balik sini 2 minggu ada hal, so alang2 katanya teringin nak jumpa kami semua.. apasal budak kelas kami? pasal, katanya kami lah student pertama yang dia ajar.(baru lepas grad ar masa tu).. so dia kata, oleh sebab kelas pertama yang di ajar, dia tak leh lupa la dengan "kenakalan" kami dalam kelas. hahaha mmg suka sangat sakat dia masa kat kelas dulu.. opss masa ni dia datang dengan anak sedara dia.. isteri dan anak2 dia masih di UK. huhu sabo je la.. btw aku try untuk kumpulkan kawan2 sekelas, tp ramai yang ada komitmen lain dan juga masing2 jauh di merata2 tempat.. so diskas punya diskas, akhirnya kami bertujuh je yang boleh jumpa.. tak pela, sikit2 pun meriah gak.. kami plan buat potluck secara kecik2 jer sebab plan pun last minit, mana sempat nak buat macam2..

Korang tengok je la, walaupun tak ramai, tp meriah.. food pun tak banyak, tp amat2 mengenyangkan kami.. aku bawak kopok lekor, sandwich telur, air soya dan air coke.. yang lain2 pun ada, tp tak ingat la apa bendanya..

yang spek beso tu Arin dan anak dia Harith.. yang sebelah tu Mel tokey Tiramisu dan kat sebelah tu la En. Masrurnya..



ni kalau tak kenal, meh aku babap sorang2..


ni Sally dan anak tunggal dia Memey..


ni Rozni a.k.a Ugy with danish & hadi



En Masrur & Ammar Khalish anak Achot


the food.. simple tp mengenyangkan


Arin & Mel


my family.. alamakkss gemuksnyer aku


beria-ria arin bercerita .. penuh ekspressi muka




alamak korang lagi.. suka tau entreprem muka.. hehehe


Aku & Achot with lil Mira comels


from left Ugi, Sally, Me, Achot, Arin, Mel dan dibelakang Lia (baru abis pantang)



kami ramai2 sebelum balik.. sori la kemera cabuk je, tu yang nampak halus2 belaka.. ce kemera dlsr.. compem cantikkan..


last gambar sebelum balik.. will miss you all again..


hopefully kita akan terus berkawan sampai bila2 dan akan ada lagi gathering pada masa akan datang....
keep in touch ok girls

Monday, May 23, 2011

❤ Jalan-jalan Hari Minggu tengok wayang Nur Kasih The Movie ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan Emily

Dah lama tak citer jalan2 hujung minggu kan.. selalu malas, tp kalini cuba la jugak merajinkan diri.. ok hari sabtu baru2 ni, kami plan nak tengok wayang citer Nur Kasih The Movie.. so keluar rumah pun lambat sebab tiket tu dah beli awal.. kirim dengan Sham sebab dia mmg nak pergi OU hari Jumaat haritu.. beli awal2 senang sikit, tak berebut.. mmg betul jangkaan aku, wayang citer NKTM tu full house...

Sebelum wayang mula kami jalan2 dulu ar..  sekarang ni apa angin, setiap kali kat dalam kedai, mesti emily suh amik gambar dia.. so layan jer la..

gambar peluk tiang pun jadik la...


Lepas tu kami singgah ke GAP KIDS, plan nak beli baju untuk ke Singapore nanti.. opsss tercakap pulak.. ingat nak beli baju je untuk budak2 ni.. sekali tu farhan dan emily nak topi pulak.. ok beli la jugak sebab nanti kat SANA mesti panas kan..


dah alang2 beli lebih RM200 SA suruh register untuk jadi Member.. isi la borang



pas dah siap beli, jom tengok wayang.. kul 12 tghari...


Citer ni mmg best la, mula2 tu macam tak faham, tp bila dah tengok tu baru la faham jalan citer dia.. sedih gak, bergenang2 air mata.. tp tak la sampai teresak2.. lepas abis wayang kami terus gi lunch kat Nandos

adik nak makan apa...


ceh korang dah rasmi topi baru ek... tp apasal pakai terbalik ??



biasalah aksi sebelum makanan sampai, posing2 dulu 






pas makan, ayam licin, tp jagung mentah ar... potong betul...


keluar dari Nandos, kami ke butik coach, tp satu pun tak de yang berkenan di hati.. design banyak dah abis.. sedihhhh.. tak pe la... jimat duit aku.. pastu kami ke luar dari OU.. dan menuju ke KLCC sebab nak gi amik cermin mata hubby aku... pastu ternampak plak GAP kat situ.. (padahal kat OU ada gak GAP, tp tak masuk la pulak).. so hubby ajak aku beli baju gak kat situ.. nanti leh pakai gi Singapore jugak.. aku ON jek..

ko tengok emily amik gambar dengan kaki patung pulak... sabo je la aku


dah pilih yang mana berkenan, jom la bayar dan blah... mujur kat OU aku dah register tadi, so kat sini dah boleh collect point..


anak2 aku kemain enjoy kat dalam GAP ni berlarian2 mcam rumah korang ek.. mujur tak kena marah.. dah jom balik, kaki mama pun dah tak leh nak heret ni.. penat betul ..


beg beso untuk anak2 beg kecik untuk mak pak.. tak aci betul. hehehe



Friday, May 20, 2011

❤ Sukan Smart Reader Kids ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama tak menulis, aku bukan sakit, tp aku sangat2 sibuk sejak akhir2 ni.. kerja banyak, mmg tak menang tangan dibuatnya... jangan kata nak blogwalking blog kawan2, nak update blog sendiri pun BERCINTA.. so kalau korang tak komen pun aku tak kisah, tak marah, just baca jer la coretan2 merapu aku ni .. insyallah lepas2 ni aku cuba update hari2 okeh.. tak perlu komen, sebab aku pun tak sempat nak komen balik kat blog korang.. but don worry dear, aku tetap curi2 masa nak baca cerita ceriti korang tu..

ok pada yang tanya pasal tax kat airport bandung tu, Rp75,000 tu untuk seorang yer, bukan untuk grouping.. kalau nak tanya lagi mengenai bandung boleh email terus la, senang korang tak tertunggu2 jawapan dari aku.. email kat sini.. nazathulhamimi@yahoo.com.

Ok meh citer pasal anak dara sunti aku.. 15 Mei baru2 ni ada sukan sekolah dia..mmg happy abis la.. teruja bangun pagi2.. kena tunggu kat stadium BBS pukul 7.30 pg.. kul 6.45 pg dia dah bangun.. bagus anak mama..
berkumpul dengan kawan2 bawah khemah


lepas tu upacara berbaris.. nampak emily kat mana?


korang nampak pagar tu? gigih mak2 nak snap gambar anak masing2 okeh.. aku??? lagi power, aku tunggu betul2 kat celah pintu pagar masuk.. so terus aku dapat posisi line clear... tak de la aku amik celah2 pagar ni..heheheh nampak jelas dan nyata muka anak aku..


untung gak anak aku tak tinggi macam omaknyer ni kan.. dapatla diri barisan hadapan, dapat la omaknya ni snap gambar puas2..


eceh eceh beria2 ko berjoget lagu sekolah ek..



ni principle dia.. tengah bg announcement


actually games mmg banyak la.. tp idak kuasa la aku nak tepek semua2 game budak2 tu kan. aku letak game anak aku sudah la..


emily no.2 so dia tengah tunggu kawan dia passkan baldi yang dia kandar tu..


ko tengok anak aku kandar baldi tu.. kemain lagi bergaya jer.. bukan berlari pung.. berjalan jer.. dengan lengang kangkung lagik...


haha suka gambar ni .. comel jer tengok dia dari belakang


sesi penyampaian medal.. semua Pemenang.. tak de Pengalah... heheheh


ada hamper untuk cabutan bertuah dan untuk game ibu bapa


anak papa


medal yang diterima... comel


amacam? ada gaya altet dapat medal tak.. hahaha porahhh



emily dengan echa..


dah besar anak aku.. muka pun dah nampak matured..



masa ni dah nak dekat kul 11 kot.. emily pun dah stat ngantuk sebab pagi2 kena bangun awal kan..


sebelum balik ada acara untuk ibu bapa..



dapat no last je pun.. actually ramai gak yang depan2 aku, tp sebab depa punya belon pecah, so kira disqualified la.. aku walaupun last tp belon tak pecah.. so dapat la..


see?? belon aku tak pecah kan. heheheh


ni la hamper yang kami menang.. hamper2 semua disponsor oleh ibu bapa student2 kat sini..


OK itu ajer.. nanti aku citer lagi hari isnin depan yer.. sabar menunggu.. hehehe