Monday, June 13, 2011

❤ Trip to Singapore - Day 1 ( Mustafa Centre & Orchard Road) ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok sori sebab menunggu seminggu untuk citer singapore.. (ceh macam ler ada orang tunggu blog ngko ni cik puan mimi oiii).. ala mmg aku tau ramai je yang suka baca, komen tak mau kan.. aku tak kisah .. aku pun suka baca blog orang, tp tak sempat nak komen.. (maklum ler bukak blog pun malam2 kan, siang2 mmg tak sempat langsung.. mak bz dengan kerja yek.. tak sempat nak goyang kaki pun, tak caya, meh la duduk kat tempat mak ni, baru tau kerja banyak ke sikit).. semua entry2 aku akan buat pada hari sabtu dan ahad.. pastu autopublished..

Ok ok meh aku citer pengalaman aku kat sana.. tanpa membuang masa lagik, jom!.. pagi hari Khamis, pagi2 aku bangun sebab takut tak sempat sampai kat Jalan Imbi.. ye kalini kami amik Pakej ke Singapore.. pakej ini meliputi Transtar Coach pergi dan balik (KL-SG) - (SG-KL), Hotel Fragrance Joo Chiat (3D 2N), Shuttle Bus dari hotel ke USS (pergi dan balik) serta tiket 2 adults 2 kids.. pakej ini kami amik masa di Matta Fair.. nak tau berapa pakej ini, sila email kat aku.. aku takkan review kat sini, minta maaf..

Ok sampai kat Transtar punya premis, kami kena check in dulu.. dia beri kami duduk kat tempat yang disediakan.. siap bg kami minum coffee sebelum naik bas..

tempat ni sangat2 selesa.. masa ni pukul 7.45 pagi, bas berlepas jam 8.00 pagi


emily sibuk gak nak bancuh instant coffee..



Ok jam 8.00 pagi, kami semua naik bas ni.. bas 2 tingkat jenis SOLITARE.. kat bawah ada 4 seat dan kat atas ada 16 seat.. sangat2 selesa.. dan kami 4 beranak duduk di tingkat atas..


masuk je dalam bas, anak2 aku (derang je budak dalam bas ni) dah excited dah sebab ada monitar untuk tengok movie dan main games


monitar ni siap dengan earphone.. ala sebijik macam dalam flight kalau kita gi oversea..


untuk main games


ni plak untuk control mesin urut badan.. syok gak la badan kena massage


dalam jam 9.00 pagi staff cabin sediakan bfast.. tp ni  kira macam brunch gak la sebab food yang dia kasi sangat heavy.. for kids aku request non spicy..


pandai anak aku bawak diri makan sendiri.. risau gak sebab memasing kena duduk satu kusi sorang..


emily duduk belakang farhan, sebelah papa dia..


lepas makan perut dah kenyang.. emily sambung membuta, maklum pagi td kena bangun jam 6 pg.. selesa kan, sebab seat ni boleh baring, pastu siap bg selimut lagi..


ok la dalam bas ni pun tak ramai penumpang.. rasanya ada 10 orang je kot.


masa ni emily dah bangun, dan kami dah sampai singapore.. kat kastam/imegresen aku tak amik gambar pun, sebab leceh nak bawak bag dan pegang budak lagi.. lgpun rasanya derang tak kasi amik gambar la. so aku malas nak keluarkan kamera


Singapore makin cantik, dulu pergi banyak belum siap..


kat sini mmg siap la asyik lalu ERP je la kan.. dia macam tol la gitu


kami sampai Hotel Fragrance Joo Chiat jam 1 ptg gitu.. pastu letak2 bag dalam bilik, terus kami keluar untuk gi makan plak.. jalan kaki je... singgah kedai ni


beli curry puff dan epok-epok/karipap.. (2 benda yang berbeza).. sedap! ni mmg antara fave arwah abah aku (huhu tetiba teringat kat arwah)


nampak kecik kan. tp sila bayangkan ianya lebih besar dari tapak tangan okeh..


kami jalan2 lagi nak cari makan, sampai la jumpa Res. Hjh Maimunah yang glemer tu.. 


Oleh sebab tak lalu makan nasi campur, kami pun amik mee rebus... sedap (mmg kalau nak makan mee rebus, sila la ke Johor or Singapore .. mmg tempat lain tak leh lawan okeh )..


dan kami amik jugak lontong.. pehhh lontong ni dari daun pisang kot.. mmg nasi impit tu lembut giler, dan serunding dia umppphhh




pastu kami naik Cab ke Mustafa Centre .. besau rupanya mustafa centre ni.. tak larat nak jalan... dalam ni macam Mydin gak la.. macam2 ada...tp barang2 mmg branded gak la..




masa ni hubby aku sibuk nak gi tengok perfume, aku aku risau budak2 ni langgar2 kat situ, so aku bawak la depa gi tempat CD.. sekali tempat CD Tamil/Hindustan la.. korang nak tengok tak CD yang si Farhan dok gelihati sangat kat situ..


ni la dia CD Hero Superman Tamil. keh keh keh


susun atur, tak ubah cam mydin.


lepas dah beli apa2 yang patut, kami tunggu bas nak ke Ochard Road plak.. alamak naik bas apa ek..
lupa la .. i'm sorry!


Besar giler Ochard Road ni.. macam2 ada.. kalau butik designer bag mmg besepah2 okeh.. nak masuk tak berani la.. sebab bukan nak beli pun kan. tp dengar kata masa tu ada 70% off kat butik Gucci.. tu pun kena queue okeh nak masuk.. so tak payah la.. dengan budak2 ni .. leceh la pulak nak queue kan.. so amik gambar je la kat depan butik LV ni.. (bila la nak dapat kan????)
abang, sila take note ye, bini mengidam LV ni. hehehehehe


lepas keluar dari Ochard Road tanpa membeli apa2, kami ke Lucky Plaza.. kat sini dah penat, so kami gi makan dan beli sedikit FM dan perfumes .. dah tak lalu plak nak amik gambar.. nak simpan bateri untuk gi USS esoknyer.. ok kami balik ke Hotel pun naik CAB jer.. tak larat dowh nak gi menapak cari MRT ke.. 

Ok ada sedikit tips dari taxi driver masa aku nak gi Mustafa Center tadi... kalau nak naik cab, kat Singapore ni ada macam2 jenis Cab .. maksud aku kaler Cab tu la.. ada merah, kuning, hijau, biru.. semua boleh naik.. tp jangan naik Cab kaler Hitam.. yang tu mmg cekik darah sikit sebab dia caj lebih dari Cab biasa.. kalau Cab biasa, kita naik SGD 2.80 (masa stat meter tu dan lepas tu lompat 20 cent- 20 cent) tp Cab hitam dia caj terus SGD3.20 (masa stat meter tu dan akan lompat 40 cent-40 cent) hahaha harap korang paham la apa yang aku explain ni.. kalau salah, tolong la betul kan.. kang marah plak orang singapore kat aku..


Ok esok kita citer pasal gi USS plak okeh!!!


Thursday, June 2, 2011

❤ Jalan-jalan Cuti Sekolah ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah hari yang kami tunggu2 dah tiba.. haritu masa ke Matta  Fair, aku ada citer pasal saprise yang aku beli satu pakej kan.. memang dah lama nak ke sana, cuma masa tak mengizinkan..

Ala percutian kami tak jauh ... dekat ajer.. kalau naik flight sejam dah sampai, kalau naik bas.. ada lah 4-5 jam sampai.. hehehe


pasport farhan dah expired bulan 3 haritu.. jadi bulan 4 yang lalu, kami pi renew pasport dia.. nampak bezakan pasport lama dengan yang baru.. lagipun masa tu dia berumur 1 thn lebih.. now dah nak masuk 7 thn dah.. masa buat ni sebab nak ke Medan



alang2 kami renew pasport lama emily sekali walaupun belom sampai tarikh expired .. tp bagus derang ni.. dia extendkan expired pasport baru emily lg setahun.. jimat2... cuba korang tengok pasport lama dengan baru.. muka berubah ke tak.. yang pasti telinga adalah sama kan??? telinga capang!!! gambar baby tu emily umur 7 bulan. 1st time buat masa nak ke Jakarta & Bandung


ok ini yang kami semua akan tuju... yahooo... kami akan ke Universal Studio Singapore...


doakan kami selamat pergi dan balik yer... nanti balik aku citer experiance ke sana okeh!!

Monday, May 30, 2011

❤ Melawat Baby Dayyan ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan  & Emily

Citer yang diperam lagi.. tak pe2 janji aku citer kan.. hari yang ditunggu dah tiba.. punyalah lama nak gi melawat our BFF sorang ni.. asal aku tak free, hirda free, asal kami free, sham tak free.. gitu la gamaknyer sampai la tarikh 7 Mei haritu baru la free.. seronok sangat nak gi jumpa bb dayyan. ialah asyik tengok dalam gambar je kan.. nak gak la jumpa bb hensem yang kuat ngemping tu kan. heheheh

Macam biasa, kami gi rumah hirda dulu.. Hirda siap masak nasi lemak extra untuk kami .. bagus mak yong sorang tu.. rajin betul



Sampai2 rumah Lieya, kami semua serbu masuk bilik nak tengok bb.. sementara anak2 semua gi main kat bilik mia mija..abis berselerak bilik tu dikerjakan budak2 ni. hehehe.. sementara en shah telah menyiapkan minum pagi haritu.. oppss en shah telah mengorder dominos pizza untuk kami.. terima kasih en shah..



opsss kami datang bawak hadiah tau.. dah lama kami bertiga beli hadiah ni.. tak sabar2 nak bagi tau..






sambil2 makan, kami pun raikan besday aku dan hirda.. sajer jer sambut kat sini.. dan sambut gak hari ibu la kiranya kan..



cam biasa, harijadi mak-mak dia, anak2 plak yang over tau nak tiup lilin..


ada gak kenangan potong kek berdua.. last year potong kek kat setarbak di Ikano.. lepas ni kita celebrate besday sham dengan lieya plak.. eh perasan tak aku dengan hirda sama2 pakai baju blue black, cam janji2 je kan.. sedondon gitu, hirda baju plain tudung bunga, aku plak tudung plain baju bunga. hehehe


banyak hadiah / rezeki dayyan.. ni seme kawan2 lieya yang datang melawat dayyan bagi la ni ..


kami paksa lieya bukak hadiah sebab kami pun nak tengok gak cemana rupa hadiah kami bagi kat dia tu



eh shah tengah membelek manual cemana nak pasang



ni ler rupa hadiah yang kami beli... ada bateri, nanti  buai ni jalan sendiri ...


meh kita letak dak hensem ni dalam buai ni.. alahai apasal cebek tu dayyan.. nak tido ek..


harap2 lieya suka dengan hadiah yang kami bertiga ni bagi.. kalau ada rezeki aku mengandung, aku pun nak beli yang cenggini gak.. senang sebab bb boleh tido sambil berbuai.. nak bawak gi jalan2 pun senang..