Tuesday, August 27, 2013

Raya ke 6 tengok wayang The Smurfs 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hehehe tak abis lagi citer pasal raya ek.. dah nama hari raya kan.. belasah je lah, janji ada mood nak citer.. oklah oleh kerana tahun ni raya di Kulai dulu, mak aku plan nak masak nasi jagung pada hari raya ke 6 ni untuk anak2 yang tak pulang dipagi raya haritu .. aku memang teringin nak makan. selalu kalau raya pertama kat rumah mak, mesti aku dapat makan nasi wajib ni. hehehe so kalini walaupun dah raya ke 6 pun, tetap mak masak nasi jagung ni.. barulah feeling2 raya kan...

nasi jagung

ayam masak merah

acar jelatah

air cendol satu jug .. heheheh

Udah kenyang makan, kami adik beradik pi mengait buah rambutan.. untuk dimakan dan dibawa pulang ke KL nanti.. banyak gak adik aku kait.. lgpun tak tinggi pokok ni. rendah giler.. boleh petik dengan tangan.. tak caya? moh tengok

adik aku kait yang tinggi... yang rendah2 petik dengan tangan je


penuh satu kete sorong

haa tengok?? betapa rendahnya pokok buah rambutan ni...emily pun leh petik dengan jari tau.. tak yah jinjit kaki..


aku pun nak eksyen gak petik dengan jari. hehehe
Petang2 aku bawak budak2 pi tengok Smurfs 2.. tp tengok versi alih suara... sebab nak dengar suara Pak Nil, Lisa Surihani dan Elfira Loy.. 3 orang ni mmg aku minat sangat. comel je dengar suara derang






tak ramai harini.. orang sibuk beraya, aku sibuk tengok wayang.. punyalah lapang kat depan tu. hehehehe

3 comments:

lieyalatif said...

bagus gak tak ramai org kan kak...enjoy dpt tgk tanpa gangguan suara2 budak kecik ke ape....

aduih kak...tetelan2 airliyo tgk pic nasi tu kak....dah le puase nieh....dah lame tak buat nasi jagung...nanti nak buat lah gak...

Cik Da said...

salam mimi sedapnya menu nasi jagung bagi resepi nasi jagung tu mimi kak nak try buat la hi2...selamat hari raya juga buat mimi sekeluarga

Akak Kembang said...

o rambutan..i like