Monday, September 23, 2013

Jalan-jalan di Sabak Bernam.. ada apa yer...

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Wah jalan-jalan kat Sabak Bernam pulak kalini .. hahaha tajuk macam nak jalan2 gi makan angin je kan.. oklah semalam besday kawan kitaorang.. so dia nak belanja kitaorang makan2.. heheh orang nak belanja kan, macam orang mengantuk disorongkan bantal la jawabnya .. tapi kalini dia nak belanja kami makanan esotik.. makanan ekotik ni mcm binatang dlm hutan la mcm rusa, landak, kancil dan lain2.. sebelum ni kami dah pernah makan kat sini gak.. nama kedai ni Selera Rimba.. sebenarnya kami dah pernah makan kat sini tahun 2011.. boleh clik SINI kalau nak tengok citer yang lepas.. lebih kurang jam 12 tengahari kami gerak dari rumah menuju ke Selera Rimba ni.. jauh juga nak sampai ni.. lebih kurang 1.30 petang baru tiba .. masa ni mmg time makan la kan, orang pun ramai.. nak snap depan kedai pun ala2 segan.. tp nasib baik kawan tu dah call tokey dan order lauk siap2.. so kami sampai je, terus dia hidang lauk pauk.. mmg best la, sebab tengah lapar sangat2 ..

tokey kedai yang pakai kopiah serta isteri dia mmg sangat2 baik dan peramah..
okeh ni makanan2 yang kami makan...

sambal hijau yang mmg meletop, tempoyak yang manis dengan ulam-ulaman

air tebu

landak masa rendang

udang goreng

burung puyuh goreng

ikan baung asam pedas

ikan puyu goreng dengan keli goreng
 
** tiada dalam gambar tak sempat snap, rusa masak hitam.. sedappp

Lepas perut dah kenyang, kami terus gerak singgah ke masjid berdekatan.. pastu dah petang2 sikit kami terus ke D Muara Matine Park Sg Hj. Dorani Sg Besar.. kat sini ada jeti tau..masa kami sampai, nampak nelayan tengah punggah jala. derang tengah asingkan udang, ketam, ikan dari jala..



Mmg muai la beli udang, ketam dan ikan fresh2 dari sini.. tak de timbang2.. derang bungkus 1 plastik, kira satu bungkus tu RM10.. udang lipan panjang sejengkal.. ada la aku kira dalam 24 ekor.. murah kan.. pastu aku beli ikan sisa nabi dan ikan duri.. buat asam pedas mmg terangkat la.. ikan sisa nabi tu ada la dalam 16 ekor, dan ikan duri tu 6-8 ekor.. RM 10 je u'olsss.. ikan senangin je dia kira RM 5 sekor.. tp still berbaloi2..

 

ikan sisa nabi or ikan sebelah orang panggil




2 plastik penuh.. RM20 sajork

udang lipan.. panjang 1 jengkal jari aku


Dah borong haiwan di laut, kami pun balik.. sebelum pulang, singgah lagi membasahkan tekak kat Cendol Bakar..

Cendol Bakar VVIP- ada extra pulut, jagung, nata dan apa ntah lagi..

ayam goreng untuk budak2
kopok lekor losong.. RM 3.00 untuk 5 batang...
 makan je satu harini.. hancur diet... hahahah 

4 comments:

norey said...

sedapnyaaa kak....xpe ..lepas ni diet balik..hehhehe

attyfir said...

dekat dah ngn kampung kty tu :)

Emy Omar said...

Pernah baca pasal selera rimba ni kat paper sebelum ni.Memang hasil laut kat sana ye kak,mcm style nelayan kat kg suami.Beli ikan atau ketam dr diaorg xde timbang2 kira mcm borong je terus.Seplastik.rm10.teringin nak.mkn udang lipan tu la.

Aida78 said...

sedapnya ilang diet mcm ni huahua....diet ilang kalau makan makanan kampung....