Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Harini last day kat Madinah.. perasan sedih sangat2.. rasa tak puas berapa di sini.. masa solat zuhur, kita kene buat ziarah wida’ iaitu ziarah makam Rasullullah saw untuk mengucapkan selamat tinggal. Berdoa semoga kita diberi peluang untuk datang lagi.. ada peristiwa kelakar kat masjid nabawi masa kat sini...
Aku selalu kalau gi solat dengan member ni nama dia Kak Azah (dia bawa anak perempuan dia sekali). Selama kami ke masjid nabawi mmg kami tak bawak langsung henpon atau kamera. So kalini Kak Azah bawak henpon masuk stoking. (hahah sorry kak azah bukak rahsia), so lepas la masuk dalam masjid.. konon2 kali terakhir kat sini kami nak rasa solat pintu lain plak (kiranya pintu lain la, selalu masuk pintu 9 & 8 ) jer.. dah sudah solat, kami dengan berani snap gambar dalam tu (kan kat dalam masjid nabawi ni mmg strict sikit).. memula aku snap gambar kak azah dan anaknya.. ok lepas… tp masa kak azah snap gambar aku, mak guard terus cakap “IBU IBU, Raudhah Raudhah”. Masa tu kecut perut kami, ingatkan dia nak rampas henpon, rupanya dia ajak kami ke Raudhah.. mati2 kami tak mau, sebab jap lagi nak ke mekah, dia plak mati2 ajak kami ke Raudhah. Last2 penat kitaorang explain macam ayam itik, yang kami nak ke Mekah buat Umrah.. terus dia salam kami cakap “Umrah Maqbul”.. heheheheh (tak marah rupanya)
Kami bergegas balik ke bilik untuk bersiap pakai ihram.. bas akan gerak lebih kurang 4.30 petang.. bila dah naik bas, hati terus sayu dan perlahan2 air mata mengalir nak meninggalkan bumi madinah yang penuh ketenangan dan barakah ini.. Selamat tinggal Rasullullah, selamat tinggal bumi madinah.. insyallah aku akan kembali lagi ke sini.
|
di lobi hotel menunggu bas tiba |
Perjalanan ke Mekah mengambil masa lebih kurang 5-6 jam. Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di masjid Bir Ali untuk bermiqat
. (salah satu tempat untuk bermiqat umrah). Jarak antara miqat ini
dengan makkah sekitar 425km. Setelah berniat umrah, bersiap sedialah
menjaga pantang larang yang sedia ada.
|
depan Bir Ali |
|
Mutawwif kami Ustaz Ishak bin Rosli memula kan perjalanan dengan Do'a Safar (ketika melakukan perjalanan).. |
Setelah beberapa jam perjalanan kami di bawa makan malam di salah sebuah restoren.. makanannya simple
ajer.. kena makan dalam dulang. Satu dulang untuk 5 orang makan..
makanannya kering tak de kuah. Tp sedapppp (aku ni apa yang tak
sedap???)
Sesudah
makan, mutawwiff ingatkan jangan sabun tangan dengan sabun wangi.. tu
adalah salah satu pantang larangnya.. kalau tak, nanti kene dam.
|
depan restoren.. banyak bas yang bawak jemaah makan malam di sini. ala2 R n R la gitu |
Lepas
makan, kami teruskan perjalanan ke Mekah. Lebih kurang jam 11.00 malam
kami sampai di Hotel kami Al-Haram Hotel, kami semua rest sekejap
dalam bilik untuk ambik wudhuk dan standby untuk mengerjakan umrah
malam tu juga.. 11.30 malam kami gerak ke Masjidil Haram .. Subhanallah
cantik betul Masjidil Haram.. dengan lampu2 dia, dan tak pernah sunyi
walaupun tengah malam. Orang sentiasa ramai..
|
1st time nampak Masjidil Haram.. subhanallah, bibir tak henti2 memuji kebesaran Allah |
|
Kami memulakan tawaf sebanyak tujuh pusingan pada jam 12.00 malam. Alhamdulillah
Allah permudahkan segalanya.. Kemudian bersaie sebanyak 7 pusingan
juga dari bukit Safa ke bukit Marwah.. setelah tu bergunting atau
bertahalul dengan 3 helai rambut atau lebih.... |
|
tengah tunggu jemaah lain untuk tawaf sama2 |
Nak
bergunting/bertahalul pula, mutawif suruh tunggu dia bertahlul dulu.
Lepas tu, baru dia tahlulkan para suami2 dan selepas itu para2 suami
boleh tahlulkan para2 isteri.. bukan kita tak leh bertahlul sendiri, tp
lebih afdal kita bertahlul dengan orang yang dah bertahlul dahulu.
Lepas kita bertahlul, kita pun boleh tolong orang lain pula.. maka selesailah umrah kita dan juga pantang larang kita
|
ustaz rosli tahlulkan semua jemaah lelaki |
|
ada yang tanya aku apasal suami aku tak tarik rambut atau gunting rambut
aku dalam telekung.. jawapannya, rambut aku dah aku ikat/simpul
kemas2.. so nak tarik dari dalam telekong payah sangat. so aku suruh en
suami tarik je dari serkup depan. |
Masa
umrah kali pertama ini, aku tak tau yang sebenarnya masa tawaf dan saie
boleh bergambar. Ingatkan kene tunggu abis bertahlul/bergunting baru
boleh bergambar (lgpun sebenarnya kalau boleh nak fokuskan ibadah dulu)
2. Oleh
sebab dah abis bergunting nak menapak balik ke kaabah tu jauh dan dah
penat (2.30 pagi) tak larat rasanya nak patah balik.. so hari pertama
tak de gambar depan kaabah.. umrah kali ke dua dan kali ke 3 baru ada
gambar..
· Umrah kali pertama – tengah malam, cuaca sejuk Alhamdulillah
· Umrah kali kedua - tengah hari, cuaca panas terik, Alhamdulillah
Umrah kali ketiga – pagi, cuaca sedang2 jer, Alhamdulillah
|
otw nak balik hotel.. tengok jam atas.. dah 2.45 pagi.. tp masih lg ada orang di MH ni |
Selesai semua jam 2.45 pagi.. masa ni penat betul, maklum la perjalanan seharian kan.. balik hotel pengsan lagik..
❤❤ To be continued …..
2 comments:
sdpnya tengok nasi dlm dulang tu ngan ayam tu..hehehe
ya Allah...sama hotel rupanya kt Mekah. Sy di Madinah 8-10 Jun di Durrat al Fayroz, then kat Mekah smp 20 Jun....
Post a Comment