Monday, March 18, 2013

37 tahun sudah.. Selamat Hari Lahir

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah, harini genap 37 tahun.. Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi MU. Berilah aku kesempatan untuk menjadi insan yang taat disisiMU.. menjadi isteri mithali kepada suami tercintaku, menjadi ibu yang baik buat anak2 tersayangku..  menjadi anak yang solehah pada ibuku .. Semoga harini dan akan datang menjadi hari yang penuh dengan kejayaan dan berbahagia selalu..Amin

YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI SEKELUARGA DARI ANCAMAN ORANG2 YANG JAHAT

YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI SEKELUARGA DARI FITNAH KEJI ORANG2 DI SEKELILING KAMI..

YA ALLAH,   BERIKAN LAH AKU KEKUATAN DALAM MENGHARUNGI UJIAN DAN DUGAAN DARIMU

YA ALLAH BERIKANLAH AKU SEMANGAT UNTUK TERUS HIDUP DALAM DUNIA YANG PENUH PANCAROBA INI.. SEMOGA KAMI SEKELUARGA BERADA DI DALAM LINDUNGANMU..




Friday, March 15, 2013

Amalan Ayatul Kursi


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Salam pagi jumaat, harini nak bg sedikit tazkirah ataupun panduan berguna bg umat islam.. Sebagai umat islam, rasanya semua dah hafal ayat Al-Kursi ni kan? Dulu masa aku kecik2, aku tak paham kenapa ustazah paksa kami semua menghafal ayat ni ... setiap sorang kene ngadap ustazah masa hafazan, tak hafal kene sebat dengan rotan.. rupa2nya ini hikmahnya.... aku bersyukur sebab mak suh aku masuk sekolah agama sampai aku darjah 6. lgpun kat Johor budak2 sekolah mmg wajib kene pergi sekolah agama.. tak lulus, tak naik kelas.. alhamdulillah, aku tak pernah tak lulus, dan tetiap tahun naik kelas sampai darjah 6, tp bila nak naik darjah khas aku pindah segamat (form 3) .. lg pun masa darjah 6 tu aku dapat pangkat 2, walaupun lulus, tp tak layak naik darjah khas (dapat pangkat 1 je boleh naik) ..  but still aku bersyukur sebab aku dapat abiskan sekolah agama sampai darjah 6.

Aku akui, sejak dewasa ni, aku jarang sekali amalkan ayat kursi.. Lekakan? tp Alhamdulillah, Allah bg aku kesedaran awal.. dan aku bersyukur sejak 2 tahun kebelakangan ni aku sekarang tak pernah miss baca ayat kursi 10-15 kali sehari.. seperti yang disarankan dalam islam.. aku dapat merasakan kebenaran ayat2 itu, dapat rasa dilindungi oleh-NYA.. mudahan2 kita semua dapat mengamalkan dan dilindungi olehNYA jua... In Sha Allah.. (tiada niat untuk membangga diri, tp aku berniat untuk sama2 kita melaksanakannya, terpulang pada yang membacanya)




Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!

sumber dari OhIslam

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday - Cara-cara mengecilkan perut yang buncit..


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


seploh kali aku baca, seploh kali aku gelak2.. hahaha sewel!

Tuesday, March 12, 2013

Inai Mekah

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama tak berceloteh, ada yang rindu?? sapa la kita ni kan... heheh poyo!!! sejak dua tiga menjak ni tak de citer menarik nak dikongsikan.. walaupun ada jek jalan2 hujung minggu lepas, tp cam lemau jek nak citer dalam blog.. yelah kang ada plak yang kata, bila citer best2 je nak citer dalam blog, tp citer2 yang tak best or yang buruk2, tak nak plak citer or war2 kan?? eh takkan la seme benda dalam kain kita nak citer kat orang.. serba sedikit kene la simpan.. tak perlu ngebang kat semua orang.. nanti orang pun naik menyampah..

Oleh sebab tak de citer dan tak de kerja.. aku pun telah berinai kat opis ni ha.. eh buat masa rehat la.. sejam jek pakai, dah merah sesangat tau.. inai ni aku beli kat mekah masa buat umrah last year.. masa raya tahun lepas aku pakai inai serbuk.. masa tu mak mertua aku yang pakaikan.. tp haritu bongkar laci kat rumah terjumpa lak inai tube ni... senang nak guna, tak yah suruh2 orang pun, boleh buat sendiri .. 




                                sebelum                                                                        selepas


                              sebelum                                                                        selepas



hahah jangan tak tau, aku over tau siap pakai kat kaki.. sekali pandang cam peranten baru jek. hahaha 

Wednesday, March 6, 2013

Word Wednesday - Cek dari Nuffnang

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Alhamdulillah, rezeki datang lagi.. tak yah la beli tudung Fareeda or Bag Coach lagi.. kang ada yang mengata aku pulak... meh aku belanja makan, sapa nak???


Monday, March 4, 2013

HKK, HKK, HKK - Hari Kraf Kebangsaan 2013

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Jumaat lepas, Puspanita opis aku ada anjurkan lawatan berpandu ke Kompleks Kraftangan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013. Sebagai ahli puspanita seumur hidup, harus la aku nak pi kan. hehehe, bos pun bg pelepasan, so takkan tak mo pergi.. Kami pi hari Jumaat 1 Mac 2013 jam 11.30 pagi sampai 2.30 petang.. amik time lunch hour jugak. so tak de masalah.. oh ye Hari Kraf ini bermula dari 27 Februari hingga 11 Mac 2013.

Sesampai nyer di sana, kami di beri buku or pamplet ni untuk rujukan



Oleh sebab kami datang secara berkumpulan dari agensi kerajaan di bawah Kementerian yang sama, kami diberi penerangan oleh staff di situ.. (yg pakai baju pink tu)
dah settle diberi penerangan, kami pun turun ke bawah. jumpa labu sayong ni, besar tuu.
 

ok jom jamu mata ok



derang ajar anyam bakul rotan





 










cantik buai ni. kalau buat majlis berendoi pun mesti unik.. just tambah bunga2 kasi cantik.. ada 2 jenis.. klasik kan?

 
bunga rotan.. bila dah banyak2 jadi cantik.. kalau ada yang mampu boleh buat bunga telur untuk bunga pahar.. lain dr yang lain..

So far, aku dah pergi Hari Kraf ni hampir tiap2 tahun juga... tips untuk beli Batik Sutera yang rege dia ratus2 tu kan, kalau nak beli, pergi hari terakhir iaitu pada 11 Mac .. Insyallah harga akan turun giler2.. mmg tetiap tahun macam tu..

Thursday, February 28, 2013

Gambar konsert Anak-anak

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini, just nak share gambar anak2 masa konsert .. gambar ni sebenarnya bulan 11 haritu dah complete semuanya. tp sebab tak de frame gambar lagi, tu yang tak letak kat sini.. 

Gambar pertama adalah gambar 2009 masa farhan 5 tahun di Q-dees.. cuter je dia, macam anak cina kan? pastu gambar kedua tu masa dia 6 tahun di Q-Dees juga tahun 2010..

5 tahun - Q dees
pastu gambar ni  masa dia 6 tahun di Q-Dees juga tahun 2010..  yang ni joget rappers, tak sure lagu apa.. masa ni rambut dia panjang, tak sempat potong, yg cikgu plak nak buat rambut pacak, tp tak jadi, dah jadi ntah apa2 rambut si farhan ni

6 tahun - Q dees

Gambar emily tahun 2011 tu masa dia 5 tahun di smart reader ... bulat kan muka dia.. joget bangra masa ni.. masa ni mmg dia tembam sikit.. kalau tengok dia menari, boleh nangis, kemain liuk lentok badan dia.. hahaha

5 tahun - Smart Reader
Naik 6 tahun 2012 terus kurus kering.. tarian moden plak.. baju lip lap gitu.. ni pun macam anak cina jek rupa dia..  tp mmg lain la rupa dia masa 5 tahun.. muka tembam abis

6 tahun - Smart Reader
Alhamdulillah dua2 anak aku dah naik sekolah rendah.. tulah gambar kenangan2.. ntah ada anak lagi (no 3) ke tak.. korang perasan tak.. farhan 5 tahun backgroundnya hijau muda, sama macam emily 5 tahun, hijau muda jugak .. pastu bila farhan 6 tahun backgroundnya biru, sama juga masa emily 6 tahun .. macam tau2 jek kan. senang aku nak aturkan gambar2 ni.. selang seli macam tu .. tp blom sempat paku kat dinding lagi. hehehe