Friday, March 29, 2013

Ok kalini bebetul2 aku share apa aku makan

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok harini aku share apa aku makan untuk hari2 la yer.. tp tak setiap hari aku snap. apa aku ingat aku snap, kalau aku lapar sangat, aku selalu lupa. heheh

Kebiasanya, kalau pagi2, aku jarang amik berat2.. samada sekeping cheese kraf sebab carb dia rendah je.. sekeping tu dalam 0.4 gm je.. selain dari tu, aku selalu amik telur.. tak kira la telur dadar ke, telur goreng ke, telur separuh masak ke.. apa2 la janji telur.. kadang2 letak cheese dalam telur tu.. boleh jugak letak hotdog potong kecik2 tp jangan banyak.. hanya terhad 2 btg hotdog sehari.. hotdog brand yang paling rendah carbs adalah RAMLY.. yang brand lain tinggi carbs ye.. tp makanan proses yang lain mcm fishball, fishcake, nugget semua tu tak boleh yer...

Selain dari tu aku selalu makan salad2.. letak mayonis sikit.. jangan banyak2 melimpah ruah.. selalunya aku amik dalam 1-2 sudu teh je.. agak2 la kan.

aku beli ni selalu kat cold storage..

nampak tak carb dia perserving hanya 0.68 gm je..

ha ni la breakfast aku.. sebelum ni aku tak tau thousand island tak boleh amik time induction.. lepas tau, aku terus tukar kepada mayonis Ladies Choice

Untuk lunch, ni yang selalu aku amik.. ha tengok la yer...

Sawi goreng dengan ikan goreng

Sawi batang putih masak bening dengan ayam goreng

bayam masak bening


aku goreng kat rumah..

takkan tak kenal

ni kalau kat opis, plak

chicken chop, gravy aku minta asing sebab aku takut banyak hidden carbs.. so aku colek2 je gravy dia

ikan goreng dengan salad2

ayam sambal, hati seketul, telur rebus bersambal sikit dan sayur pak choi.. sambal-sambal semua aku tak amik.. takut bergula..


ni kalau aku makan kat luar...

Salad dengan ayam apa ntah


kickin' shrimp kat Tony Romas

Kamben @ lamb chop kat Tony Romas gak

Yang ni plak.. boleh disalai, goreng ke apa2 la korang suka. biasanya makan time breakfast, letak dalam salad or gulung dalam telur.. carbs pun rendah ..

boleh didapati di cold strorage


 JOM DIET!!

8 comments:

nifalnin... said...

assalam...

thanks kak mimi sbb share ape yg kak mimi mkn.. sblm ni nak start juga atkins diet ni tapi mcm x confident plak sbb tgk mcm2 x bleh mkn

so, bila kak mimi dah share semua nih.. blh la sy start april ni nanti..

lelemak dah menebal kak oi... sy pun mcm akak jugak... rendang berbuah-buah... hukhukhuk..

Puan Mimi said...

nifalnin :- sebenarnya bila kata ayam ikan udang tu bukan hanya rebus semata2.. boleh je makan ayam kari ke, ikan sambal ke, tp jangan di amik kuahnya sekali.. amik ayam dan ikan tu je.. kira kat ayan dan ikan tu ada la perisa sikit2.. buat syarat rasa2 gitu.. tp mmg akak pantang la mee nasi roti semua tu

iduraz said...

erkkk...adakah semangat saya sekuat kak mimi..haha, tp should try this...nk kurus n sihat punya pasal..target before raya nih!

Puan Mimi said...

Iduraz :- you can girl!!! mesti boleh.. target 3 bulan untuk kurus dan raya ni akan pakai cantik2. hehehe

Cho Zila said...

semangat giniler kena ada ngan akak.. aduyai harap dapat memberikan motivasi tinggi pada akakni..

Chekgu Azrine said...

even utk diet..tp saya tgok sgt menyelerakan..adehhh

Faiza Erina Rahmat said...

Masa sy baca entry akak smlm mcm susah je nk ikut,, dok fikir nk mkn ape klu diet atkins ni,, da baca entry ni baru clear,,,

Thanks kak sbb share,,, suke sgt,, harap raya nanti da bole melaram,,, hihi

Hirda Ibrahim said...

aku br stokkan fridge aku semlm!
hope dpt le bertahan.