Mamam Farhan & Emily
Ok ni sambung citer umrah di bulan ramadhan.. sebenarnya tak reti cerita sangat.. tengok gambar ajelah ye. kalau nak tengok entry madinah CLICK SINI
Kebiasaan kalau bukan bulan puasa, biasanya bertolak ke mekah selepas solat zohor dan akan sampai di Mekah lebih kurang 10 mlm, tapi kalini kami bertolak ke mekah pada waktu pagi lebih kurang pukul 9 pagi. ini kerana, kami kene sampai mekah sebelum waktu asar, supaya bas boleh melalui jalan ke depan hotel kami. kalau bas tiba selepas pukul 5, dikhuatiri bas tak boleh masuk dan kami akan tersadai dalam bas nanti. so pagi2 lagi kami semua dah ke masjid nabawi untuk ziarah selamat tinggal.. kemudian balik ke hotel, mandi solat ihram dan terus buat solat sunat ihram.. masa tiba di Bir Ali, kami just buat lafaz niat sahaja.
mendengar taklimat dari mutawif |
Ok citer dalam perjalanan tak ada.
baru sampai, masa ni penat juga sebab seharian berpuasa dalam bas.. menunggu masa untuk check in |
Kami berbuka puasa jam 6.54 petang.. lebih kurang waktu malaysia. tp waktu subuh awal 4.16 pagi. so kami berpuasa sangat2 awal dari biasa.. pukul 3 pg dah bersahur.
Bilik kami pilih bilik berdua. tp dapat sampai 5 katil. puas betul rasanya.. dalam gambar ni nampak 4 katil. tp sebelah kanan tu ada 1 katil lagi..
ha gambar bawah ni nampak tak 1 katil lagi sebelah kanan
lepas berbuka, kami terus ke masjid nak selesaikan tawaf mlm tu.. orang terlalu ramai, malam tu kami tak buat solat terawih sebab nak abiskan umrah kami.. rasa lega bila dah abis pantang larang..
ramai sangat2 |
Esok pagi hari jumaat, seawal jam 9 pg kene masuk awal dalam masjidil haram. kalau masuk lambat, mmg tak dapat masuk dalam masjidlah jawabnya.. orang mmg terlalu ramai kalau time solat jumaat di sini sebab semua orang arab turun ke mekah hari jumaat.
Kebiasannya orang2 arab jarang balik rumah/hotel .. mereka lg suka duduk mengaji, tido di sini sehingga abis solat terawih malam nanti. kalau bukan bulan ramadhan katanya tak boleh tido dlm masjid, tp bila bulan ramadhan dibenarkan... mungkin faham dengan keadaan letih.. lagipun tido pun satu ibadah kan..
Selesai solat jumaat, waktu amat2 panas terik.. dengan orang yang ramai, tp sempat gak selfie sementara tunggu cik abang keluar masjid..
sementara tunggu suami keluar masjid, aku dan makcik ni sempat amik gambar
inilah hotel aku.. Hotel Banonah.. hotel biasa2 je.. dekat dengan masjidil haram.. dalam 180 meter.. tp dengarnya dah nak roboh. nak bina hotel baru.. |
kita sambung esok lagi ye
2 comments:
pengalaman terindah yg menjadi idaman setiap muslim muslimah kak.... bagus akak citer details...senang org nak refer tuk jadikan rujukan.....seronok lieya bace pengalaman akak...
Rindu nak pergi lagi.....
Post a Comment