Thursday, November 6, 2014

Hari Konvokesyen UTM Suami Tercinta

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Bertemu kembali.. hehehe sejak dua menjak ni malas betul nak update blog.. takpelah aku menulis suka2 jek.. bukannya menjadi kemestian tulis tiap2 hari kan. heehehe

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kesempatan untuk suami aku menunaikan hasratnya untuk sambung belajar akhirnya selamat abis master dia.. ingat tak ENTRY NI.. ms tu aku teman dia mendaftar? dan hari sabtu 1 November 2014, akhirnya beliau naik pentas juga.. Tahniah papa, mama dan anak2 akan sentiasa berada di samping papa walaupun susah maupun senang.

Pagi2 lagi daripada kampung suami, kami dah gerak menuju ke UTM. kena masuk dewan sebelum pukul 7.15 katanyalah.. kami ni mmg jenis punctual.. so dalam kul 6.15 dari rumah dah keluar.. alhamdulillah, hari sabtu jalan lenggang dan kami sampai UTM tepat jam 7.00 pagi. parking pun senang dan banyak..

baru sampai.. masih lg segak dan fresh kan bang

nilah ibu mertuaku.. umur dah 80 tahun. masih gagah dan sihat. alhamdulillah buat masa ni tiada penyakit mcm orang2 lain.. sangat jaga pemakanan dan rajin bekerja.

macam biasalah bila konvo banyak orang jual bunga2

Masa aku datang ni dengan suami dan mak mertua ajer.... anak-anak aku semua kat kampung lg sebab mereka akan datang bersama kakak ipar dan anak2 saudara suami.. buat apa datang awal2 kan.. majlis ni pun akan bermula pukul 9 pg nanti.. ms aku datang dengan mak mertua, aku tak beli lg bunga untuk suami aku, saje je aku masuk dewan lenggang-lenggang kangkung.. mesti dia ingat aku dah lupa belikan dia bunga.. sebab tengok orang lain semua dah beli.. sebenarnya aku dah pakat dengan anak saudara aku.. bg dia duit siap2 dan nanti suruh emily pas kat papa dia.. suprise la konon2 .. hehehe

dapat 2 kad.. oleh sebab bapa mertua dah tak ada, so aku teman la mak mertua aku..

Kebetulan kami dapat duduk tepi sekali.. so masa upacara graduan masuk ni, tercari2 gak la suami aku.. ha dari jauh aku dah nampak.. cuit2 kat mak mertua aku.. nampak je sengih2 la kan.. 

 


Sementara aku menunggu suami naik pentas, anak saudara wasap gambar ni.. mereka baru sampai dan sempat juga tengok suami aku naik pentas ..

dah siap beli bunga dah... yang hijau kakak ipar sulung, yang tengah tu Feeqa anak saudara, yg baju merah kakak ipar no 2.. dan yg tukang amik gambar ni Arin anak saudara juga..
Selesai upacara majlis, ada nyanyian lagu UTM dan derang lepaskan belon dan bubbles ni.. mmg happening la.. ada aku record .. tp malas plak nak tepek kat sini. hehehe


 Keluar2 je, emily terus serbu papa dia.. mmg padat dan ramai orang masa ni..

 
Masing-masing sibuk nak pakai topi ni.. nak pakai jubah kang beso sangat lak.. semoga anak2 mama dan papa akan mengikuti jejak langkah mama dan papa masuk Universiti ye sayang.. lepas ni kitaorang kalut cari tempat bergambar yg disediakan untuk mengambil gambar sekeluarga.. nasib baik dah tempah awal2.. kira mcm dalam studio la.. insyallah lagi sebulan siap katanya. nanti aku letak kat sini okeh..

menunggu giliran nak pi amik gambar ramai2 kat studio..

Lepas amik gambar studio, barulah kitaorang gerak ke padang dan amik gambar serba sikit buat kenang2an.. ramai yang siap buat photoshoot bagai. heheh kalau ikut hati mmg nak jugak.. tp kesian lak nanti mak mertua dan kakak2 ipar nak tunggu kami buat photoshoot.. so takpelah.. amik lah sikit2. jadiklah buat kenangan

Congrats Mr Hairudin

3 beradik
anak beranak

kaum keluarga suami
akhirnya barulah nampak aku kan? hahaha
family kami


 

bersama suami tersayang.

         
Suamiku,
Ada ketika, kita perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain
Ada ketika, orang tak hargai pun pengorbanan kita
Ada ketika, kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain
Ada ketika, orang nampak salah kita, tapi tak nampak puncanya dari mereka
Ada ketika, kita rasa letih di atas semua ini
TAPI ada ketika, pasti semua ini ada jawapannya selagi kita memilih jalan untuk bersabar..


Jika ada rezeki, harapnya dapatlah sambung lagi ke PHD.. itupun kalau ada izinNYA.. amin..

7 comments:

lieyalatif said...

alhamdulillah..tahniah abg din..tahniah jugak buat akak...tanpa sokongna isteri dan anak2 tak bermakne kejayaan tu kan kak....

in sha Allah kak, lepas ni aim utk phd plak....shah kene tgu abis 'edah' baru leh apply phd plak...sape tak mo belajar free kan kak hheheeheh...tahniah lagi sekali kak...

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis..
Semoga terus sukses utk suami sis ye

Najib Ariyan Ali Basha said...

tahniah tahniah tahniah....

~aSHa~ said...

tahniah utk suami kak mimi..

suka poem di bawah tu

~aSHa~ said...

pinjam poem tu

Unknown said...

alhamdulillah... dan tahniah untuk suami

is jugak yang xmerasa konvo.. scroll antaq mai umah ja sebab xleh pi.. uhuk3

Unknown said...

apapun...

salam perkenalan... is folo di 396 ;)

moga ukhwah berkekalan.. amin (^___^)