Tuesday, December 18, 2018

Autumn in Osaka 2018 - Food / Snack yang boleh cuba di Jepun

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


Ok rasanya entry last mengenai Osaka, aku nak share apa yang aku beli dan makan kat sana.. yang ni aku banyak baca info dari RTJ dan juga google mana-mana yang patut.. so kalau korang rasa info aku ni kurang yakin atau was-was terpulang ye.. tapi aku yakin, jadi aku beli dan makan..


Onigiri - Tuna & Mayonnaise di Family Mart
102 ¥ (before tax), 110 ¥ (after tax) = RM 4.00

aku memang beli Tuna Mayo je tau.. yang lain-lain aku tak beli dan tak suggest sangat . (mungkin ada perisa lain yang boleh dimakan)


gambar Tuna Mayo dari Family Mart lupa amik .. so cari dari google.. kredit dari SINI

Harga strawberry kat jepun sangat mahal.. Orang kata strawberry jepun sedap dan manis so aku pejam mata beli walaupun kalau kat Malaysia ni boleh dapat 4-5 papan strawberry di Cameron Highland. haha .. harga sebijik lebih kurang RM 6.00 rasa nak kunyah dengan daun-daun sekali. tp mungkin juga aku beli tempat yang mahal kot.. dan ada tempat lain yang lg murah agaknya. hehehe

Strawberry = 1500 ¥ = RM 55.50 (telan airliur)


besar-besar jugak
Royce Potatochip Chocolate = 720 ¥ = RM 26.60
beli kat kedai Duty Free di Airport Kansai (lepas imigresen baru korang boleh beli ni tau).. yang ni sedap.. aku suka..


 Royce Nama Chocolate = 720 ¥ = RM 26.60


Yang ni kena cari yang Liquor Free.. aku beli 2 jenis.. satu yang kotak coklat satu lagi yang kotak hitam (ala2 dark choc la) ramai yang suggest 2 rasa nilah sebab lain2 mostly ada Liquor.. memang sedap.. melting dalam mulut tau.. ok coklat ni mudah cair, so masa nak bayar nanti, cashier akan hulur satu kad tunjuk samada kita nak wrap atau tak coklat kita ni. kalau nak wrap kene tambah 100 ¥ = RM 3.70 je.. dia akan wrap dan letak ice pack kat dalam coklat tu dan coklat aku pun selamat mendarat tak cair2.. kat tempat lain (area osaka tu la) korang tak jumpa so kene beli kat kedai Duty Free di Airport Kansai (lepas imigresen baru korang boleh beli ni tau)..

haritu aku pi One Utama, ada jual coklat Royce ni.. (yang potato dengan nama coklat tu) harga 1 box adalah RM 52.00 .. 2 kali ganda kalau beli kat Jepun. tapi kalau korang rindu2 boleh je beli kat OU tu. 


 aku beli yang kotak hitam dan kotak coklat



ni yang aku dah bukak.. sumpah sedap.. yang kotak hitam aku tak bukak lagi..

ni rupa dah kene wrap dengan ice pack

Yang roti inti ikan ni aku beli kat area Dotonbori .. ada dua perisa.. satu kacang merah satu lagi rasa keledek manis


Roti Kacang Merah 180 ¥ = RM 6.60

yang ni Pisang Kaki di keringkan. beli di area Arashiyama Bamboo Forest .. 4 keping 500 ¥ = RM 18.50


yang ni Dipping Dot.. sejenis aiskrim yang memang sedap.. beli di Alpen Rose Restaurent.. kat dalam Snowpark di Mt Rokko (price tak ingat..) kalau tak silap 300 ¥ = RM 11.10




Macadamia Meiji 228 ¥ (dengan tax) = RM 8.00 
(kat Ou aku jumpa jual RM14.90)




Almond Meiji 300 ¥ = RM 8.00
(kat Ou aku jumpa jual RM14.90)

Kaki King Crab = 2000 ¥ = RM 74.00 
(harga ikut kedai.. harga lain2 tapi ni paling murah aku jumpa)

aku suruh dia potong siap-siap.. senang nak kopek

Takoyaki - tak ingat price (sorry)



Aiskrim Gree tea - 320 ¥ = RM 11.80



Biskut Kapal 69 ¥ = RM 2.50 (yang biru) .. lain tempat lain harga tau.. ada yang pernah jumpa lagi murah dari harga ni 55 ¥ .. yang paling mahal 98 ¥ .. so kalau nak beli better survey dulu (ada banyak kedai).. tp kalau tak silap aku lain perisa lain harga (ada banyak perisa tau) .. so nasib-nasib lah.. tp rasanya harga dia tak lebih dari 100 ¥ kecuali yang premium memang mahal sikit (macam strawberry tu)


aku borong 50 kotak yang kaler biru ni

harga lain-lain


Air Coklat Van Houten (brand Meiji) = 150 ¥ RM 5.55 (Family Mart), tp aku beli di Super Tamade 139 ¥ = RM 5.10 (murah sikit) siap borong 4 botol bawak balik Malaysia (kebetulan Super Tamade ni dekat je dengan apartment aku so aku beli masa otw balik apartment tak de la berat nak mengangkut kan)


1st time membeli masa nak ke Kobe.. bila dah rasa sedap tu yang borong kemudiannya


selamat dalam peti ais .. kantoi ada petai jeruk dan sambal tempoyak kat bawah. hehe

Aiskrim Meiji.. yang ni sebenarnya dalam flight MAS.. so aku rasa kalau korang jumpa kat family mart sana pun boleh try.. sedap. rasa vanilla.. jenis keras tak mudah cair..



yang ni keledek manis.. 1 biji harga 270 ¥ = RM 9.90 .. kalau beli 2 biji harga 400 ¥ = RM 14.80 ... so berbaloi beli 2 biji .. share dengan Hirda.. besar sangat.. (sorang 200 ¥ = RM 7.40)



Mochi - 650 ¥ = RM 24.00
beli kat Nara Park


kat dalam ni penuh serbuk tepung 


Nilah hasil Mochi tu yang aku buang serbuk dia dan dah simpan dalam bekas.. kecik-kecik comel je.. sedap rasa macam tepung gomak. ada inti kacang merah ..

Satu je aku ralat tak sempat nak cuba .. iaitu Lukes Lobster.. sebab masa tak mengizinkan dan tak jumpa plak masa jalan-jalan .. (ada can repeat ke Tokyo pulak la ye next time.. hihihi). 

Kalau diikut tak banyak pun aku sempat makan di restoren kat sana.. ada beberapa restoren yang halal mcam Ayam Ya, Ramen Honolu, Yakiniku Naritaya dan beberapa lagi yang aku tak sempat pergi.. sebab masa yang memang tak mengizinkan.. contohnya masa di Yakiniku Naritaya tu dah sampai dah depan pintu, elok kami sampai, kedai tu tutup  untuk rehat (pukul 1.30 petang masa kami sampai) dan buka balik jam 4.00 petang. so rasa dah rugi waktu pada masa tu (kalau nak tunggu bukak balik).. banyak lagi tempat kami nak pergi.. begitu juga di Ayam Ya dan Ramen Honolu, asal kami sampai area sana je dah pukul 1 lebih dan tutup .. kalau ikut waktu tu memang time lunch kita la kan, tapi mesti dah tutup dan bukak balik sebelah petang.. so memang tak sempat nak jengah.. biasanya kami breakfast dengan dinner memang di apartment.. tu yang konon-konon nak try lunch di mana-mana restoren, tp memang bukan rezeki.. walau bagaimana pun kami tetap sempat try Mee Udon, Mee Soba, MiSo Ramen, Tempura kat sana.. jadilah kan dari tak pernah try langsung. hehe

Tamatlah citer Osaka Jepun.. Insyallah ada rezeki tahun depan kita ke tempat lain pulak..


No comments: