Wednesday, December 5, 2018

Autumn in Osaka (21 & 22 November 2018) KIX, Kuromon Market & Apartment

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


Assalamualaikum.. ok harini kita start cerita pasal holiday ke osaka ye.. oleh sebab semua kami buat sendiri, jadi kami amik masa berbulan-bulan nak settlekan semua benda.. ok antara benda yang kami  beli awal dan beli secara online adalah.. 


simkad.. aku beli 2 keping untuk aku dan en asben .. dlm gambar ni nampak banyak kan. ni sebenarnya Hirda tolong belikan untuk kami berenam... dia yang snap gambar ni..
Kansai Thru Pass - yang ni kami beli online dan redeem di HIS Travel (di airport KIX)


Osaka Amazing Pass - yang ni beli online tp dia pos pass ni kat rumah


tiket USJ .. yang ni beli online dan kemudian dia bagi barcode.. print sendiri


tiket express pass .. yang ni pun sama.. print sendiri

duit Yen jangan di lupa .. masa aku pergi rate RM 37.25 = 1000 yen 
(kalau ada duit lebih, boleh tukar awal-awal sikit-sikit) .. aku tgk MC sekarang dah RM 37.70.. makin mahal




Selain di atas hotel / apartment pun kami dah book awal .. untuk dapatkan harga murah... pening jugak nak decide hotel / apartment mana yang menepati citarasa, yang dekat dengan station, yang berbaloi dengan harga.. nak2 kami pergi time peak season.. musim cuti sekolah kan. so kene awal. kalau lg sebulan nak pergi baru nak book, alamat semua harga jadi double price .. sebab aku dah check 2 bulan sebelum pergi .. semua harga telan airliur, mujur kami dah book awal2..



Berbulan-bulan juga kami susun atur itinerary supaya teratur dan dapat pergi kemana yang kitaorang nak .. lepas tu kami beli stok makanan.. beli la sikit jajan2 anak, dan apa2 yang patut.. mcm biasa aku akan sediakan makanan ikut hari.. so kalau pergi 6 hari maknanya aku kene standby 6 bekalan untuk setiap harilah.. supaya tak de makanan yang berlebihan atau tak cukup pulak .. tapi kat sana kami still makan luar jugak.. nanti kita story lah ye..





Ok meh aku start citer... Pada 21 November 2018 aku keje half day.. lepas mintak permission boss, aku balik umah jam 1 petang.. bersiap-siap dan pukul 5.00 petang keluar umah gerak ke Airport KLIA ..


4 luggage 4 bagpack.. tu semua kasut baru.. bersih ye walau letak atas bag.. 
make sure boarding pass dah siapkan awal2.. 


print tagging untuk luggage


senang nanti dorang nak tag kat luggage kita


kami dinner awal dalam pukul 6.45 petang .. anak-anak makan KFC, kami makan di Noodles.. 
aku order Penang Mee Curry .. share je dengan en asben sebab portion dia besar gak.. 
aku jarang makan malam berat2 sangat


rombongan Cik Puan Mimi .. hehe


happy sangat sebab lama tak jumpa
snap pic dulu before boarding






aku duduk dengan anak-anak.. en asben duduk tepi aku (row sebelah)
Fish Pasta


Chicken Teriyaki & Mee Soba


comel kan.. tak tau apa ni.. tp bukan dessert ..


sejam sebelum landing dorang serve 2nd meal .. sandwich vege dengan chicken .. semua tak bangun tido.. tak lalu makan so aku simpan makan kat Airport


alhamdulillah kami selamat sampai di Osaka lebih kurang 5 pagi waktu jepun


kena naik train untuk ke Imigresen (pic dari Hirda)
pic dari Shah



Flight kami awal pagi, jadi smooth je urusan kat imigresen.. bag kami pun derang tak cek apa yang kami bawa .. so selamat la semua makanan kami





1st sekali tiba di airport, kami semua breakfast dulu.. nasib baik la ada restoren halal yang bukak pagi-pagi buta tu.. tapi kalau ikutkan kat Jepun pukul 5.30 pagi dah nak hampir cerah dah.. so pagi tu kami semua breakfast Udon dulu.. isi perut la kan.. nak tunggu bas lambat lagi pukul 10.00 pagi.










kat Jepun ni bagus.. dorang serve air kosong je tau kalau pergi mana-mana restoren  ..
patutlah orang jepun slim-slim kan (tapi ada juga yang jual air manis)


Kami tak order banyak pun... sebab sandwich dari flight tadi (yg second meal) pun tak bersentuh lagi. so kami order dua ni je.. lg pun aku jarang makan pagi (sebab dah terbiasa amalkan IF)




rambut tetap menten walaupun baru bangun tido .. berapa kilo gel ni ko letak farhan oii


dalam toilet airport.. ada seat untuk baby.. so senang2 la mak2 nak buat aktiviti sambil anak depan mata..
Lepas makan kami ke kaunter HIS ni untuk redeem apa2 yang kami dah book dari Malaysia

ni kaunter untuk redeem sahaja.. so print siap2 yang kita dah beli tu dan redeem di sini


kat kaunter sini plak, if kata ada apa-apa kita lupa nak beli atau baru nak beli,
boleh pergi di Kansai Tourist Information Center


Sementara tu, Hirda yang book tiket bus secara online.. rata2 aku baca, biasanya dari airport ke bandar osaka mereka akan naik train .. sebab lebih effisien dan tambang murah .. tp kami sepakat nak naik bas memandangkan Hirda dan Lieya bawak stroller baby dan kami bawak banyak luggage.. so kami rasa baik naik bas aje.. lagipun bas ni akan berhenti di Doton Plaza.. yang mana Doton Plaza ni dekat je dengan hotel dan apartment kami.. why aku kata hotel dan apartment? sebab Hirda duduk hotel dan kami duduk apartment.. aku dan lieya duduk apartment sebab anak-anak kami dah besar dan ramai.. kalau duduk hotel tak selesa sebab 2 single bed je.. Hirda anak2 dia kecik lagi.. so dia lebih prefer duduk di hotel.. tak kisah lah, janji masing-masing selesa..




Harga untuk tiket bas.. adult adalah 1200 ¥ dan harga kanak-kanak 600 ¥.. boleh book di website INI ... 




Rezeki kami, sebab waktu pukul 10.00 pagi yang kami book tu, hanya kami 3 family je yang naik.. dan tak sampai 10 minit bas pun bergerak.. so dalam bas boleh duduk sorang-sorang melayan perasan.. perjalanan lebih kurang 1 jam so sempat kalau nak tido lagi.

dalam bas pun kene pakai tali pinggang tau


Kami sampai di Doton Plaza lebih kurang jam 11.00 pagi.. Ok antara sebab lain kenapa kami naik bas dan turun di Doton Plaza sebab kami nak simpan luggage kami di storage room di situ.. masa kami sampai sana, baru pukul 11 pagi dan apartment kami hanya boleh di check in pada jam 3.00 petang. jadi family aku dan lieya simpan bag dulu sementara hirda pergi check in hotel dia (simpan luggage juga) dan yang best hotel Hirda 200 meter je dari Doton Plaza.. dekat sangat2 .. ok kat area sini banyak je loker yang boleh simpan bagasi, tp ruangan loaker sangat2 terhad dan ikut saiz bagasi.. kadang2-kadang penuh juga ruangan loker tu .. so baik kami simpan di sini sebab di sini disediakan bilik untuk simpan bagasi. tak kisah lah bagasi kita besar mana, insyallah muat je.


kitaorang simpan bag sampai pukul 3.00 petang


Lepas dah simpan bagasi, kami semua pergi ke destinasi pertama iaitu Kuromon Market.. kami ke sini gara-gara tengok Jejak Jepun Jihan la ni.. pergi makan kaki king crab..  nampak sedappp dan memang sedappp.. 


masa kami sampai ingat ini adalah pintu Utama, rupanya ikut belakang Market je ni..
nanti gambar kat bawah baru lah pintu masuk sebenar Kuromon Market ni








tu dia .. kaki king crab


harga 1 kaki king crab 2000 ¥ = RM 75.00
kitaorang try 1 dulu. sebab takut tak menepati citarasa.. 


Scallop pun kitaorang try .. 500 ¥ = RM 18.00


yang ni ikan buntal.. tak gamak nak try. hahahaha


total damage makan simple2 ni je 3000 ¥ = RM112.00 (1 kaki king crab, 2 scallop)


scallop




suruh potong-potong supaya senang nak makan
Landak laut..  tak beli pun..



haaa yang ni baru pintu utama masuk Kuromon Market ni. hehehe


Kuromon Market - itinerary check list done. 

Ok balik ke Doton Plaza untuk amik luggage kami.. oh ye lupa nak citer.. masa turun dari bas di Doton Plaza tadi kami dapat kupon seperti di bawah ni tau ... mula2 ingat kupon ni tak berguna.. tp bila kami majukan kat kaunter simpan bag tu, rupanya boleh guna kupon ni.. ok untuk simpan bag, 1 bag dikira 186 ¥ = RM 6.80.. so kalau 4 bag = 744 ¥ la kan (RM 27.00).. tapi oleh sebab kami ada kupon ni, dia tolak siap2 dan tadaaaa kami dapat free je simpan bag kat sini.. jimat kan??

dapat kupon ni masa turun bas tadi


tengok ni... 0 ¥ .. free uollsss


Ok dah amik bag.. kami terus gerak ke apartment.. sebenarnya apartment kami ni nak kata dekat tak dekat .. nak kata jauh pun tak juga.. di tengah-tengah la senang citer.. yang best sepanjang laluan nak ke apartment, family mart bersepah-sepah.. 7 E pun lalu.. Lawson pun lalu.. dan jugak Super Tamade.. Super Tamade ni mcm mini supermarket.. ala-ala econsave la gitu.. so kalau nak beli barang kering ke barang basah ke (bawang cili udang sotong ikan) semua pun ada (ayam dengan daging korang jangan memandai beli pulakkk) .. so kalau korang rajin gile nak masak boleh je beli.. kot2 teringin nak makan tomyam di kala sejuk2 tu kan.. 

Jadi memang berbaloi duduk apartment ni.. ok lupa lak nak cakap.. kami book apartment ni melalui booking.com tau.. sebelum ni ramai kata lagi berbaloi book dengan airbnb tp kalau tak silap la... melalui bacaan di internet banyak yang kata airbnb tak de lesen yang sah untuk apartment. so banyak yang kene cancel apartment last minit.. oh no no, kami tak mo amik risiko.. so kami lebih percaya dengan agoda dan booking.com aje..

So nama apartment kami ialah Grande Famile Shimanouchi Dotonbori Condominiums ..





Kat sini nak check in tak de lobby tau.. owner apartment just email kami dan bg tau kami cemana nak amik kunci yang dia dah letak dalam peti surat khas.. nak bukak peti surat tu ada security code yang dia dah email pada kami siap-siap ..  ada aku amik video dan letak dalam Insta Story aku dan dalam album aku di FB ..


ni adalah sofa bed ye.. owner apartment dah siap2 buka dan bentang jadi katil .. 
siap bg extra mcm2 lagi atas tu
ni katil single bed

ni katil double bed ye.. lebar sebenarnya ni

See.. banyak gile katil.. puas hati kami duduk berempat ni.. tak de la berhimpit2 kalau tido di hotel.. dah la nak duduk 5 hari kan. hehehe

ni dapur dengan kemudahaan asas.. ada kettle, ada dapur elektrik (kat bawah tu).. ada alat memasak, kat sebelah tu sinki .. sabun basuh pinggan disediakan juga


ni gambar google sebab aku lupa snap.. ada peti ais.. ada microwave.. microwave ni lah sangat2 berguna pada aku sebab aku dah biasa guna kat rumah sendiri. kalau tak de mcm tak lengkap la kat dapur.


penuhkan stok di dapur.. susun siap2 agar senang nak bajet hari2 nak makan / masak apa
ada mesin basuh jugak.. sabun basuh baju pun dorang sediakan




Masa kami sampai apartment dah pukul 5.30 petang .. dah gelap.. anak-anak dah penat sebab masa dalam flight tak cukup tido.. so dorang nak rehat. nak tido puas-puas .. tak pelah memang penat pun hari pertama. so aku siapkan makan malam.. nasi impit (rebus siap-siap dari Malaysia), panaskan sup daging Adabi dengan rendang daging Brahim's.. dah rasa ala-ala raya di perantauan pulak.. mujur en asben tak bukak lagu raya.. kalau tak, mesti makan dengan air mata meleleh-leleh kann.. hahah poyo la ko mimi oii..


No comments: