Thursday, December 13, 2018

Autumn in Osaka (27 November 2018) Nara Deer Park & Hotel Nikko Kansai Airport

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily


Harini kami santai-santai je.. sebab plan harini nak ke Nara Park dan check out apartment.. nanti kat bawah ni aku citer nape check out sini dan check in kat sana.. harini memang dah janji nak keluar pukul 10 pagi dan kasi budak-budak tido puas-puas. penatkan.. tapi aku bangun mcm biasa sebab banyak benda nak settle kan.. yang penting kene kemaskan apartment macamana kita masuk macam tu juga kita keluar.. sampah kene buang.. pinggan mangkuk kene susun balik, katil kemas.. kene jaga nama baik Malaysia gak. kang orang kata kita pemalas pulak . hehe

Makanan ngam-ngam aku bawak.. memang aku dah kira siap-siap apa nak makan setiap hari. supaya tiada yang membazir.. alhamdulillah makanan licin.. so hari last tu aku panaskan nasi keju cendawan Brahims lawan dengan kari ayam Adabi.. oleh sebab dah cuci pinggan mangkuk apartment, so aku letak dalam bekas tipuware ni je.. senang dah abis makan boleh buang sekali dalam tong sampah.. tak yah basuh-basuh pinggan lagi ..


buat 2 bekas nasi dengan 2 bekas lauk kari ayam.. senang share-share aje 4 beranak ..


kemas balik bilik


tak de la tersusun sangat.. aku cuma susun balik mcm hari pertama sampai


bag pun dah kemas.. tak de yang beranak pinak


ni anak bujang aku yang tulis. dan anak dara aku yang lukis.. memang disediakan papan ni untuk tulis message pada owner apartment


kami selalu makan kat sini


ni arahan untuk letak kunci semasa check out..


tu ada notice kat mana nak buang sampah setiap hari
Lepas check out kami terus ke Doton Plaza untuk simpan bag seperti hari pertama kami sampai.. (baca entry 1st day ye).. lepas dah settle simpan bag, kami beli tiket bas untuk ke Airport petang nanti jam 4 petang. lepas bayar harga tiket sekali lagi kami dapat kupon ni.. yesss confirm free lagi simpan bag kat sini. hehehehe jimat

kami beli tiket bas di kaunter sini (Youtour Bus Reservation) di Tingkat 2 Doton Plaza.. sebelah Lif..
Ok harga masih sama macam dari Airport Kansai ke Osaka .. tiket untuk adult adalah 1200 ¥ = RM 44.40 dan kanak-kanak 600 ¥ = RM 22.20




Dah settle kami terus menuju ke Nippombashi station untuk ke Nara Park..  sebenarnya tak susah jugak nak cari jalan. korang kene banyak guna google maps je.. insyallah sampai.. kalau tak confident tanya je kat information counter.. kami selalu je tanya orang.. tak perlu malu.. walaupun cakap macam ayam dengan itik.



pose wajib kat sini.. ni kat dalam Station Nara je.. 






Ok nak ke Nara Park ni tak jauh dari Station Nara.. boleh jalan kaki cuma dia membukit sikit.. jadi kalau rasa-rasa sayang tenaga boleh je naik bas.. so marilah kita naik bas walaupun 1 pitstop aje.. sian budak-budak.. tapi masa balik kami jalan kaki je sebab turun bukit.. tak le membetis sangat


tunggu bas kat sini
amboi ada backdrop rusa la. haha
























rusa-rusa ni berkeliaran sana sini.. kat mana-mana pun ada rusa..


singgah beli aiskrim lagi






gambar wajib ni


walaupun takde tulis Nara, tapi ada gambar rusa.. cantikkan
Nara Deer Park - itinerary check list done 


Ok dah puas hati kat sini kami singgah kat kedai-kedai kat situ beli Mochi dan terus gerak balik ke Dotonbori ..








inti kacang merah




last jalan-jalan kat area Dotonbori.. memang best kat sini.. macam-macam ada.. lebih kurang mcm kat Myeondong (tapi Myeondong lagi best bg aku).. happening sangat malam-malam


nak bergambar dengan spiderman kat atas tu sebenarnya.. apasal plak gambar ni blur ye..


rindunya kat sini .. kat depan seberang jalan ialah Doton Plaza


Doton plaza kat belakang tu (yang ada biru merah hijau tu).. dekat sangat dengan Dotonbori. dalam 200 meter jek. so memang best sangat duduk area ni. jalan kaki je
Sampai kat Doton Plaza, kami amik bag, dan tunjuk resit dan kupon tu terus tak payah bayar dah ..



Jam 4.00 petang, bas pun sampai.. kalini ramai gak orang dalam bas .. senang kan macam ni.. kita tak payah nak pening2 berebut dalam train dan jaga luggage.






ni nama bas tu.. YOUTOURBUS


dalam bas
Kami sampai jam 5 petang.. dah gelap kat Airport.. tengok tu kemain rajin anak dara aku tolong punggah bag.. tengkiu dik..




kami nak check in di Hotel Nikko Kansai Airport
Ok antara sebab kenapa kami check in kat sini ialah sebab flight kami esok pagi jam 9.55 pagi..  (kaunter MAS buka 6.55 pagi) kami tak mau rushing dari apartment ke Airport.. dari apartment nak ke airport ni makan masa 1 jam..  (pukul berapa nak keluar?) kami tak mau terkejar-kejar naik train untuk sampai ke airport jika keluar awal pagi.. dan perkhidmatan bas pun tak de awal pagi.. kami kan ramai bawak anak-anak. jadi biarlah selesa sikit trip ni.. memanglah ada yang kata macam rugi, baik tido di airport je dari tido di hotel.. tak pelah duit boleh dicari keselesaan anak-anak penting juga..  mana kita nak bawak bag lagi naik turun train, nak jaga bag, nak jaga anak-anak tido (kalau di airport) so kami semua sepakat tido je lah di hotel tu .. 

Bilik dia ok just nice.. tak besar tak kecik. ada 2 katil super single jadi muat la kami berempat.. bantal kepala pun 4. hehe

















Dah selesai solat dan berehat kejap, kami pun plan nak makan malam di Airport.. kat sini kalau tak silap aku ada 2 restoren halal.. yang pertama Restoren Udon yang masa hari pertama kami sampai tu (baca entry 1st day) dan restoren yang kedua yang kami pergi malam ni di SOJIBOU (kedai mee soba).. so Mee Udon pun kami try, Mee Soba pun kami try juga .. sementara tunggu yang lain-lain turun, kami pose kat sini.

























muka pun dah tak semenggah dah malam-malam ni


cili powder.. aku memang kene letak ni banyak-banyak.. kalau tak .. tak lalu makan sebab tak rasa pedas langsung.. 


kat kedai ni dia serve air kosong dengan air green tea aje


tempura dia sedap.. kurang berminyak .. so boleh makan banyak

Lepas makan kami ronda-ronda area airport.. kat sini banyak je souvenir yang korang boleh beli. tp mahal la sikit.. Daiso ada, 3 coins ada, macam-macam ada la.. seronok gak menjamu mata.

No comments: