Thursday, August 12, 2010

Birthday Surprise for Lieya Latif

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari Ahad lepas, ekceli kami ada rancangan di Putrajaya.. selalunya kan , aku mesti keluar dengan BFF aku, hirda, sham dan lieya, tp kalini lieya kami tak cakap dengan dia.. sebab nak surprisekan dia. hehehe..

Pagi2 aku jemput Sham kat Selayang, pastu kami semua menuju ke rumah di Hirda.. seperti yang dirancang, Hirda masakkan kami nasi lemak + sambal telur + sambal sardin.. see?? kat bawah ni dah siap terhidang breakfast, tak yah kami susah2 tolong dia masak. heheheh.. opss kuih muih tu kami beli jerk.




Lepas soru, kami terus keluar rumah, kalini kami naik FORTE Hirda plak.. nak merasa la kan keta baru..




tempat pertama kami ke Empire.. ni semua gara2 nak makan macaroons.. kami beli 20 bijik = RM36.. pastu singgah TRU sebab anak2 aku request suruh beli Mr. Potato Head.. masa kat Empire ada plak pameran kucing.. eh pameran ke pertandingan ek.. lupa la pulak..


kami sampai di Putrajaya kul 1 lebih.. tp kami masuk rumah zue kul 2 ptg.. actually ni 1st time aku jumpa Zue.. dia beria2 ajak aku datang bawak kawan2 rapat lieya.. pastu dia kata nak surprisekan leiya, nak sambut besday untuk lieya.. so aku kena zip mulut lar tak cakap dengan lieya .. sori ek lieya... bukan akak tak mau cakap dengan lieya, bukan tak mo ajak lieya outing.. next time ek..

Sampai2 rumah Zue, banyak betul dia masak.. yang ada kat bawah ni tak termasuk Satay dan lain2.. banyak betul aku makan sampai sengkak perut aku..


sementara tak de orang sampai lagi, kami posing dulu.. kiranya kami orang pertama sampai la


Lepas kami semua dah makan sampai sengkak perut, akhirnya sampai ke acara yang ditunggu2.. iaitu zue pun keluarkan kek surprise kat lieya.. terkojut si lieya




ni la tuan tanah aka tuan rumah yang comel lotte.. Zue Kamil.. anak 4 orang , ada twin girls yang comel.. badan Zue ni memang ramping macam anak dara.. terima kasih zue sebab jamu kami semua makanan yang sedap2 ni .. rupa2nya harijadi zue pun jatuh bulan 8.. mana la kami tau.. kalau tau mesti kami bawak present sekali untuk zue..


Balik dari rumah Zue, kami semua lepak kat Starbuck Alamanda.. kul 6.15 petang balik rumah hirda dulu, dan aku sampai rumah kul 8 malam. hehehehe

Wednesday, August 11, 2010

Cuci The Musical Season 2

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Malam jumaat lepas aku gi tengok Cuci The Musical.. keluar rumah kul 8.00 malam, sampai sana bih kurang kul 8.15 malam.. ala rumah aku dekat jer dengan IB ni, cuma part cari parking jer la lambat sikit.. sebab penuh kan.. mujur haritu tak bawak Altis.. pakai Myvi jer, so senang nak park tempat sempit2.

Kalini my hubby beli seat depan2.. memang puashati sebab nampak sebiji sebijon muka awie, nabil, hans dan afdlin saufi.. dah la dorang tu banyak berlakon kat area aku.. so memang puas la mata memandang kan..


cam biasa la kan, mesti la nak posing2 ni.. ingat nak masuk muka kat lubang tu, tp cam segan plak sebab dah ramai orang.. so kat sini pun boleh ar


tetiba terjumpa SIS RASP .. tu pun sebab dia nampak aku terhegeh2 nak snap gambar sendiri.. tp gambar tu kelabu la plak, gara2 tangan tak stabil..


Aku nak buat review pun tak reti la korang, tp yang pasti teater ni sama macam citer dalam Filem tu.. cuma kalini banyak nyanyi la kan.. ater kata musical kan. mesti la banyak lagu2.. tp serius vanida imran sangat cantik dan suara pun sangat sedap... lakonan 4 orang pelawak tu tak yah cakap la, memang hebat giler.. asyik ketawa jer la kat dalam tu.. nak2 dorang suka buat short2 form contoh camni :-

M.O.J = Mak OK jer
A.M.K = Ada Mak Kisah
K.K.N = Kelas Kau Nyah

hahah masa dorang cakap2 gitu, memang best ar, dah la watak awie jadi ala2 bapuk tu memang menjadi ... memang fun sangat.. teater ni lama sangat, sampai kul 12.30 tengah malam.. nasib baik kami pergi jumaat malam, esok rileks la kan tak yah gi kerja....


Gambar bawah ni aku cilok dari blog Sham.. masa tengah show mmg dilarang sama sekali korang amik gambar.. jangan kata nak amik gambar, kalau korang bukak hphone nak baca sms pun kena suluh dengan penjaga kat situ.. so masa show totally NO NO NO bukak HP... tp lepas show boleh.. so masa ni aku plak dah KETERLUPAAN nak snap pic dorang sebab terlalu asyik tengok dorang ni menyanyi..


Aku rasa la show tu last semalam or malam isnin.. ingat2 lupa.. tp overall citer ni memang best, tak rugi pergi dan sangat enjoy apatahlagi kalini lebih banyak insiden spotan yang berlaku.. tp dorang memang pandai nak cover sesama sendiri... congrats guys, you all memang best giler..

oh ya aku tak amik gambar dengan dorang coz aku balik cepat.. masa tu mata aku dah kurang selesa sebab pakai lama sangat contact lense, so mata dah kabur2.. aku dah malas nak tunggu, nak balik cepat jer masa tu

Tuesday, August 10, 2010

Ini entry emosi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok ini entry emosi.

Mulai sekarang insyallah, saya tidak akan menunjuk2 lagi kalau saya beli apa2 barang.. saya dah malas nak siarkan apa2 lagi kalau saya dapat hadiah sempena besday saya, anniversary saya or apa2 la yang berkaitan dengan hadiah istimewa.. saya takkan siarkan di sini untuk tatapan umum.  Yer sebabnya ada la "manusia" pendengki dengan hidup saya.  saya tak kacau hidup orang, tp orang selalu dengki dengan saya.. mungkin dengan cara saya berdiam diri sahaja "manusia" itu akan hidup bahagia.. "manusia" itu akan puas hati kalau tengok saya tak menunjuk2.. oleh itu, blog ini akan menceritakan perihal baik2 sahaja.. anything yang saya beli esp. barang branded DILARANG KERAS sama sekali untuk disiarkan di sini.  kalau setakat saya beli mekap sendayu tinggi or beli baju kat pasar malam ke, boleh la saya share kat sini kan, mana la tau korang2 nak beli sama jugak ke kan.. Untuk entry rumah baru pun, rasanya tak perlu la saya nak letak kat sini, kang terbeliak lak biji mata pada "manusia" yang dengki dengan saya.. yang pelik dan jeliknyer "manusia" ini tidak suka atau ada sahaja rungutan dengan blog saya.. tp "manusia" ini tetap jugak sudi menjenguk blog saya.. Apakah maksudnya itu yer?

PERINGATAN UNTUK DIRI SAYA :- Jikalau saya tetiba buat entry menunjuk2, saya nak mintak tolong kawan2 untuk remindkan saya yer.. maklum la saya hanya insan yang lemah, kekadang lupa daratan. saya tak mau dituduh yang bukan2.. penat rasanya diri ini dikata orang .. saya tau saya tak cantik dan saya tak hebat .. mungkin "manusia" ini lebih cantik dan lebih hebat dari saya ..

Nota :- "manusia" itu saya tujukan pada UMUM sebab saya ramai kawan.. pada yang terasa itu, tidak perlu la nak marah2 saya.  siapa yang makan cili, dia yang rasa pedasnya ok.. Kalau rasa insaf, meh la minta maaf dengan saya .. saya bukan jenis pendendam.. Sekian terima kasih

ohhhh baru aku terperasan, entry ini aku guna ganti diri "saya".... baiknyer aku...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak..

Friday, August 6, 2010

Laksa Johor & Cuci The Musical

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama aku tak update, cerita ada, tp tak tau gaya nak update cemana.. mm tak pe la, tak de sapa2 kisah pun kan?? tengahari ni aku baru jer balik makan kat medan selera duta, sajer jalan2 cari makan, dan hasilnyer aku makan Laksa Johor.. sedap betul laksa johor tu.. mmg sama la dengan orang johor buat..


terbukti sedap kan???


Balik karang, hantar farhan balik rumah dulu, lepas maghrib aku dan hubby akan terus ke Istana Budaya sebab nak menonton Cuci The Musical... feedback dari semua kata cerita ni best!



Ok itu ajer update ringkas dipetang hari ..

Tuesday, August 3, 2010

Peserta Giveaway : Cik Puan Mimi - Teka Objek

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok penyertaan dah tutup semalam.. aku bz sebab tu tak sempat nak listkan senarai peserta semalam... maka  harini marilah kita tengok senarai peserta dengan jawapan2 nye mereka sekali... kalau ada yang tercicir/tertinggal, jangan segan silu untuk menyatakan pada aku.. nanti aku masukkan.. Pemenang akan diumumkan jam 2 petang nanti ..
Berdebar2 tak???? hehehehe

1. Echa - Pemadam

2. Zurazari - Pencil Box

3. Nik Zairfan - Kotak Pensel

4. Izan - Bekas Pensel

5. Tiefazatie - Bekas Pensel

6. Ibu Amirul - Pemadam Pensel

7. Nurul - Pemadam

8.Nisajijah - Lego

9. Ayang - Pemadam

10. Syazana - Bekas Makanan

11. Ibu Ayu - Bekas Pensel Warna

12. Hirda - Pensil Box

13. Bunga Cokelat - Magnet

14. Eleven9119 - Thumbdrive

15. Alawiyah - Pemadam Pensil

16. Sherry - Pencil Box

17. f_aRa_aina989 - pin @ brooch

18. Tunoor73 - Bekas Pensel Warna

19. Virgomania - Thumbdrive

20. MTM - Brooch bentuk lori bomba

21. Kak Ngah - Tabung

22. Mamalyna - Bekas Pensel Warna Crayon

23. LeYna - Magnet

24. Ratna - Pendrive

25. Noj - Pemadam

26. Aidiena - Pin Button

27. Jasfyra - Pemadam Pensil

28. Eima - Thumbdrive

29. Sham - Bekas Toothpick

30. Asha - Pemberat Kertas


Ok Good Luck guys......

Friday, July 30, 2010

Bubur Jagung kurang kolestrol :P

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

2 hari lepas aku singgah rumah Sham.. dia kan baru balik dari CH.. aku kirim dengan dia jagung.. sebab aku memang suka jagung dari CH.. lain dari jagung biasa kat sini.. tak caya.. cuba tengok jagung kat bawah ni.. bezanya dengan jagung biasa ialah, biji2 jagung tu ada warna putih... kalau jagung biasa tu semua kuning jerk kan.. jagung CH lebih manis dari jagung biasa.. aku pernah beli kat pasar malam sentul, jagung rebus biasa dia jual sebatang RM1.50 tp jagung rebus CH ni dia jual RM3.50... padahal masa aku kirim Sham ni, aku kirim RM10 boleh dapat 9-10 batang.. murah giler kan???

manis betul.. mentah2 pun sedap ratah

ok jagung2 ni separuh aku rebus sebab nak mengokel jer macam tu.. separuh lagi nak buat bubur jagung


untuk bubur jagung of course la kena sagat jagung2 tu kan


jagung yang telah siap di sagat


pastu belah kelapa.. kelapa ni mak aku bagi dari kampung


then parut kelapa tu.. papan parut tu pun mak aku bagi


sesudah tu perah santan


oleh sebab aku tak mau bubur aku terlalu kaya dengan kolesterol,
so aku renihkan dulu jagung tu dgn air kosong, daun pandan tu nak kasi wangi jer


agak2 dah mendidih sikit


Masukkan gula pasir secukup rasa.. aku tak guna gula melaka/kabong sebab aku tak mau bubur ni kaler gelap.. aku suka warna kuning jer..


 gula dah hancur dan bubur pun dah didih betul

pastu baru masukkan santan.. aku guna santan cair jer..


ni la bubur jagung aku.. very lite2 jer kan.. tak mau terlalu berlemak.. nanti kolestrol tinggi..
ni pun dah cukup sedap dah ni.. heheheh


ni jagung yang telah direbus... nyum nyum

Thursday, July 29, 2010

Mata Palsu untuk Hari Raya.. ngeee

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Jalan2 petang semalam, ternampak "beli 2 contact lense freshlook = RM80" wah menarik ni.. aku kan suka pakai lense kaler2 ni. terus masuk kedai Focus World .. terus deal dengan adik kat situ.. aku tak banyak songeh nak pilih kaler apa.. sebab aku tau aku memang minat kaler turqoise dan ametyst.. memang faveret aku dari dulu 2 kaler ni..

Dulu masa tahun 2001, contact lense freshlook berwarna ni amat mahal.. satu pasang RM80.. but now dah jadi separuh harga pulak.. tu yang boleh beli sampai dua sekaligus.. bila beli turqoise ni, teringat plak zaman aku kawin dulu pakai kaler ni..

So raya ni melaram la aku dengan mata palsu .. ngeeee




korang nak cuba?? meh la kita pakai sama2 masa raya nanti.. sapa2 nak minta aku belikan pun boleh ajer..