Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily
Harini kita lebih kepada santai2 jek.. semalam dah pulun shopping kan.. pagi2 cuaca agak baik sikit.. ada matahari.. tp petang2 cam biasa ler, hujan. so pagi2 ni kita ke Bali Heaven.. mmg heaven la jugak.. serba serbi ada.. dan suasana mmg macam kat Bali, sebab lagu2 dalam FO tu mendayu2 gitu
Masuk2 dalam FO, ternampak gambar hiasan ni.. Farhan dan Emily terus jalan tutup mata dengan tangan.. Farhan cakap, eiiii tak malunyaaa orang dalam gambar ni. heheeh sabo jek la anak aku ni
Nak kata banyak, tak jugak, nak kata tak banyak, boleh la tahan menaburkan uwang kat dalam ni.. pas dah beli dan belah, kami singgah beberapa FO lain untuk dibelanjain uwangnya lagi
Pastu kami dah penat, time to SPA la plak.. ok kat sini ada macam2 SPA.. lupa plak nak snap senarai urut yang ada.. tp aku amik yang pakej yang selalu aku buat. dan yang terbaru ada Baby & Kids SPA Treatment jugak
|
memula nak amik pakej ni , mak dan anak satu bilik spa.. tp sebab Emily tak mau di urut badan. dia penggeli.. so aku suh dia buat lain.. aku jek urut mengurut badan. |
|
moh kita tengok apa yang ada.. memula aku amikkan emily Fresh Beautifulicious, tp dia tak mo.. dalam pakej ni ada pakai masker coklat, dan coklat yang di sapu kat muka boleh makan!.. tp emily tak malu.. jakun sikit anak aku tu.. dia takut tengok muka gelap... so aku tukarkan dia Head Shoulder & Toes Treament ajer.. semua ada, creambath, urut badan sikit2 dan juga meni & pedi |
|
kertas ni dipanggil "Teh O" (ada ke patut tulis nama aku Ibu MIMIH), Teh O ni ialah resit di mana kita kene tunggu di lobi, nanti terapist (bukan di panggil tukang urut) akan panggil kita .. kiranya bernombor T053 tu no terapist la.. ada banyak terapist kat sini.. terapist2 ni yang akan di bayar komisen oleh pihak SPA... ada citer kelakar kat sini.. masa aku kat kaunter tu, dia kata Ibu Mimi tunggu yer, nanti saya bikinkan Teh O nya .. aku pun tunggu la.. pastu dia bg kertas ni.. pastu dia suh aku naik kat atas lobi... aku ingatkan kat lobi nanti dia bagi aku Teh O.. bila dah tunggu punya tunggu, aku tanya la, mana Teh O nyer? sekali tu rupanya Teh O tu yelah kertas ni. (dalam hati punya la gelak) hahaha mati2 aku ingatkan dia sediakan Teh O.. kat Indon, Teh O dipanggil TEH MANIS.. ala sengal betul la aku ni |
|
en papa pun urut kaki.. so kami semua buat aktviti SPA la harini.. kecuali Farhan, dia duduk dengan supir dalan van main ipad ... dia tak mau buat apa2, walaupun aku suh gak dia buat pedicure..dia tak mau |
|
cam biasa sebelum urut, mmg kene cuci kaki dulu.. sental kulit2 mati |
|
aku amik private room.. so lepas je urut, terus berendam dalam jacuzi tu.. tak yah keluar2 bilik lagi |
|
lepas urut sedap berendam dalam air hangat |
|
ni baru la betul. di bagi air teh O Halia Berempah.. Mak datuk pedasss |
Spa aku tu lebih kurang 2 jam.. so sementara tu meh kita tengok apa emily plak buat kat bawah SPA..
|
muka fresh baru lepas kene cream bath |
|
rendam tangan nak lembutkan kuku |
|
berbungkus kepala ko dik |
|
ada TV kecik kat situ. tak la boring sangat |
|
pastu terapist suh pilih kaler apa nak pakai |
|
sebelum dia setat pedi dan medi, dia settlekan rambut dulu.. yang tadi dia buat cream bath, so dia nak cuci la ni |
Kutex ni tak permanent yer.. adalah sehari dua je dia pakai, pastu tanggal sendiri.. ala ni suka2 je buat kat budak2.. aku tau Kutex ni haram.. tak de maknanya nak bg dia pakai lama2.. ni just buat suka2..
|
total bil.. kira la sendiri.. tak mahal pun |
|
pastu baru la kitaorang pi makan... ingat kalau nak urut, jangan makan dulu.. kang muntah terbarai lak.. so biar urut dulu baru makan tau.. |
|
food2 yang lain sama je kat mana2 masakan padang.. ni je aku snap sebab lain sikit.. tp aku tak rasa pun.. tak de keinginan nak rasa |
|
sup untuk anak2.. |
|
kalau pi Bandung aku mmg suka jus avocado ni |
|
pas makan, barulah kitaorang sambung shopping kat Jalan Riau... cam biasa lah banyak FO kat sana.. sampai tak larat jalan dan hari dah pun gelap.. masa ni aku tak de shopping apa2.. sementara cik papa pi terai kan baju anak2, aku dok posing2 kat sini |
|
hahah, New Arrivals, tp sukati jek derang longgok2 cenggini |
|
malam tu kami makan balik kat CILAKI.. sama tempat macam hari pertama dulu.. sebab sedap sangat.. tak puas makan. tu yang repeat lagi sekali .. ni air Jeruk Kelapa.. |
|
kami order sama macam menu hari pertama .. tp kami tambah lagi satu menu.. Kerang masak Black pepper.. berasap bontot tu sebab pedas.. hahahaha |
❤❤ best ke citer harini.. biasa2 je kan? hurmmm tak de yang menarik rupanya bila citer pasal bandung. pasni kalau pi bandung malas nak update dalam blog lagi..
9 comments:
best jekk..especially spa tu..hehe
klakar la tang teh o tu..sib akak bgtau,kalo x haram saya xtau apa2.hahaha
sya suka n rasa best je baca..sbb xpenah p bandung lg.so,kalo akak p lagi silakan update lg cerita psl bandung ok :)
memang kalo ke sana wajib spa2 nie sis...
harga sangat2 berbaloi kan...
best lak tgk emily buat pedi tu sis...
and sweeeeet jer hias kuku tu....
syok jer tgk emily pun sam ke spa...hehehe...
Chekgu Azrine - masa ke bandung haritu tak sempat yer.. kalau saya ke sini, mmg WAJIB buat SPA. sebab murah dan puashati sangat2
Jasfyra - mmg lawak kan.. boleh la akak pi tunggu air teh O. kikiki
Rasp - betul tu sis, mmg wajib la pi SPA.. sebab kita dah seharian berjalan kan. bila dapat urut. mmg lege sangat2
Lynn Hamzah - mana2 budak perempuan mmg suka la bab2 cenggini kan.. sebab nak nampak cantik la konon
pk.. take note. nak kena gak pi cilaki nih!!
ni kalau anak ayu sure dia suka sgt ni kaler2 kuku.. ayu mmg tak layan sbb xdela nak mengajar dia dgn beli ni.. cuma pakai inai jela.. tp kalau ke sini mesti la nak try SPA ni... best tgk..
poms, TEH O or TE O (Therapist Order).. coz dorang kan suka guna shortfom ni
Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com
Free & Eazy Program Tour (up to you)
Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)
Kereta Taip Daily/14 hour
Suzuki APV ( 7seat ) Rp 425,000
Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 425,000
Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000
KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000
Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000
Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000
Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com
Post a Comment