Thursday, April 18, 2013

Farhan Admitted

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Bersiaran langsung aku dari HUKM pagi ini. Semalam ada appointment dengan doktor gigi A'am di HUKM. Ingatkan x kene masuk ward. Tp doctor nasihat masuk ward sebab kene ada di HUKM jam 7pg hari khamis. Memula mcm x mo tido ward. Tp pukul berapa aku nak keluar rumah? Dengan jalan yg jem hari2 sepanjang jalan kuching. Dengan emily lg nak gi sekolah. Dan byk lagi faktor2 lain. Last2 aku setuju duduk spital. Mudah jugak nurse nak monitor A'am.

Ketika ini aku dlm bilik mainan kanak2 khas utk pesakit sementara menunggu giliran. Insyallah pagini jam 11 pg A'am akan masuk bilik OT dan akan dibius tido untuk doktor mencabut dn menampal gigi dia yang rosak dn tinggal tunggul. Sepatutnya dengan umur 9 thn dia dah tumbuh gigi kekal. Tp sampai sekarang x tumbuh2 disebabkan gigi tinggal tunggul. Doakan operasi ni berjaya dan A'am x apa2. Aku risau jugak dengan kesan bius yg doktor maklumkan pd aku semalam.

Untuk pengetahuan (sebab aku tau ramai mesti tanya nanti), aku daftarkan A'am dr thn lepas lg untuk operasi ni. Kene Q lama dan panjang. Maklum le spital kerajaan. Orang pun ramai. Hampir 9 bulan gak aku menunggu. Semoga lepas ni gigi kekal dia sihat dn sempurna bila keluar


7 comments:

lieyalatif said...

in sha Allah kak...kami doakan yg terbaik...harap semua berjalan lancar dan a'am cepat sihat....

lepas ni kene pantang sikit laa a'am makan kan kak....takpe kak, nanti gigi kekal yg keluar akan cantik jek sebab dah takde halangan ....

umilia said...

in sha Allah takde ape..sy pun rs kene wat gak kat anak sy hilman..da drjh 1 gigi susu nye tak pth hbs..same mcm gigi a'am tu la..kene dftr dr awal gak la nmpknye..

~aSHa~ said...

leps ni cantik dah....

Hirda Ibrahim said...

Hope semua berjalan dgn lancar...
be strong a'am.. pasni gigi kekal will tumbuh dgn cunnya.. dun worry.

onniesham said...

semoga semuanya brjalan dgn lancar... insyaallah

Emy Omar said...

Insyallah semuanya berjalan lancar kak..take care a'am

Chekgu Azrine said...

hope for the best for ur son sis..tc