Tuesday, April 23, 2013

Pengalaman jaga Farhan di HUKM

Salam Bismillah
Mama Farhan

Harini nak share pengalaman aku jaga farhan di Hospital.. walaupun A'am bukan sakit kritikal, tp bg aku ni tetap pengalaman yang tak dapat dilupakan. sebab aku mana pernah tido hospital selain dari masa bersalin dulu.. untuk A'am, bila A'am dah besar, mama nak A'am tau, yang mama sanggup berkorban menjagamu sayang.. mama nak A'am jadi anak sempurna dan cantik mcm orang lain juga. 

Farhan ada masalah dengan gigi dia.. gigi dia banyak rosak, reput dan sepatutnya dengan umur 9thn gigi kekal sudah tumbuh, tp gigi kekalnya masih belom mau tumbuh.. ingat tak entry ni? giginya dan adik dia di scan?? ye masa ni Dr. Wan dah refer nama dia ke HUKM untuk rawatan susulan.. mmg Q nya amat panjang dan memakan masa. oleh sebab nak buang giginya yang banyak, so tak boleh la cabut dengan cara yang biasa. dia dinasihatkan untuk dibius tido sebab nanti bila gigi2 yang dicabut, gusi2 pula semua akan dijahit.

Hari Rabu lepas, ada appointment gigi di HUKM. tak lama tu doktor kata kene admitted supaya senang nak dipantau. aku masa tu tak sangka la kene admittedkan, so tak bawak apa2 barang pun.. petang tu en papa yang bawak semua keperluan kami. nasib baik dia bawak semua barang yang cukup dan lengkap.

masa ni dah kene masuk wad.. mcm biasalah timbang berat.. 18kg ajer anak aku ni.. tak sesuai dengan umur dia.. sepatutnya 30kg ke atas kata nurse tu. nak buat cemana nurse, anak aku tak suka makan nasi

kene pastikan dia tak demam, batuk dan selsema.


nampak macam tak rosak, tp sebenarnya dah rosak dan reput..
lepas tu dia tido petang tu, tak tau nak buat apa
 
makan malam farhan


Malam tu aku dan farhan tido awal.. 8.30 mlm kitaorang dah tido sekatil.. nak pergi tengok TV macam malas pulak. so aku baca novel dan terlelap.. dalam pukul 5.30 pg, aku terjaga sebab nak kasi A'am minum air kosong sebab lepas ni dia akan berpuasa sampai esok.. bayangkan last farhan makan pukul 8.00 malam dan berpuasa sampai esok petang. kesian sangat sebab lama dia berpuasa .. 

Farhan sebenarnya tak tau giginya akan dicabut.. dia ada tanya aku Doktor nak cabut gigi dia ke. kalau nak cabut dia tak mau. dia nak balik.. terpaksalah aku bohong sunat dengan dia. aku bagitau "Doktor nak check je gigi A'am".. nasib baik dia tak tanya apa2 lagi

Pagi2 dah bangun, mandikan dia sebab dalam kul 7.30pg Doktor akan datang ke wad untuk lihat keadaan dia dan bincang apa2 yg patut.



Sementara menunggu waktu giliran Farhan masuk bilik OT, aku bawak dia ke Bilik Permainan Kanak2. bilik ni khas untuk Pesakit je.. anak2 biasa tak boleh masuk main sini..



 

 Lepas dah puas bermain, dalam pukul 10 pagi kami balik bilik dulu.. sebab katanya pukul 11 pg giliran dia..


 Tapi tunggu punya tunggu, tak juga sampai giliran dia.. masa tu farhan dah mengamuk sebab lapar dan haus sangat2,. yelah dia makan last puul 8 mlm tadikan. pastu just teguk air kosong pukul 5.30 pg.. dia cakap, "kenapa A'am kene puasa .. ni kan bukan bulan puasa".. mati kutu aku nak menjawab.. tp aku sabarkan dia, cakap doktor yang suruh puasa sebab nak check gigi dia..  mmg puas la aku memujuk dia supaya tak minum, macam nak berperang gak la .. sampai akhirnya dia tertido.. aku bukan tak mau bg dia minum, tp kalau dia minum air kosong, nanti operation tu akan delay selama 6 jam. so tak mau la aku kan.. mcm orang sebelah, orang myanmar, dia tak paham cakap melayu, dah dibaginya anak dia minum, so kene delay 6 jam..

kitaorang angkut bantal dalam keta je. ada bantal emily (2-2 pink)
 
rupanya giliran dia kul 1.30 petang.. kene tukar baju... masa ni dia dah merengek2 kelaparan dan kehausan. punyalah dia penat dan haus, sampai tak larat nak cakap dan berjalan.. tengok tu sian aku tengok


 


masa ni aku pun kene tukar baju gak, kene teman kan dia dalam bilik OT sampai dia di"pengsan"kan
 

Sayu hati masa ni, tengok nurse tampal macam2 kat badan dia, sepit kat jari kaki tangan, alahai rasa nak nangis.. tp aku tahan gak, takut A'am nampak.. lepas tu ada 2 Doktor pakar datang.. masa ni aku dah dup dap dup dap.. aku yang takut .. pastu dia suruh aku pegang tangan, dan nurse pegang kaki. sebab dia nak bg A'am sedut gas.. gas ni busuk dan budak akan meronta. sorang doktor pegang belon, konon2 suruh A'am tiup, manakala doktor bius satu lg, terus serkup mulut A'am dengan gas.. tak sampai seminit, A'am dah di'tido'kan.. doktor terus suruh aku cium dia.. dan aku keluar lepas tu.. masa ikut nurse keluar, terus air mata menitik2 jatuh.. sedih sebab tak tau apa nasib anak kat dalam tu.. Operation tu berjalan selama 1 jam 50 minit, dan 18 batang gigi A'am telah dibuang.. 

Tepat jam 3.45 petang, nurse panggil aku masuk.. sayu tengok muka dia keluar dari bilik OT.. mulut penuh darah


Lebih kurang 15 minit tunggu dalam bilik OT lg sementara nak pindah ke wad. A'am berkali2 sedar dan berkali2 tido (kesan bius), tp setiap kali sedar, dia mesti merengek2 lapar dan haus. pastu aku pujuk2 dan tertido semula.. masa ni nurse masih tak bagi dia minum lagi. takut muntah pulak, tu yang aku sangat2 sedih bila dia merengek haus..  nurse pun cakap, biasanya budak akan nangis sebab sakit, tp dia nangis sebab lapar dan haus.. masa dia merengek2 cakap tak tahan haus, dia cakap macam ni "Mama, A'am dah tak tahan sangat dah ni. rasa nak mati sangat dah ni".. uwaaa cuba ko bayangkan perasan aku cemana bila anak cakap nak mati.. jangan la mati nak, mama susah hati ni..

Lepas dihantar ke wad, lebih kurang 4.30 petang, baru aku berani bg dia minum air kosong. tu pun sikit2. dan lepas doktor kata dah boleh bg dia aiskrim untuk kecutkan gusi, terus aku berjalan laju ke koop untuk belikan aiskrim..  terus aku tengok dia bersemangat lepas makan aiskrim.. masa ni mulut penuh darah lagi.. mmg sedih aku tengok. nak makan susah, nak sudukan pun takut kene gusi dia..


nampak tak mulut ada darah lagi tu.. nak kumur2 pun tak boleh. aku kesat2 je dengan wet tisu

selepas kenyang dan hilangkan haus dengan aiskrim tu, terus dia sambung tido (kesan bius) dengan nyenyak hampir 2 jam ( masa ni aku lega sangat2) kalau tak, asal tido je mesti terjaga nak air.. kalini biar dia tido lg puas2.

Farhan discharge lebih kurang 7.30 malam, en papa dah menunggu dengan emily.. balik rumah kejap, aku kemas kain baju sebab malam tu gak nak balik kampung sebab lusa kenduri kawin belah rumah aku plak.. Esoknya jumaat kami 4 beradik dengan mak ada urusan dengan harta pusaka di Pejabat Tanah Segamat.. tu sebab aku kene rushing balik kampung gak malam khamis tu.. jam 2.00 pagi baru sampai segamat.. letih dan penat..

ni lah gigi farhan 18 batang yang dicabut.. aku dah tanam kat kampung di Segamat .. besar2 dan panjang2 akar gigi dia.. ngeri aku tengok

27 comments:

NinaAz said...

Aduii. Seramnya tgk gigi. Huhu. Yea la sis. Hati ibu mana xsedih kannn. Tersentuh tgk keadaan anak. So. Acaner la aan skg

Jasfyra said...

sedihnya bila baca.menitik air mata
tp alhamdulillah a'am dah selamat kn.lps ni mesti makin hensem dgn gigi kekal :)

atty's said...

alhamdulillah farhan dah selamat operation..

kty pernah alami saat masuk bilik operation sama mcm mimi..

masa awal thn lepas fir operation tgn dia pth nk masuk besi..semntara doc nak bius dia..tu ..kita yg sedih..
saat keluar dr bilik operation, mmg menitis airmata..

hhuhuuhuh..kalau ingat balik mmg sedih..

shaliza said...

18 batang...mak aiii. Alhamdulillah. selesai & selamat..tunggu gigi kekal tumbuh jelah farhan nanti..

ieyda said...

sedihnya bila baca kisah a'am nie...airmata ieyda laju je menitis...harap2 a'am kembali sihat mcm biasa.ieyda pun ibu, tingat anak ieyda kat tadika bila tgk a'am nie..

Puteri Satu said...

akak yang bergenang airmata baca entry ni... itla sebagai ibu kita kena kuat untuk anak2 kan..walupun kita tak kuat mana.. tapi kita terpaksa kuat untuk anak2.... respect kat mama farhan.... sebab boleh laluinya.... semogha farhan cepat sembuh.. dan tumbuh gigi yang cantik dan sihat ye... :)

salwana nordin @ che'wa said...

ya Allah..sebak plak baca entry akak kali ni sbb saya pun penah alami pengalaman anak utk minor operation :(

banyaknya gigi yg kena cabut ye..nampak mcm elok je semua tu..

mudah2an farhan cepat sembuh ye nak..tabah la kak

Zana Nordin said...

oooo begitu yerk kak citernya...
yelah...better cabut kan if mendatangkan kesan di masa akan datang..
banyak tu kak sampai 18 batang...
auntie zana yg cabut sebatang pun rasa mcm nk pitam..inikan pulak aam..

teringat pengalaman jaga Batrice kat ward ICU masa dia asthma dulu kak..aduhai...mmg satu pengorbanan bagi seorang ibu kan...tak sanggup bila anak sakit..

sure lepas nie gigi aam makin cantik tumbuhnya

onniesham said...

sedih aku baca poms... aku plk yg brgenang air mata. mak mana la yg x sedih n risau tgok anak mcm tu kan. alhamdulillah semuanya dah selamat. lepas ni cantik la gigi aam.

Cho Zila said...

biasalah akakni kalau baca kisah pasal anak2ni mesti menangis punya.. budak opisni dah paham beno ... emmang tak leh tahan rasanyer.. maalumler akak bayangkan kalau jadi kat akak.. tahap kekuatan akak takat mana..
moga cepatleh tumbuh gigi barunyer...

Hirda Ibrahim said...

aku dah tersedu2 baca ni poms...
sedihnyaaaa....
alhamdulillah semua selamat.

umilia said...

sume yg da jd mak msti sdih klu tejadi ape2 kat anak kite..walaupun tak truk mane..alahai..org pun nak anto anak operate gigi dia..msti nangis gak ni..

ina khairina said...

ye la...bergenang ayaq mata cheq baca entry ni,sayu ja hati ibu cheq ni...wlpun hanya nak cabut gigi,tp kalu dah masuk bilik OT ni hati ibu mana la yg x susah kan...

lps opret tu a'am x sakit ka kak?gerun pulak tgok gigi 18 batang yg dicabut tu

nieda said...

Seramnya..alhamdulillah semuanya dh ok kan?mauk kt ot rasa cam nk nangis je baca. Kesian a'am haus

Chekgu Azrine said...

Alamak..terkjut rin baca citer ni..xtahu plak.ada org ada masalah xtumbuh gg baru en..info baru utk saya sis..tq..

lieyalatif said...

Akak!!! Thanks share kisah ni kak...boleh buat panduan n rujukan....

Sedih n sayu kak bace...tp at the same time kagum sbb a'am anak yg berani....alhamdulillah semua ok....jgn ridau kak diusia a'am ni cepat gigi kekal akan tumbuh balik...a'am kene byk minum susu la kak....kawan lieya yg lieya cite tu cepat gak gigi die tumbuh balik...hope a'am pun mcm tu....

Mrs.FHM said...

Salam, sedih baca ni. Sbb ada pengalaman jaga anak opret jgk. Tapi anak sy tu kecik lg 3 bln baru opret sbb cleft lip.. Sayu tgk hidung mukut penuh darah lepas opret tu. kena puasa lg, budak umur 3 bln melalak jer lah bila haus tu.. Bln 10 ni akan opret lelangit pulak aduhai dup dap lg perasaan ni.. Semiga farhan cpt sembuh.. Take care.

Mrs.FHM said...

Salam mimi, sedih nya baca post kali ni. Sy pernah melalui jgk jaga anak yg opret. Tapi anak sy kecik lg umur 3 bln. Opret sbb cleft lip, sayu sedih semua ada tgk mulut dan hidung penuh darah lepas opret tu.kena puasa pulak tu baby 3 bln meraung jer lah bila haus tu seksa perasaan mama dia ni. Bln 10 ni opret lelangit dia pulak dupdapdupdap dah rasa nih. Semoga farhan cpt sembuh take care.

~aSHa~ said...

sian kan kak dia lapar...tapi kita terpaksa...demi kebaikan dia...

byk nye gigi dia....lepas ni jadi cantik dah gigi

pengalaman ni...tak pernah dgr kena cabut mcm ni..

nifalnin... said...

sedih la pulak bc n3 kali nih... sy ni klu melibatkan anak2 memang emo terlebih skit.. x kira anak saper pun... ngeeeeee...

acik doakan a'am cepat sembuh yer... lps ni tumbuh gigi yg lagi cantik dan teratur...

oli said...

membaca sambil mengesat air mata...

mamaamni.blogspot.com said...

saya dah meleleh air mata kak..cite fsl anak2 ni mmg la mnyentuh hati dan perasaan..tringat saya 4kali czer lahirkan anak...berselirat ng wayar.mga A'am cpt sembuh yea dear

Hijab Valley said...

Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

Terima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com

Hijab Valley said...

Smg anak akak cpt smbuh..

Hijab Valley said...

Smg anak akak cpt smbuh..

Suhana Satar said...

ye alh.dllah am dah ok
fhm sgt rs risau mama..sb anak saya pneumonia sbaik sj dlahirkan..msuk icu 19 hari..

Suhana Satar said...

ye alh.dllah am dah ok
fhm sgt rs risau mama..sb anak saya pneumonia sbaik sj dlahirkan..msuk icu 19 hari..