Monday, May 6, 2013

Pesta Buku di PWTC


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Entry ni autopublish tau. aku tak sure harini umum Cuti Umum ke tak. sebab aku mmg cuti amik sendiri. kalau dpat cuti umum nanti tolak balik la dengan cuti aku .. kalau tak dapat cuti, kene kerja la korang yek. aku tetap cuti. hehehe

Khamis lepas opis aku cam biasala Puspanita ada buat lawatan ke Pesta Buku.. aku sah2 la akan pergi sebab minat dengan buku kan. sib baik baru cucuk dinding mesin, so dapat la aku beberapa novel karya seni yang tengah popular sekarang ni. ntah aku dah kurang membaca buku alaf21 dan media prima.. 

Mula2 sampai aku tuju booth Ana Muslim dulu. lupa nak snap gambar kat situ .. comel2 kartun dia, aku belikan Emily 3 buah buku cerita - Ana Manisnya, Gelora di hati Ana dan Ana bagaikan Puteri.. pastu belikan tabung dan juga beberapa benda lagi.. abis RM50 dapat bag Ana Muslim percuma.. 

Pastu terus jalan laju2 ke booth Karya Seni.. orang masa ni tak berapa ramai.. lege sangat.. nak pilih pun senang.. okeh diam tak diam aku borong 7 buah novel.. hampir kesemua novel yang aku beli bakal diapditasikan dalam drama atau filem kecuali  I Love U Stupid (ILUS) dengan My Precious Iris (Mypi), kedua2 ILUS dan Mypi ni berkesinambungan.. so kene baca ILUS dulu baru boleh sambung Mypi .. yang lain2 mmg tunggu drama je nak main.. jom kita tengok novel yang aku beli ok.

gambar tuan tanah kena ada, bahan bukti ke sini ni. hehehe
oleh sebab 7 novel tu berat nak mamp.. dia bg aku 2 bag.. kene la galas kiri kanan..  nak rebeh bahu aku

bakal di filemkan  - SUAMI AKU USTAZ lakonan Nora Danish dan Adi Putra

Kampung Girl.. sure cute Akin dan budak Nad ni kan

ni novel Teduhan Kasih.. bakal ditayangkan pada bulan June kalau tak silap (kalau silap minta ampun) .. lakonan Adi Putra & Sherry .. (Adi Putra ni makin laku sejak Sehangat Asmara kan??)

ni bebetul panas.. baru keluar oven .. Novel terbaru Lelaki Ekslusif...  aku tak pasan sangat lelaki tu sapa (sekali pandang iras2 Rosyam Noor, .. oh pleaseeelah, jangan dia.. hero tua tu... tak lalu aku nak tengok..  aku rasa bukan la.. mesti orang lain kan kan kan).. yang pompuan tu compem Nora Danish..

haaaaaaaa ni senarai yang bakal di drama dan difilemkan.. pitam tengok kalau nak beli semua.. tp aku akan pastikan aku beli semua yang disenaraikan, tapi sikit2 ler..  In Sha Allah

pastu singgah booth lain plak.. terjumpa ni.. 1 buku RM 2.90. tp kalau beli 5 buku dapat RM10. so aku borong 10 buku (RM20 je)

eh lupa plak, masa kat booth Karya Seni tu dia bg kertas cabutan bertuah.. hadiah dia not bad gak.. korang doakan ek aku menang cabutan bertuah. kikikiki (buruk bebeno tulisan)

tu dia 7 buah Novel.. yang ILUS dan MyPI tu kemain giler tebal..

yang ni la buku2 dari Ana Muslim.. comel2 belaka.. ada keychain, button badge dan buku diari

last but not least.. buku untuk en asben tersayang.. so adil semua dapat buku walaupun satu jek untuk dia.. at least aku ingat jugak tau dia.. heheheh



6 comments:

Chekgu Azrine said...

Xdan nk g..huhu..mmg frust!

~aYu~ said...

byknya shopping buku... ayu tak sempat ke sana pun..

li yana said...

Tapi dalam banyak2 novel tu ilus & my precious iris paling best,hari pertama sampai x cukup stok....saya ada 2 buah ilus..satu utk simpan satu dah lunyai Di baca....kisah kasih sayang..penulis melur jelita juga ada lagi satu novel.Awak suka saya tak?karya pertama beliau.

li yana said...
This comment has been removed by the author.
ZarinAziz said...

mak aii..banyak nyer borong..saya sempat beli 3 novel & 3 komik utk iman je..ramai sgt org nak memilih mabuk..:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

terima kasih beli buku gelora di hati ana ye- dalya zarief