Thursday, May 9, 2013

Marilah mari, kita mengundi - KL - Segamat - Kulai - KL

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Wah sana sini citer pasal mengundi ek.. kat FB toksah cakap la.. kemain seme share gambar jari memasing yang runcing kene celet dengan dakwat biru. hehehe, oklah aku pun sama gak, balik mengundi ni, 1st time mengundi walaupun umur dah lanjut.. pagi sabtu kami dah balik ke Segamat, petang tu sempat tengok Ironmen 3 kat One Segamat.. best woo rugi plak tak tengok awal2..

Pagi Ahad, kengkonon nak pergi awal, tp kami keluar lewat gak. dalam kul 9 pagi baru aku keluar dari rumah. sekali sampai, mak aii dah beratur panjang.. panas terik lak pagi tu.. aku beratur sorang2 la kan.. anak2 tinggal kat rumah..


aku mengundi di sekolah ni. tapi ni bukan sekolah aku. huhuhu
nak masuk pun sekolah pun tunggu turn, tak leh ramai2, kang sesak plak


Sila la semak anda saluran berapa.. aku saluran 5, untuk orang dah umur2 macam aku la ni




kemain dia salut jari aku... macam berinai plak salut depan belakang

Saya dah tunaikan tanggungjawab saya. heheheh eh tunjuk jari tu macam melucah jek. hahaha


Tetiba jumpa gambar ni kat FB. lawak giler. korang jangan buat cam ni tau.. kang seminggu tak keluar rumah



Korang undi apa?? aku??? hehehe adalahhhh..

3 comments:

Mooniqueen said...

hehehe... Lawak pic hidung tu kak.. Mesti lupa kot.. MQ pun mengundi kat segamat.. n sekolah sendiri ;D

A D I A said...

keluar pukul 9 tu kira lambat tu, memang Q akan panjang kan :) eh i pun saluran 5, hehe tapi i muda lagi :P

atty's said...

kty pun keluar mengundi awal..
memula pergi sekolah kty yg 1st masa sekolah ren..tp bukan kty ngundi situ..bawak mak..lepas bawak mak ngundi kt serdang

balik bangi..kty lak ngundi..