Tuesday, April 24, 2012

❤ Dulu kecik, sekarang dah sama tinggi ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam aku belek2 album lama2 tetiba tertengok gambar2 lama ni.. dari anak2 aku kecik sampai la mereka berdua sama tinggi.. oh terasa betapa cepat masa berlalu. dari emily rambut pendek, sampai la toncet dua kiri kanan, sampai la akhirnya rambut dah panjang mengurai.. tahun depan nak masuk darjah satu dah... meh kita lihat dari tahun 2007 hingga 2012

Tahun 2007

masa ni adik umur 1 tahun dan abang 3 tahun.. of course la nampak bezakan.. rambut adik masih pendek, blom boleh toncet lagi..  adik pun masih belom boleh jalan, tp dah boleh memapah ..


Tahun 2008
si adik dah masuk 2 tahun dan abang 4 tahun.. of course adik dah boleh jalan kan.. masa ni rambut dah start panjang sikit sebab dah leh toncet 2



Tahun 2009
si adik 3 tahun dan si abang 5 tahun.. rambut adik pun dah boleh tocang ke belakang.. dah hilang sikit muka baby face ..si abang tetap comel cam tu gak.. (tak mandi lagi masa ni sebab masa tu dah nak gi mandi manda kat gambang)

 Tahun 2010
adik dah masuk 4 tahun dan abang plak 6 thn.. rambut adik semakin panjang, muka adik dah sedikit berubah dan makin tinggi sikit, masih nampak beza abang dan adik lagi


 Tahun 2011

walaupun adik dah 5 thn tp makin lama, adik makin tinggi dan macam gadis cilik... abang mentennn jek walaupun dah masuk darjah 1 ... 


Tahun 2012

Okeh si adik dah menginjak 6 thn dan abang dah 8 thn tp adik dan abang makin lama makin sama tinggi.. oh baru perasan tak de gambar mereka berdua secara dekat.. nanti aku akan perbanyakkan lagi gambar depa berdua pasni..  Bila abang dan adik dah sama tinggi ni, orang asyik tanya aku, yang si adik ni kakak ke??? or kembar ke?? adoi la, beza 2 tahun okeh.. jauh gak beza dari jarak setahun sorang..


Harap2 tahun depan si abang makin tinggi la yek. tak pun maybe tunggu kene "cantas bird" a.k.a bersunat dulu kot baru tinggi?? emily plak, nampak gayanya makin meninggi, abis la aku, bila dia beso esok, ada chance dia lebih tinggi dari aku.. ikut baka papa la ni.. (farhan ikut baka aku la ni... comel2 jekan..)

4 comments:

lieyalatif said...

kikiki suke entry ko ni kak...betul tu, nampak dah nak lawan abg a'am ni hheheeheh...

yg pasti dan yg nyata, emily mmg akan jadi gadis yg cantin besar nanti kak....percaye laaaa!

umialya/k.tini said...

si abang tetap comel..

*∽ IZAN ∽* said...

tetiba rasa terharu plak tengok gambar 2 beradik ni dari kecittt... comelll jekkk

~aSHa~ said...

budak perempuan mmg cepat 'membesar' dari budak lelaki..sbb tu perempuan cepat matang dari lelaki....perkembangan lelaki dan perempuan mmg berbeza