Mama Farhan dan Emily
Sambung hari ke dua.. pagi2 macam biasa la kan.. kita makan dulu.. heheh breakfast kat resort je la.. so tengah2 makan, ternampak beberapa ekor burung merak yang sangat jinak.. apa tak nya, merak2 tu merayap2 kat area resort tu sambil bergoyang2 punggung kasi besar dia punya kepak.. errkkk kepak ke ekor ?? ala yang cantik tu ler..
cantikkan? jinak lak tu
merak ni pun ada timing2 jugak.. bila time nak kuncup tu, nampak la separuh dah tertutup
ok jom posing tepi pantai
ok bot dah ready.. jom naik..
kalini emily benar2 good girl, tak mabuk laut.. syukur sangat2..
sebelum derang bawak kitaorang ke tempat nak snorkling, kita ronda2 pulau ni dulu..
nampak tak tempat nelayan punya port ni.. tempat derang ikan gak la..
bot nelayan masih dalam proses pembuatan.. (yang kayu coklat tu)
nampak tak bekas putih2 bersusun tu.. tu tempat simpanan ikan bilis
ni tak de kerja.. selipar pun aku snap. heheh nak tunjuk selipar polkodot sebenarnya.
ok kita turun dulu kat pasir bogak.. untuk cuci2 mata
kat sini van dia cantik2 kaler pink.. i likeeee
singgah sini beli pail untuk budak2 main pasir kat hotel nanti
kat sini mmg femes dengan sotong bergula, satay ikan ni.. tp aku beli kat lumut. malas nak hangkut naik ferry
perjalanan di teruskan lagi.. nampak tak resort ni. kalau tak silap aku ni Damai Laut Beach Resort.. mahal giler okeh duduk sini.. harga boleh cecah RM800 untuk semalam kalau tak silap aku.. fuhhhh tu baru semalam.. kalau 2-3 malam dah berapa kan. kalau kawin dengan anak Dato' boleh ler duduk sini. kih kih kih
okeh kita dah sampai tempat nak snorkling.. kalau masa kat Pulau Redang dulu, tempat nak snorklingnya cantik, kat tepi2 gigi air je.. tak yah risau2 pun.. tp kalini.. masyallah mencabar betul okeh. bot tak leh parking kat tepi gigi air, hanya boleh berhenti kat tengah2 laut dan kene turun perlahan2.. masa ni aku berbelah hati nak turun ke tak.. takut pun yer, tp rasa teruja pun ye gak. last2 aku turun gak.. turun pelan2, 1st time dalam hidup kaki tak jejak tanah/pasir.. terapung2 dalam air, giler panik gak la.. tp belajar pelan2 untuk tenangkan diri. dan alhamdulillah boleh terapung dan bergerak2 sambil bersnorkling.. tp serius cakap, kat sini tak cantik ler.. ikan pun tak banyak dan tak secantik kat pulau redang dan pulau tioman.. so aku snorkling kejap je.. last2 mandi manda je dengan lenlain sambil terapung2.. best!!!
kami snorkling selama 2 jam je. pastu balik semula ke resort untuk lunch.. after zohor, kitaorang punya aktiviti gi pekan balik untuk shopping apa2 yang patut.. memula pi kilang satay ikan.. kat sini mcm2 ada, semua sedap2.. sediakan ajer ongkosnya. tp mcm aku cakap, aku tak beli kat sini sangat sebab malas nak hangkut naik ferry masa balik nanti. aku beli 2-3 benda je ..
dah beli belah, kami ke kota belanda.. posing2 jap kat sini.. ok gak la, ada gak tempat nak amik gambar buat kenang-kenangan
cam amik gambar kat luar negara je kan.. kih kih kih
ehem ehem, semangat 1Malaysia!!!
kedai souveniors.. tp aku tak masuk pun..
dah kul 5.30 petang, kami tiba balik di resort, dan budak2 ajak mandi kolam.. so layan ajer la.. kasi can kat depa..
malam plak ada dinner sambil acara berkaraoke.. tp aku malas snap pic.. makan lagi best.. heheheh okeh sambung last day esok..
No comments:
Post a Comment