Monday, July 16, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Tiga Belas

 Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini kami buat umrah kali ketiga.. kami bermiqat di Tanaim. ada peristiwa sikit kat sini. Ingat tak aku cakap pasal selipar semalam. ok rasanya kalau ada yang baca ni boleh agak/teka.. ye pada hari tersebut selipar aku hilang.. macam tak sangka sangat2.. ceritanya begini.. biasanya setiap kali aku ke masjid, aku akan bawa uncang selipar.. untuk simpan selipar dan letak disisi semasa solat... mmg semua jemaah digalakkan berbuat demikian. setiap hari aku masukkan selipar without miss selipar tu.. ntah cemana pada hari ini, sesampainya kat masjid tanaim tu, aku nampak rak kasut agak kosong.. tak banyak selipar di situ. so aku cakap dengan kawan aku, jom kita letak selipar kat situ.. (cam malas nak keluarkan uncang kasut dalam bag galas) aku ingat2 lupa aku ada cakap "insyallah tak hilang" or maybe aku cakap dalam lintasan hati kot.. kebetulan masa aku letak selipar tu, mmg banyak ruang2 kosong untuk letak kasut, tp kawan aku ni, tetap gak nak timpa selipar aku.. tp tak pe la.. so selipar dia kat atas selipar aku..

Usai bersolat, kami ke rak kasut.. terkejut bukan kepalang, selipar aku hilang, tp selipar kawan aku elok jek ada kat situ.. pelik kan. padahal kalau orang nak amik, mestilah orang amik selipar atas dulu, apasal nak amik yang bawahkan... mmg aku terkesima sekejap kat situ.. tp sebab aku sedar aku kat Tanah Haram, mulut kene jaga, jadi aku tak cakap apa2 pun, minta tolong kawan carikan en suami, dan tak lama en suami datang bawak selipar baru. hehehe.. (selipar lama yang hilang tu en suami belikan kat Madinah, so kalini dapat selipar Mekah pula) tp selipar beli kat mekah aku tak bawak balik pun. aku wakaf jer kat hotel. kot2 orang nak guna..


kalini umrah pagi2.. alhamdulillah cuaca tak panas sangat. sedang2 elok jek
 
lepas tawaf kita disunatkan minum air zam zam.. berdoalah sambil minum dan mengadap kaabah, insyallah Allah tunaikan.. puas sungguh minum air ni hari2

otw balik hotel, nampak mak arab ni junjung air zam zam. hahah KO MAMPU junjung air ni tanpa pegang? salute la kat mak arab ni.. dah la hotel jauh

keadaan waktu malam
nak tunggu waktu isyak
 
tetiba aku didatangi seorang wanita arab, sedekah aku tasbih ni. masyallah cantik betul tasbih warna biru ni



bagi yang tak larat berdiri, boleh solat duduk, kerusi disediakan
tengah leka2 berzikir, ternampak anak comel ni.. rasanya anak orang iran or turki, tak sure sangat.. so aku keluarkan kamera dan curi2 amik gambar dia.. tak sangka dia suka, dan senyum2 kat aku
 
aku lambai2 dan terus dia datang kat aku.. comel.. rindu bau budak kecik .. dan rindu anak2 kat Malaysia sebenarnya
 

 

tetiap malam suami tunggu di satu tempat jemput aku balik.. terima kasih abang
  
 ❤❤  To be continued

No comments: