Tuesday, July 17, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Empat Belas

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi2 kami berdua pi safwa tower untuk breakfast buat kali terakhir kat sini. kat sini aku suka try air jus sebab rasanya yang sangat sedap.. tp mmg manis sangat2 ler.. dan hari ni makan lagi aiskrim mango. hehehe




Harini mutawwif kami kata, travel kami ada menganjurkan ziarah luar secara pilihan. maknanya sapa nak pergi boleh, tak pergi pun boleh. kalau nak pergi kene bayar SR20 sorang .. kalini tempat yang akan dilawati Ladang Unta, Masjid Hudaibiyah dan juga Muzium 2 Masjid. Memang aku dah lama teringin nak tengok unta depan mata.. heheheh nak tengok "kenderaan" masa zaman nabi2.. nak tengok camna unta ni la kan.. walaupun haritu dah naik Unta, tp tak puas.. nak tengok lagi

Ladang unta ni terletak kat tepi2 padang pasir gak.. mmg tak de apa yang nampak kat sini.. hanya sebuah padang pasir jek


 



manja unta ni.. siap cium2 pipi aku.. unta kan sejenis haiwan yang pemalu

Unta ni bunting kot





ha tengok bebetul...lentik bulu mata dia


ha kat padang pasir kan???? (selipar baru aku yang en suami belikan kat mekah)

macam duta Andalusia plak.

rasa nak bawak balik sekor je naik kapal terbang





lepas tu kitaorang tengok gembala unta (eh ye ke) jual susu unta

tu dia, sekali tuang, lemak berkrimmmm



aku tak lepaskan peluang amik buih susu unta tu dan sapu kat muka aku yang kering. Alhamdulillah hilang kering2 di muka dan terus muka jadi lembut gitu

ramai gak yang beli.. oh ya ada juga di jual kencing unta.. khasiatnya untuk jadi ubat sakit gigi.. tp ko berani??

rumput kering makanan unta



ni minum betul2 tau.. bukan eksyen2 jek. hehehe

pastu kami dibawa ke Masjid Hudaibiyah.. bg sesiapa yang nak buat umrah, boleh bermiqat di sini..

di sini la terjadinya kisah Perjanjian  Hudaibiyah.. ianya berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani


dah penat posing2 dan shopping sikit2. beli ler air, jumpa air coke ni.. terlupa plak tadi aku minum susu unta.. terus loya2 rasa.. agaknya berdadih dalam perut aku. heheheh

 
Sepatutnya kami singgah ke Muzium 2 masjid.. tp ada kesilapan teknikal pada haritu so kami tak dapat la melawat. memula frust la jugak, tp fikir positif (tak de rezeki), agaknya Allah nak kami datang lagi pada masa akan datang. Insyallah ... kemudian pihak Andalusia pulangkan semula SR5 kepada setiap jemaah.


 ❤❤  To be continued...

1 comment:

Gieyana said...

seronoknya dpt peluang g tanah suci..moga suatu hari nnt sy dpt p juga..:-)