Friday, July 6, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Ketujuh

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Kami sampai di Airport Madinah lebih kurang jam 2.30 pagi. Memang mengantuk sangat2.. Airport madinah ni kecik jer.. masa nak cop passport, kalau perempuan depa tak snap gambar. Tp kalau lelaki depa snap gambar. Ntah tak tau la kenapa.. kat situ, mutawwif dari Andalusia ada tunggu kami. Lepas dah cop passport, semua passport dikumpul dan di pegang mutawwif.

Urusan kat Airport mengambil masa lebih kurang sejam (kat airport langsung tak snap gambar sebab cam takut2 je dengan Pak Arab). 

gambar airport madinah.. ambil gambar dr dalam bas ajer
depan hotel kami.. alhamdulillah dekat dengan masjid nabawi, lintas jalan je dalam 100 meter
lepas tu kami di bawa terus ke Hotel iaitu Hotel Durrat Al Fayros.. Hotel ni jarak dengan Masjid Nabawi lebih kurang 120 meter. Mmg dekat sangat2.  Sampai di hotel, waktu subuh dah masuk, jadi kami tak sempat ke masjid nabawi. Kami dinasihatkan solat di bilik dan rehat jer..
 
biliknya simple, tp alhamdulllah selesa

kami amik pakej satu bilik 2 orang. tp rezeki dapat bilik 4 katil.... katil yang lebih kami letak bag pakaian ajer lah..
Pagi2 tu dalam jam 6 pagi keadaan dah cerah sangat2. Mata tak jadi ngantuk, terus aku dan hubby ke masjid nabawi untuk melihat keindahan masjid nabawi tu. Subhanallah, memang indah dan cantik. Tak sabar2 rasa nak solat dalam tu. Tak sangka kaki dah menjejaki kota madinah dan masjid nabawi. Syukur Ya Allah.

terus berubah penampilan aku.. 1st time pakai macam ni. tp masyallah mmg selesa la..

suasana baru nak cerah.. cantikkan? Subhanallah

burung2 pun berterbangan, cantik sungguh

menara jam betul2 di hadapan masjid nabawi

keadaan dah betul2 cerah. payung pun dah dibuka


Hari pertama dibumi Madinah kami berulang ke masjid setiap kali masuk waktu solat fardu. Untuk siang hari mmg tak de apa2 aktviti. Free & easy ajer kata orang.. masing2 dah tau apa nak buat, apa lagi, ke masjid la beribadahkan .. kalau balik dari solat, boleh la singgah mana2 kedai dan beli apa2 yang patut.

kedai jual-jualan ni sebelah hotel aku je .. sabar yer, baru hari pertama, banyak masa nak membeli

aku mmg selalu janji dengan suami lepas solat tunggu di depan pintu masjid untuk balik hotel sama2

sahabat en suami di madinah/mekah.. iaitu firdaus. budak sekolah ni.. tp mmg baik dengan suami, selalu ke masjid dan raudhah sama2. so kami belanja dia makan KFC kalini
balik masjid, singgah KFC kat sini.. actually ada satu lagi restoren segera ayam goreng yang sedap dari KFC iaitu AL-BAIK. tp kami tak jumpa.. so tak merasa la keenakan ayam goreng AL-BAIK tu

ada barisan khas untuk lelaki dan perempuan. tak boleh campur time beli


lepak2 sambil makan. hehehe

masa ni keadaan masa nak masuk magrib kalau tak silap aku.. payung ni dah nak tutup

lepas solat isyak cam biasa tunggu en suami pulang
Lepas makan malam, lebih kurang jam 10 malam, jemaah perempuan di bawa oleh ustazah perempuan kalau tak silap aku nama dia Ustazah Hamidah untuk ke Raudhah (salah satu taman syurga dan kawasan mustajab berdoa). Inilah masa yang amat ditunggu2.. kat dalam ni mmg setiap jemaah dibahagi2 mengikut negara masing2. Nak masuk raudhah pula ada masa tertentu untuk kaum perempuan, bukan seperti kaum lelaki bila2 pun boleh ke Raudhah.
 
Untuk masuk ke Raudhah bukan mudah. Kami kene berhenti di beberapa perhentian. Jadi Ustazah tu ajar kami supaya solat tahiyatul masjid dulu, niat beriktikaf (supaya bila kita berada dalam masjid kita tetap dapat pahala) lepas tu ustazah ajar kami zikir untuk memudahkan perjalanan kami, dan juga dia baca doa yang cukup membuat hati kita shahdu dan boleh mengalirkan air mata. Sebelum tu dia ajar cemana nak sampaikan salam kepada Rasullah saw dan salam kepada sahabat baginda.. cemana nak sampaikan salam orang yang kirim salam pada Rasullah saw .. masa ni shahdu betul, sebab ustazah kata setiap kali kita bg salam pada Rasullah saw, insyallah Rassullah saw akan jawab....

Macam aku cakap tadi, untuk masuk raudhah kita kene stop kat beberapa perhentiankan, so masa aku dah sampai ke perhentian kelima kalau tak silap, aku tak perasan lagi karpet hijau (karpet hijau menandakan kawasan Raudhah, kalau karpet sediaada berwarna merah), bila aku dah terperasan aku dah pijak karpet hijau, terus aku rasa berdebar2, mulut tak henti2 berdoa. Masa tu masyallah ramai sangat kat dalam, nak solat cemana pun tak tau.. orang berhimpit2, macam tak de ruang nak sujud. Jadi sementara tu teruskan berdoa dan bila nampak ruang kosong jer, terus kita angkat takbir dan bersolat. Kalau dah abis solat pun, bila ada peluang nampak ruang kosong, solat je lagi, jangan tunggu2.. selagi ada peluang selagi tu solat sunat (tak kisah la solat sunat 4-5 kali pun).. tips aku, kalau nak berdoa, lepas beri salam, teruskan berdiri dan tangan seolah2 tengah qiam (nanti mak guard ingat kita tengah solat, dia tak kacau, kalau angkat tangan berdoa, dia halau) ada yang pernah ajar aku, kalau nak doa, lepas salam, kene sujud lama2. Tp mak guard sekarang pandai, dia tau taktik kalau sujud lama2 tu berdoa, nanti dia marah.. kadang2 siap ketuk2 suruh kita bangun. So setiap kali mak guard lalu depan aku, aku buat2 tengah solat, padahal aku berdoa.. lepas dah abis berdoa, aku jalan pelan2 gerak ke depan. Nampak ruang kosong, aku solat lagi (kali ke dua) dan aku buat juga macam tadi.. bila aku nak gerak keluar, aku nampak ruang kosong lagi depan tiang, aku solat buat kali ketiga (semuanya solat sunat mutlak). Lagi satu tips, kalau korang TERnampak ruang kosong, tp mak guard dah lalu kat depan korang nak halau, korang terus je angkat takbir dan solat, compem dia tak jadi halau (mana leh halau orang tengah solatkan, heheheh) Alhamdulillah mmg puas aku berdoa. Akan tetapiii korang kene la tahan mental dan fizikal kat situ sebab orang main tolak2 je korang nak solat.. mana yang langkau kepala kita tengah sujud, ada yang tersepak pale kita tengah sujud, yang berhimpit2.. jadiiiii sabar banyak2 okeh… jangan marah2 tp istigfar banyak2.. jangan lupa sebelum masuk Raudhah baca “Rabbi Yassir Wala Tu'assir" maksudnya : Wahai tuhanku permudahkanlah dan janganlah engkau sulitkan”..
Kami masuk masjid untuk ke Raudhah tu untuk menunggu pada jam 10 mlm, tp kami dapat masuk betul2 dalam kawasan Raudhah untuk bersolat pada jam 12.30 pagi dan balik ke bilik jam 1.30 pagi.. terus kepengsanan..

** dalam Masjid Nabawi mmg tak leh langsung bawak kamera dan henpon untuk kaum wanita, mmg akan di spotcheck bag sorang2, kadang2 mak guard siap raba2.. kalau terjumpa dia suruh hantar balik hotel tp untuk kaum lelaki bebas bawak kamera maupun henpon.

 ❤❤  To be continued …..

5 comments:

Mimi said...

inilah entry yg ku tunggu2...rindunyerr lah nk ke sana lagi bila baca entry ko nih...mudah2an kita semua dpt menziarah Rasulullah lagi ...insyaAllah..
p/s - betoi kan..kt sana kena tahan mental/fizikal..bab kena tolak2 masa solat tu memang kan..huhuhu...sabar je lah..

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

al-hamdulillah, ya Allah k.mimi, saya rasa syahdu plak cerita akak... mudah2an saya ada rezeki ke sana gak.. amin... cepat smbg kak..x sabar nk baca cerita2 akak :)

nifalnin... said...

syahdunya kisah kak mimi kali ni...

terharu sy... menitis air mata..
semoga ALLAH beri peluang pd sy utk ke mekah dan lalui pengalaman ni...


aminnn...

onniesham said...

pasal bg salam kat rasulullah saw tu, buat aku sebak je.. ya allah nikmatnya kalo rasullulah smbt salam kita

Ina Hashim said...

salam perkenalan....

macam penah nmpk pulak :D
kat Madinah smp brp haribulan (sbb sama hotelnya)?kat Mekah di hotel mana ya?