Thursday, July 12, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Kesebelas


Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi ni dalam lebih kurang pukul 9 pagi kami keluar dari hotel... rasanya kat Mekah lagi panas cuacanya. kalau tak silap aku dalam 42c macam tu.. keadaan disini juga berdebu sebab banyak bangunan sedang diruntuhkan untuk dibangunkan semula.. kami cari sarapan waktu ni..


kami beli food di Chicken Broast air ni sedap, tp manis sangat2..

yang ni plak pure manggo.. mmg manis leting
pure jus campuran jambu, manggo dengan strawberi kot


nampak tak keadaan kat belakang tu..


kat sini memang aku pakai purdah setiap masa di mana sahaja .. Alhamdulillah berkat tutup hidung itu dan juga berkat air zam zam minum hari2, aku tak kene selsema, batuk dan sakit tekak.. syukur sangat2 kepada Allah swt

kat sini kalau beli apa2 jenis makanan mesti dia bagi roti pita ni sekali


ni gambar kat depan safwa tower.. lagi lebih kurang 50 meter nak sampai depan pintu gate King 1 Abdul Aziz

hari2 aku ikut laluan ni

tempat air zam zam terus dari paip.. berada di luar.. kadang2 orang amik wudhuk kat sini (walaupun tulis drinkling only).. begitu juga walaupun tulis "for men only" ada je perempuan minum. selalu aku suruh en suami amik kan air zam zam..


jam besar di Menara Zam Zam pada waktu siang .. cantik.

sementara masuk waktu.. sajer snap buat kenang-kenangan.. ni aku pakai telekung Siti Khadijah yang aku beli di butik bangi haritu

kat dalam masjidil haram.. kat sini rasanya bebas sikit nak amik gambar. tp still cover2 gak la..

bersama Kak Azah



kami di saf kedua di tingkat dua.. betul2 mengadap kaabah..

lampu dalam masjid.. setiap tingkat semua lain2 jenis lampu


Lepas Asar, balik dari masjid, singgah ke Safwa Tower .. tak de beli apa2 pun sebab pergi masjid jarang bawak duit.. selalu bawak duit kecik2 je kot2 nak sedekah or beli aiskrim. hehehhehe ....


dalam safwa tower.. oleh sebab masa kat Mekah tak lama, so aku tak pergi mana2 tempat shopping seperti yang kawan2 aku syorkan..  aku mmg tak sempat dan tak de masa. maybe kalau buat haji, masa pun banyak kat sana, baru la ada masa nak berjalan2. bg aku yang tak lama di Mekah, mmg masa tak mengizinkan. hanya ulang alik ke masjid dan hotel.. 




perisa rasberry dan pisang.. sedappp

kan dah kata, aku mesti beli aiskrim punya

ni keadaan malam orang lebih ramai bertawaf sebab cuaca sejuk sikit




rak Al-Quran yang orang wakafkan..

bila datang awal, kita boleh cop tempat di saf depan.. selesa sikit.. tak de la berebut2 kalau datang lewat. kadang2 mak guard tak kasi masuk.. kene la solat di luar

  
bergambar sebelum pulang ke masjid selepas solat isyak.. indah sungguh pemandangan di kaabah waktu ni





 ❤❤  To be continued …..

1 comment:

ain1914 said...

hmmm... seronoknya... bila lah Ain dapat jejak kaki kat sana kan... huhuhu