Wednesday, July 18, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Lima Belas dan Enam Belas

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Akhirnya, sampai juga kita di penghujung travelog aku ni. heheh amacam.. bosan tak.. Insyallah kali ni aku cerita dua hari terus.. kenapa? sebab.. harini adalah perjalanan yang sangat panjang.. dari siang bertemu malam, jumpa balik siang dan sampai bertemu malam balik ler... hehehehe..

Pagi hari Khamis, kami bangun awal2 pagi.. malam sebelum tu dah siap packing semua.. pagi ni kami akan buat tawaf wida' atau tawaf selamat tinggal.. Semasa dan selepas tawaf wida' tidak dibenarkan untuk mengambil gambar yer walaupun sekeping gambar .. kalau terambil gambar selepas tawaf wida' dikira batal tawaf tu dan kene tawaf wida' sekali lagi.. so sila jaga pantang larangnya.. juga selepas tawaf wida tidak dibenarkan sama sekali untuk membeli apa2 jua barang kecuali air atau roti (makanan) sebagai alas perut dalam perjalanan.. 

Kami melakukan tawaf wida' pada jam 6.45 pagi.. Alhamdulillah selesai semua lebih kurang 7.30 pagi.. tawaf terakhir mmg amat2 menyedihkan. Terasa kaki berat bagaikan tak nak balik, sayu hati ketika melambai2 kaabah.. Air mata keluar tanpa segan silu ketika kaki nak melangkah keluar dari Masjidil Haram.. aku dan suami sama2 tak bercakap sebab melayan perasan sendiri .. sedih sangat2.. Alhamdulillah puas berdoa buat kali terakhir depan kaabah .. semoga apa yang dihajati dimakbulkan.. 

"Ya Allah, jangan jadikan tawaf dan ziarahku sebagai kali penghabisan di baitulllahMu, jika ditakdirkan tawaf dan ziarahku ini menjadi yang terakhir maka hambaMU ini memohon pohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan rahmatMU wahai Tuhan yang Maha Rahmat. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, Kau jemputlah kami menjadi tetamuMU lagi. Amin"

Bas bertolak jam 8.30 pagi.. bas kami terus membawa kami menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah .. dan tiba di situ lebih kurang jam 11.30 pagi

 
Alhamdulillah kami dah selamat sampai di Jeddah




kat sini ada bangla yang akan membawa bag bagasi kita ke dalam.. bukan free yer.. tp ada upahnya




tengah punggah air zam-zam.. sorang satu botol besar tu .. jadi kami dapat 2 botol air zam-zam



jemaah lelaki kami.. majoriti lelaki dewasa bercukur rambut..

mmg jemaah wanita ramai daripada lelaki.


kami tak bimbang sebab semua diuruskan oleh mutawwif.. dan alhamdulillah bag beranak pun tak kene extra charge maybe sebab kami naik Turkish Airline (sorang 40kg)



tak ramai orang balik umrah time ni
 

ada jual2 gak kat tempat menunggu ni
 

again, beli aisrkim.. abiskan duit kecil SR..(tak dapat pi london, makan aiskrim london pun jadi ler.. hehehe)

pakai abaya baru beli dari mekah

tix kami dari jeddah ke Istanbul... transit 5 jam

dari Istanbul pulang ke Singapura

kami naik Turkish Airline lagi.. best
 

makan lagi .. aku punya

hubby punya

kami berlepas jam 4.30 petang dari Istanbul, masa ni cerah lagi.. nanti bertolak dari istanbul ke singapura waktu tengah malam
kami sampai sini lebih kurang 7.30 mlm .. keadaan luar masih terang lagi
 
Malaysia tak apply visa pun kat sini
macam tak sangka/percaya aku pernah jejak Istanbul.. insyallah ada rezeki nak datang lagi
 
lepas solat jamak magrib/isyak, aku tukar balik duit balance LIRA kepada USD untuk memudahkan aku tukar duit USD ke RM bila balik Malaysia nanti..

kami transit selama 5 jam, so tak perlu menginap di sini lagi. kalau transit lebih 13 jam, biasanya derang akan sediakan penginapan

semasa menunggu flight kat sini kami ambil peluang bercerita pengalaman masing2 semasa di mekah.. ye walaupun kami satu group kat sana, tp bila tiba di madinah dan mekah, masing2 buat hal masing2 (ke masjid atau shopping sendiri2).. tak jumpa mereka pun kadang2 kecuali time ziarah luar.. so bila time balik ni la baru kami bersua muka balik dan cerita pengalaman masing2

time balik kami dapat duduk seat tepi tingkap satu row berdua sahaja.. waktu ni lebih kurang 1.00 pagi waktu turki, kat luar pun dah gelap.. mata dah ngantuk, makan malam dan breakfast 2 kali .. tp mata dah layu, tak lalu nak snap gambar

tak sabar nak balik dah ni.. rindu kat anak2

perjalanan yang panjang, dari gelap tetiba celik2 mata tengok dah siang.. dah terang benderang...sambung tengok movie dalam flig

Kami sampai di Changi Airport lebih kurang 4.30 petang.. fuhhhh penat giler

bag tak de la beranak banyak sangat

bas yang nak membawa kami ke KL pun dah tiba.. nampak tak plastik oren tu.. tu deretan air zam zam


Kami keluar dari Singapura jam 7.30 mlm dan terus menuju ke Kuala Lumpur.. tp aku tak turun KL, aku turun di Restoren Jejantas Ayer Keroh sebab aku nak balik segamat.. ada kawan jemput kami di situ, so dah dekat nak balik segamat.. tak sabar nak jumpa anak-anak.. 3 minggu tak jumpa woooo.. kami sampai segamat lebih kurang kul 12.00 tengah malam.... heheh last but not least, betul tak aku cakap, dari siang jumpa malam, pastu jumpa siang dan malam balik.. hehehe .. total perjalanan aku termasuk pergi balik adalah 16 hari 14 malam..


❤❤ TAMAT

8 comments:

Deela Nordin said...

Alhamdulillah selamat sampai tanah air...

tiap2 pagi sampai opis blog akak yg saya buka dulu...

bestnya baca catatan umrah akak.
InsyaAllah kalau ada rezeki nk gak ke sana =)

Jasfyra said...

puas hati baca cerita akak.mmg ttunggu2 kisah akak ni.xtau napa saya pun rasa sedih bila akak cita sayu nk tingglkn masjidilharam.

insyaAllah,saya pun nk kesana 1 hari nnti.amin..

onniesham said...

moga2 aku pon akan diterima sbagai tetamunya nntii di sana. sedih plak baca yg last entry ni.

atty's said...

lain pulak kty tgk muka mimi..semoga satuhari nanti kty pun akan dpt ke sana..

atty's said...

khatam pun kty baca pasal perjalanan mimi menunaikan umrah..semoga satuhari nanti kty pun akan jejak ke sana..amin

che_din said...

Terima kasih kak....info yang sangat berguna dan jadi panduan utk sayasekeluarga....insyaallah bila jadi tetamu Nya nanti.

che_din said...

Terima kasih kak....info yang sangat berguna dan jadi panduan utk sayasekeluarga....insyaallah bila jadi tetamu Nya nanti.

MASLIZA MAHRAM said...

2 jam baca semua entry utk umrah ziarah ni, memang puas hati. terima kasih berkongsi cerita dan gambar2 yang menarik. moga saya juga di panggil menjadi tetamu Allah