Mama Farhan & Emily
Sedar tak sedar, diam tak diam, lagi 1 hari bulan Ramadhan yang mulia akan berlalu pergi meninggalkan kita semua. Sekejap betul rasa masa berlalu.. rasa macam baru berpuasa, tp rupanya dah sampai ke penghujungnya.. Di kesempatan ini aku dan family juga ingin memohon ampun dan maaf seandainya pembaca2 blog aku tak kira yang aku kenal maupun silent reader, jika ada yang terasa hati dengan kata2 aku, atau juga yang kurang senang dengan gambar2 aku .. aku hanya manusia biasa, yang kadang2 aku lupa jika gambar2 itu menimbulkan fitnah atau riak takbur. aku mohon ampun banyak2.. dan juga maaflah jika komen-komen anda tak sempat aku balas ..
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Berhati2 pulang ke kampung halaman. Pada yang tak balik ke kampung, jangan bersedih yer, masak la sendiri ketupat, lemang dan rendang, kalau malas, yang dah readymade pun banyak dijual .. yang suka main mercun tu, hati2 tau, jangan main mercun buluh bubuh belerang sendiri.. pepandai jek korangkan nak jadi Macgyver, kang meletup jari, sapa susah?? doktor dan nurse kat spital jugak yang susah sebab nak pantau ko di pagi raya.. pada yang suka makan ketupat, rendang dan kuih muih, jangan ler gelojoh makan banyak2.. kang elok2 dah turun 5kg, naik kerja, ada yang naik balik 8 kg.. sapa susah?? baju kurung korang gak yang susah sebab nak sarung badan yang macam sarung nangka tu. kih kih kih.. Pada yang dah kawin tu, hulur2 la duit raya.. kalau tak dapat bg banyak, bagi RM1 pun jadi la kan.. walaupun kompem bebudak sekarang dah pandai demand akan cakap "Singgit jek?? kedekut".. sila la pekakkan telinga.. yang penting ikhlas kan kan kan... .. yang bujang tu, jangan asyik merendeek dengan boipren/gelpren jek kat shopping complex.. cer tolong2 mak kat dapur tu/abah cat rumah. dapat gak ko pahala kan, .. yang suka2 merempit/mendrift lelaju kat highway.. jangan ingat jalan tu ko sorang ajer yang bayau roadtax, orang lain pun bayau tau.. so kita guna la jalan raya tu sesama dengan sopan santun... tak yah la nak mendrift lelaju, kang sapa yang susah?? polis traffic gak yang tak de kerja lain, asyik nak "nyaman" korang jek.. sayangilah duit poket anda.. daripada bayar saman, baik bg kat mak bapak ko.. lg banyak pekdah/pahala .... haha jangan marah! (aku gurau2 jek tau, tak de kene mengene antara yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia)
❤❤ aku balik kampung insyallah after opis hour petang ni.. doakan keselamatan aku sefamily yer readers... berjumpa kita lagi selepas hari raya nanti.. tuan tanah kedaung nak balik beraya di Johor tahun ni (macam la ko ada negeri lain nak balik selain johor ??? lempang kang) .. kalini turn raya segamat... raya ke 4 baru balik kulai.. yahooo! terbaeekkk la ..
1 comment:
cutenya emily pakai jubah =)
*cute cam mama*
Post a Comment