Wednesday, September 12, 2012

❤ Hari Raya Kedua ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari ke dua tak de plan nak kemana2 sebenarnya.. kalau korang nak tau, kami tak de sedara mara sangat kat segamat nun. family belah mak kat terengganu, family belah arwah abah belah2 JB, so kami mmg selalu tak tau nak buat apa kalau raya kat segamat. hehehe aku plak dulu2 sekolah kat JB pastu pindah segamat setahun dan pastu sekolah kat muar. so kawan2 kat segamat mmg tak de. masing2 dah bawak haluan.. jadinya hubby cakap moh le kita pi beraya area2 muar.. aku pun kata ok lah, aku ada kawan kat sana, dia pun ada kawan kat sana..


Masa otw ke Muar, kami jumpa eksiden.. sib baik tak jem teruk.. tp kesian la tengok myvi ni.. tengok tayar dia.. sampai senget benget..



Sampai kat muar dalam kul 2.30 petang.. perut dah lapo, takkan nak pergi rumah orang nak harap orang jamu2 kita kan. Kok ye orang masak? alhamdulillah. tp kalau tak masak, kebulur la kan. hehehe so hubby cakap jom kita pekene Mee Bandung Muar.. giler penuh okeh kedai ni.. sampai aku kene berdiri kat situ, nak cop tempat duduk kosong



Punya la lama tunggu mee bandung nak siap.. adalah satu jam.. mmg lapo tok sah citer.. maklum ler semua kedai tutup, satu kedai ni jek bukak, kompem orang semua tertumpu kat sini. aku rasa bukan orang2 area sini yang makan, tp orang2 yang turun beraya ke Muar.. kedai Mee bandung ni deret2 dengan Murtabak Singapura yang gelemer tu.. ni kat area Tanjung Agas tau.


kalau makan sini, sila la order Air Bandung Soda ni.. compem tak nyesal.. sebabnya dia bubuh air eskrem soda lebih.. mmg terasa lain la.. kalau tak silap aku satu gelas RM 4

ni yang specialnya.. mmg meletops la .. puas hati makan.. kuahnya tak manis tak masin, semua rencah nak2 udang kering semua cukup rasa.

cam biasalah kan.. kene ada gambar bukti makan kat sini. heheheh


muka tersenyum kekenyangan.. moh kita gerak menuju ke Muar

lama giler tak pi muar.. last pi pun reunion tahun 2010 (ex Vokay 1992-1993).. ye dulu aku sekolah kat Vokasional Muar, Sg Abong amik course katering

co-pilot sibuk bg arahan pada pilot... hehehe


ni la rumah kawan aku (kat BAKRI) masa sekolah Vokay dulu.. dia kawin awal.. anak dah 6 orang ok.. semua dah besar2.. yang bongsu je baru 4 thn

kawan aku ni dulu outsider.. tak duduk hostel cam kami.. gi sekolah bawak motor..ketinggian kami sama.. sejak dari sekolah tak tinggi2 sampai sekarang.  heheheh

dah abis beraya kat rumah kawan aku di BAKRI, kami gerak ke rumah kawan hubby plak di Bkt Naning plak.. ni kawan masa kat UiTM dia.. rezeki kami, dapat makan lauk raya lagi.. yang bestnya ada Rendang Kerbau.. 1st time aku makan.. sedap gak..

dengan isteri beliau.. Kak Im.. comelkan anak dia tu

ni plak gmbar dengan anak dara aku ..

❤❤ raya ke 3 tak kemana2. lepak rumah jek.. raya ke 4 balik rumah mak mertua dan raya belah2 sana plak

1 comment:

Mooniqueen said...

MQ pun ex teknik muo dulu 2001-2002 rekaan fesyen... Hehe... Tah2 kite ni sedare kot... Sbb MQ orang segamat tau... Kalau tak boleh roger2 datang ke rumah MQ aritu... Hehee..