Thursday, December 13, 2012

❤ Sanrio Hello Kitty Town Puteri Habour Malaysia ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Teruja tak tengok gambar semalam? hehehe ok harini aku update cepat2 citer pasal HK Town ni kasi korang tengok... kang simpan lelama basi lak kan.. sempene cuti sekolah dan juga en hubby tak de kelas ujung minggu lepas, kami plan cuti2 balik kampung. di samping balik kampung, kami punya agenda lain jugak.. ni kes nak penuhi impian si anak la.. eh impian si mak la sebenarnya .. hahahah aku ler tew..jom tengok gambar yg super duper banyak.. kat sini aku letak separuh.. lg separuh dalam FB..

Patutnya kami keluar awal, tp terlambat sikit..dalam kul 10 baru terhegeh2 nak keluar rumah. hehehe

cam biasalah mesti nak amik gambar kat tol ni..

dah sampai sini.. jom naik atas

sepatutnya ada LAT Kg Boi sekali, tp belom bukak lagi..
guna kad kreadit dpt ler diskaun untuk beli merchandise.. time2 tengah bulan ni kita guna kad kreadit la . hehehe

single pass RM50, tp kalau amik 2-2 park RM85 (adult dan kid sama harga).. kira jimat la sikit.. tp kene tunjuk mykad ler.. kalau tak bawak mykad, derang caj ko "orang seberang"..

pastu derang bg ko aktiviti kad ni.. setiap aktiviti yang kita buat, derang akan cop.. setiap satu tempat aktviti sekali masuk je.. pastu kat bawah tu ada program dan masa setiap show/parade/amik gambar dengan characters yang ada

comelkan tiket dia..

 
timing nak amik gambar dengan HK

scan tiket.. kat sini rasanya tak strict sangat.. boleh bawak food, tp ko jangan la bawak nasi lemak bungkus ke, roti canai ke, agak2 la, yang ringan2 cam sandwich ke, roti2 ke, biskut2 ke, air ke.. sebab derang tak check bag.. (eh ye ke?? adakah sebab aku tak bawak bag??) kikikiki

salah satu gambar amik dengan Official Photographer


cantik meja makan HK ni.. rasa nak beli je cam ni kat rumah. hehehe

tu dia.. rak HK








pastu kitaorang naik ni..



gambar semalam.. ulang tayang

mini show

mini show



pastu kitaorang masuk kat tempat balerina ni




kat tingkat atas, banyak ride tau.. macam2 ada, bebudak mmg suka kat sini

ada bumper car


naik ni gak

aku takut ok naik ni.. ni naik pun atas paksaan laki .. hahahahaha

dalam hati mengucap panjang ni

jumpa barney plak

ala2 ceria kan gambar ni.. phuiiii
kat sini boleh turun naik ikut suka hati .. yang penting kita amik 2 park.. memula pagi tu kami ke HK, pastu tenghari masuk kat the little big club (bob dan barney tu) pastu kita orang turun balik ke HK lagi sekali. cover mana tak sempat pi pagi tadi

muka ala2 terkejut la konon2nya

sian HK kene penjara..

HK putih.. mcm chess plak


dengan PINGU

pastu ada parade.. tak de la panjang sangat, tp seronok la jugak


cantikkan dressing HK ni

Dear Daniel

ni plak tempat costume & photo session punya tempat

aam tengah pakai costume ni


comel tak???

pastu kita masuk tempat jewellery making plak

ala derang bg gelang ni untuk di cantum2.. pastu kita leh amik gelang ni bawak balik. cam souvinir la gak



ha ko sampai terjelir2 lidah anak aku nak pasangkan gelang ni.. maklum la boykan, mana reti pasang2kan benda alah girls ni

dah petang, moh la kita pi kedai beli barang2 yang ada

emily request yang ni..

cantik tumbler ni, tppppppppppppp mahal okeh RM 49 (ish ish ish)


ingat nak beli mug ni.. sekali tengok harga.. *** PITAMMMMM

❤❤ Alhamdulillah dah pergi USS, Legoland, HK Town ni.. so misi/agenda utama next year, ada lagi 5 bulan lagi nak pergi .. yahooo ..

5 comments:

Mimi said...

bestnyerr Hello Kitty town ni..teringin nak gi. Walaupun mak orang, aku still minat Hello Kitty tau..heheh.

Rasp said...

wahhhh bestnya....
nak nak kita yg gegirl nie...
mesti enjoy...
"Kita" "gegirl" ???
tak kira ler mak budak ke tak...
tetap enjoy hehehehe....

emily makin lawa lah sis....
pandai lak posing tu....

Cik Puan Mimi said...

mimi:- eh sama la dengan aku, walaupun dah jadi mak orang, karekter macam hello kitty, minnie mouse mmg aku suka. hehe tu pasal aku ajak hubby gi sini gak

sis rasp:- hehe tu la pasal sis, tak kisah la kan orang nak cakap apa, zaman kita kecik2 tak do, so bila dah ada peluang ni, harus la tak dilepaskan..

Hirda Ibrahim said...

rsnya HK town ni leh bwk dobot coz indoor kan?
nak2 pulak ada barney tu.
mamat tu suka barney.

omak aiiiii.. merchandise rega kalah theme park lain.

onniesham said...

aku suka display rack tu.. cute giler. hello kitty ni gegirl mmg la suka coz pink kan.