Wednesday, September 8, 2010

Rahsia di Sebalik Iklan Raya TV3, Wajib Baca..

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Semalam aku dapat satu email.. mengenai iklan raya baru2 ni yang ditayangkan di TV3.. yang aku tau, ada iklan tu di youtube, tp dah diblok, so dah tak leh tengok iklan tu.. aku sendiri tak sempat tengok iklan tv3 tu.. tp suami aku sempat tengok.. meh kita baca petikan kat bawah ni kenapa iklan tu dah tak ditayangkan lagi..

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia , TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?


Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.
 

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.


1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu


2.Buku – Bible


3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan


4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur


5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis


6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM


7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


 


Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).


1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)


2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan


3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus


4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)


Pokok Krismas – Simbol Paganism
 


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)


1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.


Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur . Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.


1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3. Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.


1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?


Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.






Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..



Artikel@Kalamul Haqq.

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).


Renung2 kan..

16 comments:

nieda said...

mmg patut ditrik balik..mcm2 cara mereka buat...

Nur a.k.a admansyah said...

masya Allah... sampai mcm tu sekali kita umat Islam diperbodohkan! dah ler yg join pembikinan (crew) umat Islam (mesti ader punyer...), YG MELULUSKAN lagi teruk! tak kan tak tau mesej yg disampaikan... BUTAKAH MEREKA???

NAUZUBILLAH..

¥ α Ŋ α Đ z µ £ said...

Astaghfirullahhalazim..

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

hurmm...tau iklan tu dari tv3...dan tv3 leh sesuka hati nak tayangkan kat stesen tb mereka tanpa ada tapisan...tapi pelik sebelum ditayangkan, takkan la tak pikir yang iklan cam santa claus gini akan menaikkan amarah orang islam...haih...macam2 perkara mereka buat kan nak sesatkan kita...ke dah ada orang yang sesat ni...uikss...

emy/mamasuri said...

penuh tersirat..

.:fyzz:. said...

tak sangka begitu sekali yg tersirat..first pijot tgk ngn huby minggu lepas..mmg terkejut sngt..sbb ada unsur2 perayaan krismas..huh..tv3 mmg patut mintak maaf dn amik tindakan dekat pengarah kreatif itew..

Jasfyra said...

saya pun ada dpt email tu kak..mmg kurang ajar sgt2 kan.masalahnya xkan xde sorang islam pun kt tv3 tu yg perasan menda2 camni b4 tayang?

Sham Ummi Echa said...

astaghafirullahhalazim.. kurang ajar betul dorang nih. aku x penah tgk pon iklan ni. nsb baik ditarik balik. tp pelik gak.. naper tv3 leh x peka pasal ni sblom ianya disiarkan..

sapa pengarah iklan nih.. patut amik tindakan kt dia.. menghina agama islam

yong ibu chem said...

yg yong tau, siaran 'tv' tu mmg dipelopori oleh org2 berkepercayaan Illumination. antara cth terdekat masa prgram akhir juara lagu hari tu...ia dah semakin meresap ke msia secara halus...

nauzubillah.

LyNn HaMzAh said...

dah pernah baca tntg nie...memang sakit hati tgk diorang perlekehkan islam mcm tu jer...memang kena amik tindakan kat pengarah yang buat iklan nie...huh...

Cik Nurul said...

Ya Allah dalam iklan pun mereka boleh nak hasut umat islam..terkejut nurul baca huraiannya huhuhu..

aiDieNa said...

Hmmm.. sampai macam tu sekali pemerhatiannya.. tajam sungguh pemikiran org yg punya emel nie.. semoga Agama suci Islam terus terpelihara..

Anonymous said...

http://facebookvideoindirx.com/keindahan-dalam-kemeriahan-sinari-lebaran-dari-tv3-untuk-semua-hq/

boleh tengok iklan tu kat link tu..
sebagai iktibar kepada kita semua..

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

semoga keimanan kita terus di lindungi...amin

suzi said...

Astarfirullahalazim...patut masa tgk pelik ajer iklan ni..x melambangkan raya tp mcm krismas....

~~Ciklinn~~ said...

ya allah... mmg bongokk sapa yg lepaskan iklan ni.... gerammnyerrrr...

semoga umat islam terus dilindungi aminn..

selamat hari raya kak.. maaf zahir batin