Monday, September 6, 2010

Puding Kastard Kasih Sayang Cik Puan Mimi

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ok petang2 ni, aku nak ajar cara2 nak buat Puding Kastard cara aku la kan. aku tau, ramai dah tau cara2 nak buat puding ni.. x pe.. tak salah sharekan

Ok ni bahan2 di bawah.. simple jer, tak banyak


Ok untuk buat puding dahulu, masukkan 1 cawan tepung kastard


sebiji telur + 4 sudu besar gula


setengah cawan susu cair + 3 cawan air kosong

kacau semua bahan sampai larut


sebelum masak puding tu, siapkan bekas nak isi puding tu dulu.


aku guna bekas calci-yum


ok baru tenggek larutan puding tadi atas api yang kecik


kacau sampai pekat dan likat


cepat2 matikan api dan terus masukkan dalam bekas sebab puding ni cepat keras. simpan dalam peti ais untuk lebih sejuk


ok untuk kuah puding ni pulak.. guna 1 tin susu cair + 2 tin air kosong


bancuh 4 sudu besar tepung kastard dengan sedikit air


bancuh 2 sudu besar koko van houten dengan sedikit air


masukkan susu, air, bancuhan tepung kastard + koko dan juga setengah cawan gula .. kacau rata2 sebelum tenggek atas api

masak atas api kecik sampai mendidih dan kuah agak2 nak pekat


jangan pekat sangat macam puding tu, sebab yang ni ialah kuah dia .. sejukkan di luar dulu, bila dah sejuk sikit, baru boleh simpan kuah ni dalam peti ais untuk lebih sejuk


time nak menghidang, masukkan puding tu dalam bekas besar, pastu tuang kuah dan jangan lupa letak buah fruit cocktail untuk lebih sedap.. dan kalau nak lagi sejuk dan nyaman2 letak jugak ais ketul2.


ok itu ajer.. harap faham apa yang aku ajar.. maklum ler aku guna bahasa pasar jer..

15 comments:

..nOj.. said...

sedapnye kak. bagus betul tutorial bergambar ni. kt umh ade seme bahan2 ni. rase2 mcm nk buat. tp tak tau la bile tu. hehe

~~Ciklinn~~ said...

wallahhhhh.....terasa2 ha....

Emy Omar said...

wah..kak mimi nak try la kita selalu buat kuah dia warna putih susu je pastu letak laici..ni colour chocolate pulak boleh try nanti ni

Jasfyra said...

adus, cam terasa je puding tu lalu kt tekak..sedap sgt2 ni kak

aiDieNa said...

Mudah dan simple.. sesuai dimakan berbuka puasa.. hehehe

Sham Ummi Echa said...

mmg sedap dn senang je nk buat kan.. tp aku yg pemalas ni x penah pon nk buat..

~aSHa~ said...

kak sy suka buat puding ni..tapi cik abe tak bape gemar puding ni..kalo org nak dtg je sy suka buat...ehehhe

~aSHa~ said...

kak sy suka buat puding ni..tapi cik abe tak bape gemar puding ni..kalo org nak dtg je sy suka buat...ehehhe

emy/mamasuri said...

nnti nak cubalah..
selalu2 sy bt cincai je..
ikut sedap tgn je..

atty's said...

tq mimi..nanti free leh terai .

selamat hari raya .
andai ada terguris perasaan spjg berblogging nie harap dimaafkan ye .

LyNn HaMzAh said...

sedapnya kak...kalau makan waktu sejuk lagi best...

-SharleenZawawi- said...

wah byknye bekas kalsium tu.. kumpul ek.. bagus gak ek.. good idea! hmmm sodapnyeee... kuah coklat ek, leh try lak pasni...

*∽ IZAN ∽* said...

wo ho!!! nampak sedapp gillerrr..! seb baik duk jauh.. kalau dekat ni aku gi tapau dahh ha ha

Iena@MaMaJannah&Rizqi, said...

wah memang sedap seh..aku suka pungut buahnyer jer ngan air,,puding kastard tu aku tak berapa gemar..hahaha,

a'a lah mimi, silap lak..1g ler..maklumlah dah biasa main ngan kilo2 ni..sampai lupalak..
petang ni nak tukar gelang tangan jannah lak..hahaha..
nampak macam org kaya pi kedai emas time2 nak raya,,tapi sebenarnya tukar dan menang jer..hehehe..

Hirda Ibrahim said...

paham cikguuuuu...
nanti bila2 aku free aku buat...