Monday, January 10, 2011

❤ Jom main Salji - Snowalk I-City❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Jumaat lepas atas permintaan Farhan dan Emily, malam itu jugak balik kerja dan makan malam terus kami bawak anak2 ke Shah Alam untuk ke I-City ... ada apa yek? sebenarnya kami ke sana sebab nak pi main snow.. ramai yang masih tak tau kewujudan Snowalk ni.. kalau tak silap aku, baru seminggu snowalk ni dibuka ... mmg best sebab ianya lebih murah sikit, dekat, tak strict sangat dari Snow World Genting.. ok untuk dewasa tiketnya RM25 seorang, dan untuk kanak2 RM20 seorang.. masa korang datang I-Citykan kena bayar RM10 untuk parking.. tp nanti masa kat kaunter snowalk tu korang tunjuk voucher parking RM10 tadi.. nanti dorang tolak siap2 RM10 tu.. dapat la jimat RM10.. ok la kan sapa nak bagi..

Bagi aku la kat sini amat selesa.. sebab dia besar, tak yah rebut2 (mungkin sebab tempat ni masih baru orang tak ramai kot dan kebetulan aku pergi hari bekerja bukan hari minggu), tempoh masa tak terhad, boleh main selama mana korang dapat bertahan dalam tu, pastu korang boleh snap pic walaupun terang2 ada tanda kata  TAK BOLEH amik gambar sebab dorang provide professional photographer.. 

Harga tiket dah termasuk jaket yer..tp glove dan boot kena sewa lain. (tp aku rasa cam tak nampak ada sewa glove ler.. so korang pandai2 la bawak glove sendiri.. jangan bawak glove tukang kebun sudah la yek. hehehehe, kalau budak2 ada glove yang macam kat Cameron Highland pun dah ok). kalau tak mau sewa boot, boleh pakai kasut sukan dan stokin.. ni aku cakap siap2 kat korang sebab atas ke"pandai"an aku, aku hanya pakai crocs ajer.. sebab "BAJET DIRI TU KEBAL" kan, sekali tu padan muka aku..


ni masa kat luar baru amik jaket.. belum masuk lagi


cantikkan kereta cinderella


ok ni dah masuk kat dalam.. mula2 takut gak nak snap pic.. sekali tu aku tengok ramai jek yang keletuk keletak amik pic, flash sana flash sini, terus aku dah tak takut nak keluarkan kamera.. malah dorang langsung tak tegur pun ..


tengok la muka farhan yang sangat2 ceria.. al maklum hajat tertunai sudah


feeling2 kat oversea ni... sejuk wooo -ve 5 darjah celcius



gambar ni ada orang tolong snap kan..


memang sejuk la time ni.. rumah eskimo dari air batu..





 

masa ni aku leh tahan lagi kaki ... tp lepas 45 minit, kaki aku dah stat kebas2..



hahahaha kantoi gambar nampak aircond.. mmg sejuk giler2..


 aku suka sangat pic ni.. sebab macam real jer kan konon2 farhan kat oversea..






ni gambar lepas keluar dari peti beku tu.. kasut aku dengan separuh dari ais.. giler kentang.. sejuk sampai kebas2 ke tulang


kebas sampai rasa tak de darah.. pastu kecut jari jemari.. masa keluar dari tempat tu, terus lega giler2 kaki aku dapat KEHANGATAN..


pic terakahir sebelum keluar.. penat dan mengantuk tu sebab dah pukul 12 tengah malam tau.. opss snowalk ni tutup pukul 1 pagi..


Mmg best la bawak anak2 gi sini. kiranya ada aktiviti la jugak kan.. tak de la asyik nak bawak gi shopping mall jer.. kat sini pun dorang ada pengalaman baru.. dpat main snow.. puas hati kami suami isteri dapat bawak anak2 ke sini.. harap2 kalau ada rezeki, aku teringin gak nak apply kerja untuk ke luar negara tu. mana tau boleh merasa "real" snow kan?  sapa la tau kan? rezeki di tangan Allah..

13 comments:

☆ lieya latif ☆ said...

ye kak...aku suke tau pasal cite nie.....tebayang2 mase ko tunjuk gambar kat chilis tu...gediks2 pujuk rayu shah...kebelutlan ko dah update kat fb kan, cepat2 suh shah tgk....seb baik die pun cam nak pegi heheeheheheheh...ye ar nak gi london tu ntah jaman bile......dpt gi sini pun jadi laa feel2 pegang salji keh keh keh .....

thanks kak mimi for the info!

nieda said...

boleh pergi, baru tau ada snow

Jasfyra said...

syok gila tgk gambar2 akak kt situ.betul kata akak,awal2 org xtau lg.elok p time2 ni kan

umilia said...

wah..bestnye..nak gi gakla sblm besalin ni..jom kak kite try apply keje kat overthesea tu..mane tau rezki kite plak..geng2 lain da gi..

ZanaNordin said...

mmg ku tunggu2 entry ko nie kak
setelah tengok gambar2 kat fb....
baru ler syok, tengok gambar, bc cerita..

perh..teruga aku kak
takyah dah nak panjat genting semata2 nak masuk snow world nie..shah alam pun ada
yg penting..leh petik2 gambar..kat genting strict kan..x leh nak petik2 gambar...

bila ler nak pergi nie...
nak hantar proposal ler kat menteri jalan2..utk buat budget gi sini

shidah said...

wah..bestnyer kak..nak g gak la...nak kena pujuk hubby nie..hehehehe

rasp said...

nie mmg sumthing new...
ermmmm leh ajak ke sana nanti lah...

atty's said...

Masa kty pegi aritu tau ada snow.tp time tu fir taknak ikut .bz men basikal..jadik tak masuk

LiErOSe~QiEmi said...

wah, dah pegi ek.. nak jugak pegi masa tau dia dh buka snow kat ICT tu.. tp nak tunggu famili datang dari kampung dulu, baru pegi..

thanks 4 shared, dpt info skit pasal harga hihi

LyNn HaMzAh said...

wah...syoknya...lepas nie lynn pun nak pergi juga la bawa qistina...

onniesham said...

poms, sgt teruja tau tgk pics ko kat snoworld nih. pasni xyah pnjat genting dah. pi kt icity ni jer. hamm bila nak pi...mak nk pujuk apak echa pi sini lah.

Emy Omar said...

kak,saya pun ada baca snow walk kat Icity yang baru buka ni..ni harus ke Icity lagi lepas ni..hahaa..enjoy betul budak berdua tu ye kak

aiDieNa said...

Pernah dengar pasal Snow Walk nie kat TV.. tapi lum pernah tengok.. akak dah pi nie.. ada lar ghak idea tempat tu camner.. info and everything.. thanks..