Friday, January 7, 2011

❤ Farhan & Emily dah masuk sekolah ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Lama aku tak  bersiaran dan mungkin lepas ni pun lama lagi nak bersiaran.... sebab streamyx kat rumah lama dah  terminate... dah apply nak pasang kat rumah baru... tp ada problem pulak... masa kat TM Centre haritu, dorang cek, kata line kt area rumah aku tu macam tak de, walaupun tiang TM teguh depan rumah aku.. so dorang bg tempoh 2 minggu  ni untuk orang TM datang rumah aku untuk cek line dan kena tunggu 2 bulan untuk betul2 line internet masuk... sanggaaapppp la aku malam2 kalau kalau tak de internet.. mmg compem aku jarang buat blogwalking lepas ni. sebab kat opis nak guna BB agak lembab. ni nak buat satu entry pun makan masa..

Jadi pembukaan entry untuk tahun ni of coz la citer pasal anak2 aku ke sekolah.. sama jer la dengan korang kan. apa lagi yer tak? tak sangka anak aku dah masuk darjah 1.. dah besar, emily pun dah masuk kindergarden..

Emily pagi2 dah excited nak pergi Smart Reader.. dia pergi balik ke SR naik van.  satu van dengan Echa anak Sham. satu kelas dengan Echa gak.. tu pasal dia happy sebab ada kawan. Mudah-mudahan Emily dan Echa cepat belajar dan pandai..





muka abang kena paksa bergambar..


Untuk sekolah agama adalah sebelah petang.. dia sekolah dekat dengan BBS gak.. berdepan dengan SR Emily.. dia pergi pun naik van. ada lady driver yang jemput.


hensem tak pakai baju agama .. sejuk jer kan mata memandang. heheheh


masa sampai kat sekolah agama tu dah penuh, so farhan kena duduk belakang. tak pe la, janji belajar yer sayang, jangan main2 pulak


ni gambar kat sekolah rendah.. masa rehat, beli mee sepingan.. mahal la RM1 tau. padahal sikit jer.. tu pun farhan bukannya abis pun.. kat kantin dia ni boleh dikatakan cekik darah harga2 makanan tu..


untuk 2 minggu pertama ni kena pakai baju sukan dan tracksuit jer.. tak yah pakai uniform.


lepas makan, kena berhimpun di Balai Ilmu.. cuba cari farhan?


farhan terselit tu... dia mmg antara yang terkecik dalam kelas pun


cuba tengok betul2.. nampakkan dia paling kecik.. harap2 kecik2 cili padi yek farhan.


Untuk minggu pertama ni, sebagai ibu, naluri hati aku masih lagi rasa risau dengan dia, boleh ke dia ke kantin untuk membeli makanan, boleh ke dia cari van sekolah. dengan keadaan sekolah agama pulak sebelah petang..  setiap malam rutin aku sebagai ibu pun dah berubah sekarang.. setiap kali balik rumah, aku akan pastikan cek beg Emily, tengok homework dah siap ke belum. pastu tunggu farhan balik sekolah, cek beg sekolah dan homework farhan.. cek pensel box dia, cukup tak alat tulis dia. kalau pensel patah aku korek siap2 3 batang pensel, kalau pemadam hilang ke, aku masukkan yang baru.. pendek kata, mmg rutin aku dah berubah sangat.. aku pun berazam nak jadi ibu yang baik, didik anak2 aku dengan sempurna. mungkin bg sesetengah ibu kata aku ni "poyo/ntah apa2".. tp tu la aku, pengalaman baru seorang ibu yang anak dah sekolah rendah.. sebelum2 ni, masa farhan di kindy semua homework dah siap masa di daycare. so balik rumah mmg tak pernah ada homework, so tahun ni mmg aku kena pastikan semua homework siap sempurna..

Harapan aku, semoga anak2 aku belajar rajin2. semua ibu bapa nak anak mereka jadi pandai. tak de ibu bapa nak anak meraka tidak pandai.

12 comments:

Hirda Ibrahim said...

comeinya emily dgn skirt tu....
a ah pun ensem...
x per mimi, moga2 kecik2 cili padi. size doesn;t matter. yg penting OTAK.

Mrs. Hakim said...

akak, comel la skirt SR tu.. besar dah derang kan. dah sekolah lagi. rumah baru kat mana kak?? nanti ceritalah sal rumah pulak. bestla dah ada rumah atas tanah kan. pasni leh la berkebun pulak.. owh, kitchen kabinet akak sexy la.. cantikkkk!!! :)

ZanaNordin said...

tik tok tik tok....
anak kita dah masuk sekolah kan kak...cepat jer masa berlalu...

seronok ler emily ada geng...
makin rapat ler diaorg kak kalau camtu....

kak, emily lagi besar dari farhan kan...
mmg cute jer farhan nie kak..ikut baka ko kot....emily ikut papa dia.

Sham Ummi Echa said...

ceria je muka emily pagi2. bagus la emily ni x menangis kan. x padan ngan kecik tp dia jiwa besar. dia berani. echa tu cengeng sket. asik nangis je. risau betul aku.

tu la kan..rutin kita dah berubah. aku pon wpon echa g kindy je, tp skang malam2 dah kena monitor homework dia sumer. skang pon aku dah balik keje cpt.

umilia said...

sonokkan tgk anak2 da gi sek..sy pun akan risau bab dorg nak mkn kat kantin sek tu..dgn ramai nye bpusu2 tu..tp insyaAllah..anak2 kite sntiasa dilindungi NYA..

Mimi said...

amin..semoga jadi kecik2 cili padi..

betul tu mimi..kawan2 ofis aku yg anak darjah 1 pun seme bimbang pasal anak2 dorang..part yg nak cari van yg betul, makan masa recess...dsbnya. Aku yg dengar cerita kawan2 aku pun jd risau bila memikirkan time najeeb nnt nk masuk sekolah..camna la agaknya pulak..

emily ada gang la gi SR..bestnyer..

Jasfyra said...

mau xrisau kan kak..saya ni tahun depan mesti dpt rasa perasaan cam akak tu.camne anak nk p kantin beli food etc..alahai...

nieda said...

farhan dan emily, dengar ckp mama tau..belajar rajin2

Puan Iza said...

Comelnya dua2 pakai baju sekolah....

Nur a.k.a admansyah said...

alahai yang oiii... tak pasan N3 u nie-lah yg i tunggux2!!!!

Farhan very cute with bj sek agama.. putih tur!!! Aiman sy x daftar utk sek agama lg.. maybe nx year! sy amik yg berbayar.. dekat nursery depa! Aisyah pun sama even last 2 years dh KAFA.

saya pun x yakin Mimi.. bab gi kantin tur! blk jer.. 1st q's saya..."abg beli aper hr nie?" "mana balance?" (sbb sy takut die bg sumer duit kt makcik kantin tur!!! hehehe

Opsie.. terpnjg! last.. Emily so cute in RED kaler! all d best dear..

atty's said...

Cantiknya emily pakai uniform
abang pun sama pakai baju melayu ensem

kat sekolah mmg makanan mahal melampau.tak sepatutnya

Emy Omar said...

Sweet je anak dara akak dengan skirt tu..sure rutin harian akak pun dah mula berubahkan kak..sama la kak,saya hari2 check pencil case anak-anak,asahkan pencil..check kalau ada yang tak cukup tu tambahkan..