Monday, July 30, 2012

❤ Frame Canvas ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Persiapan raya dah siap? rumah dah cat? langsir dah tukar? karpet dah berganti? sofa beli baru tak. hehehehe aku tak de apa2 pun pertukaran buat masa .. semua masih mengekalkan perabot, karpet dan langsir yang sama.. tp untuk menaikkan seri rumah di hari raya.. aku telah menempah frame canvas.. actually dari last year aku dah tempah frame canvas.. dah siap gantung pun kat rumah di rumah pun.. jom tengok frame canvas last year yang aku dah gantung kat rumah

nun di kiri hall, aku letak pic Raya tahun 2009.. sebelahnya pic Farhan sengsorang dengan baju raya .. jap lagi aku snap close up ok..
di sebelah kanan ni plak aku buh atas TV.. gambar tahun tahun 2010 .. sebelahnya pic Emily sengsorang
 
ni ler dia nya.. sorry la gambar semua ala2 kelam malam gitu.. maklum ler snap gambar pakai zoom, tangan lak parkinson sebab tengah puasa.. gambar ni saiz 20 x 30
gambar ni saiz 18 x24
ni plak gambar ni saiz 20 x 30

yang ni sama saiz macam pi emily sengsorang tu



ni plak pic dua badik tu kat hall tingkat atas..
hat ni plak, gambar i dengan en suami i ler kan.. kat dalam bilik gitu


sebelah gambar tadi.. gambar ni saiz 18 x 24

Ok for this year, aku dah tempah lagi sekali pic raya tahun 2011 plak dan beberapa gambar yang lain .. baru jek amik ni minggu lepas... 


heheh ni la gambar yang sama macam kat header atas tu.. kalini photoshoot kat studio, tu yang nampak putih ajer backgroundnya.. saiz 20 x 30

ni gambar dengan en suami, cam biasa lah untuk letak lam bilik cam gambar berdua di atas tadi tu.. saiz 18 x 24

ok tak lupa juga aku ada tempah beberapa lagi frame canvas masa pi Umrah, dan juga aku ada tempah masa promotion dulu 12 x 12 sebanyak 6 keping

sayang gambar kenangan terindah ini
ni bukan gambar aku.. ini mak aku pi umrah 2 tahun lepas.. baru sempat buatkan dia frame canvas ni. nak hadiahkan kat dia sempena raya nanti.. semua ini saiz 12 x 12

gambar pi USS awal tahun haritu.. saiz 12 x 12

saiz 12 x 12
aku pun tak tau apa motif aku framekan gambar ni.. gambar tahun 2007 okeh. adakah sebab masa ni kami laki bini kurus??? ooo sila la berazam nak kurus macam ni balik.. saiz 12 x 12

Aku tempah melalui online jek.. kat The Perfect Canvas.. tp ada banyak lagi tempat yang korang boleh tempah.. kat bawah ni harga sebenar sebelum promosi.. tp skarang ni tengah ada promosi.. sila la cari mereka di FB yek..

saiz 20 x 30 = RM150
saiz 18 x 24 = RM130
saiz 12 x 12 = RM 100 (3 keping)


❤❤ tak sabar nak frame canvas gambar raya tahun 2012 ni pulak... insyallah akan buat photoshoot raya lagi..

5 comments:

♥cikmOt♥ said...

cantik2 kak...teruja mak...

aiDieNa said...

Cantik² Kak Mimie.. Happy family gitue..

mamasuri said...

cantik nyer...

Erna said...

mcm best plak frame canvas ni... tahan lama ke mimi? x luntur ke kalernya? huhu..

*∽ IZAN ∽* said...

wah wah whah.. banyak sungguh koleksi mimi. Izan rumah tak berapa nak besar.. dinding umah pun tak muat nak gantung2.. banyak terbiar je gambar2 uhuhu