Mama Farhan & Emily
Hari ke empat cam biasa pagi2 breakfast di hotel. makan roti lagi lorr..
Cam biasa pagi2 breakfast di Hotel. Pastu kami melawat ke Camlica Hill untuk menikmati panorama indah Kota Sejarah Istanbul iaitu bukit tertinggi di Istanbul.. kat sini sebenarnya nak tengok pemandangan laut Bosphorus dari atas bukit.. memang cantik.. saujana mata memandang.. dah nama atas bukit, harus la sejuk2 kan.. kita posing2 lagi kat atas ni.. bukan senang nak datang kan.
hot chocolate .. sedap hari2 aku minum ni |
jemput sarapan semua |
heheh port biasa amik gambar dalam bas.. alamak kak wan jeling lagikkkkk |
harap bersabar melihat tuan tanah yang tak sedar diri berposing ini.. sib baik ada jurufoto yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi..
bendera turki |
apa yang ko teropong tu |
Lepas dah puas berposing dan cuci mata, kitaorang ke tempat orang jual baju kulit lak.. ha kat sini, semua baju kulit original tau. Cantik2 tapi duit ajerlah tak cantik. Semua mahal nak mamp****.. rege kalau convert duit kita dalam RM2K ++ ke atas yer. Ada yang sehelai pun cecah RM 5K. jom kita tengok fashion show dulu..
Dalam kedai .. kat sini semua baju kulit boleh try.. tak de hal.. tp kalau dah try tak beli.. apa kes kan??? so aku malas nak try.. lgpun serius aku tak minat barangan kulit
Dalam pukul 12.00 tenghari kitaorang pi lunch kat sini..
fuyooo cowok ganteng |
ada banyak sebenarnya.. cukup la letak 3 jek, kang korang muntah darah lak tengok ada 20 keping gambar.. |
Dalam kedai .. kat sini semua baju kulit boleh try.. tak de hal.. tp kalau dah try tak beli.. apa kes kan??? so aku malas nak try.. lgpun serius aku tak minat barangan kulit
Dalam pukul 12.00 tenghari kitaorang pi lunch kat sini..
unik dalam restoren ni.. macam dalam gua |
roti dah macam tilam.. beso dan gebu |
again nasi pulut dengan daging (masih terasa2 kat tekak cemana rasa daging tu) no kuah2 yek |
cantik cawan coke ni.. yang bentuk botol coke tu transparent |
restoren ni walaupun nampak buruk jek, tp best sebab ada wifi.. |
Perut pun dah isi, tenaga pun dah ada, apa lagi, kami di bawa membeli-belah di Spice Market yang bersebelahan dengan New Mosque berhadapan Galata Bridge. Spice Market ni tempat jual segala rempah ratus ada di sini.. selain tu ada di jual manisan Turkish Deligh yang bermacam2 rupa dan rasa.. semua ini boleh dirasa percuma sampai kenyang.. terbeliak2 la bijik mata nak rasa setiap satu kan. Tp serius mmg sedapppppp .. harga pun leh tahannnn. Heheheheh kami beli gak la bawak balik sini. Sapa2 nak rasa, meh datang rumah.. kat sini juga banyak jual teh dan kopi turki. Mmg lain dari yang lain la.. selain rempah ratus, manisan2 turki, banyak gak jual souvenior dan baju2 Istanbul.. harga di sini jauh lebih murah dari semua tempat2 yang aku pernah singgah.. berbaloi2 rasanya beli kat sini
yang pakai vest andalusia tu mutawif kami |
yang kat bawah2 ni.. semua boleh rasa FREE sampai kenyang .. HALAL, HALAL.. tp dah rasa tu tak reti2 nak beli ke? sendiri mau ingat ler ... hehehe
rasalah.. halal |
boleh test semua nak rasa, tp larat dengan tak je la kan.. |
lepas beli kitaorang letak nama dan tinggal kat kedai.. sebab malas nak hangkut masa jalan2 dalam Spice Market.. kitaorang beli sikit jer.. tu pasal plastik kecik je |
ada berani nak pakai.. heheh baju ni untuk penari Belly Dance |
cantik2 .. hajat hati nak beli gak, tp memikirkan takut pecah.. tak beli pun |
Tepat jam 3.30 petang kami semua di bawa menaiki cruise mengelilingi Selat Bosphorus. Selat Bosphorus terletak di antara benua Asia dan Eropah dan menghubungi Laut Marmara dan Laut Hitam. Bosphorus terkenal dengan pemandangan dan beberapa peninggalan sejarah tepi benua Asia dan Eropah. Dari cruise kami menikmati pemandangan indah Masjid Sultan Ahmed dengan pemandangan Blue Mosque, Hagia Sophia dan Topkapi Palace. Hampir 1 jam lebih masa yang diambil untuk mengelilingi selat Bosphorus ini.
Setelah puas menyusuri
selat Bosphorus ini, semua pun dah capek2 belaka, moh ler kita balik
hotel.. kasi regang2 urat kaki, esok nak berjalan lagi kan.. so kami
balik hotel dan dinner terus..
jom follow |
nampak tak jambatan tu.. tu la jambatan yang tanda memisahkan Asia dan Eropah |
ok dah sampai, jom ler balik |
mushroom soup |
lawan makan dengan roti kejung baling dinding |
akhirnya nasi kami ada kaler ler.. macam nasi goreng. hehehe.. tp dia lebih kepada rasa barli |
ni tak tau apa.. belasah jek la |
puff ni sedap. tp apasal kasi satu jek. mana cukup?? |
hok ni paling sedap.. puding karamel.. mmmuuahhh |
ok perut dah ketat, mata dah layu, badan kata jom baring.. oppss sebelum tu kita minum air panas.. Cikolata
To be continued …..
1 comment:
mak aii leh tahan mahal gak baju kulit dia yeh. beribu2. tp cntik yg ko pegang tu. design kt tgn ala2 burberry.
seronoknyaaa.. yg spice market tu pon boleh bikin mata juling tgok barang2 kan.
tengok food ko kt sana sedap2 je.
Post a Comment