Thursday, July 5, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Keenam

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Hari terakhir dibumi Turki .. sedih gak terasa.. tp hati lebih teruja nak ke tanah haram sebenarnya.. kami keluar lewat dari hotel sebab harini tak de apa2 perancangan yang spesifik.. kami keluar dari hotel sekitar jam 11.00 pagi.. so adalah masa nak berehat dihotel dan juga nak kemas2 barang kan.. 

seronok plak hari2 ada pic cam ni.. tiap2 hari ada kelainan
kami di bawa ke salah satu shopping mall di sini iaitu Kanyon Mall
 

 
Mall ni besar sangat. tp tak larat nak pergi semua sebabnya semua barang adalah mahal.. duit Lira pun dah tinggal saki baki jek. tp tak mau la abiskan semua kan.. so berjimat2 ajer la..

terjumpa truk COKE ni. dalam ni macam2 ada.. best la jugak



dalam pada berjimat2 tu, terjebak gak beli PENDRIVE dua biji ni.. beli sebab comel. heheh satu botol tin coke, satu lagi jenis getah
bangunan kanyon ni unik, sebab design bangunan ni berlekok2 dan mmg cantik la
Dah puas bershopping bagai, kami pun dibawa untuk lunch buat kali terakhir di sini.

hok ni roti sedap.. ala2 piza rasa dia walaupun rupa tak seberapa.. yang penting sedap

yang ni pun rupa tak semenggah tp sedap sebab cheese kat tetengah

ha kau siap tarik cheese tu..

Ali @ tourist guide kami tinjau2 kot2 ada makanan tak cukup



Dah selesai makan, kami di bawa bersolat di Masjid Süleymaniye.  Masjid Süleymaniye (dalam bahasa Turki:: Süleymaniye Camii) adalah sebuah masjid di Istanbul. Ia dibinakan di bawah titah sultan Suleiman 1 (Suleiman al-Qanuni) dan dibinakan dengan arkitek Uthmaniyyah. Kerja pembinaan bermula pada 1550 dan masjid disiapkan pada 1557. 




Tempat wuduk adalah di bawah tanah (kene turun tangga).. dan air paip untuk amik wuduk adalah sangat2 sejuk.. tempat mengambil wuduk juga cantik dan bersih.. juga ada tempat duduk, sangat selesa sebab tak perlu mencangkung



macam biasalah Ali tengah bagi penerangan tentang masjid ini
 




Masjid adalah 59 meter panjang dan 58 meter lebar. Kubah utama adalah 53 meter tinggi dan mempunyai garis pusat 26.5 meter. Sewaktu ia siap dibinakan, kubah tersebut adalah yang tertinggi dalam Empayar Uthmaniyyah apabila diukur dari asasnya, tetapi masih lebih rendah dari tingkat lantai dan lebih kecil pada garis pusat daripada Haghia Sophia. Kompleks ini mempunyai empat menara, sebilangan hanya dibenarkan pada masjid-masjid yang dibiayai oleh sultan (para putera dan puteri boleh membinakan dua menara; yang lain hanya satu). Menara-menara tersebut mempunyai sejumlah 10 dewan solat dan halaman, kompleks masjid juga termasuk suatu caravanserai, sebuah dapur awam yang membekalkan makanan ke fakir miskin, sebuah hospital, empat sekolah madrassah, sebuah sekolah pakar untuk pengajian hadith, dan sebuah rumah mandi, Dalam taman belakang masjid ada dua makam termasuk makam-makam sultan Suleiman I, isteri baginda (Haseki Hürrem), anak perempuan bagina Mihrimah, ibu baginda Dilaşub Saliha dan adik-beradik perempuan baginda Asiye. 






kat luar kawasan masjid ni mmg cantik dihiasi dengan bunga2 sepanjang jalan

Lebih kurang jam 5.30 petang kami dibawa makan malam (mmg awal sebab nak ke airport) di Restoren Qassem.. Uniknya restoren2 di kawasan ini, setiap restoren akan menghiasi restoren2 mereka dengan kerusi meja makan yang lain2..

tengok sahaja lah.. meja disebelah tu itu, kerusinya empat segi, tp didepannya pula, kerusinya bulat (restoren lain)







Ali bgtau, arwah Asri Rabbani juga pernah sampai di restoren ini.. yang sebelah arwah tu adalah pemilik restoren ini
 

akhirnya hari terakhir di sini baru dapat makan ikan

inilah restoren yang kami pergi untuk terakhir kalinya
depan restoren Qasem, ada air pancut
on the way nak naik bas, jumpa lagi penjual aiskrim. .derang ni lawak, suka main2 dengan kitaorang.. mcm dalam citer istanbul aku datang tu
aiskrim kental yang susah cair
Jam 8.00 malam kami terus ke Airport untuk berlepas ke madinah pula.
bersama tourist guide kami yang baik hati, peramah dan kelakar
flight kami ke Madinah jam 11 malam

muka kepenatan @ excited nak jejak bumi madinah


bye bye istanbul / turki.. ada rezeki insyallah aku datang lagi.. cantik sungguh pemandangan malam.. bumi istanbul / turki disinari lampu2
supper kot masa ni.. mata tak larat nak bukak.. jam 12.00 tengah malam .... lg 2 jam tiba madinah .. lepas makan.. ketiduran
 
❤❤  To be continued ..

7 comments:

Nazirah Azeman said...

salam kenal.....

cantiknyer negara orang ye cik :)

bile la sy nak smpi ke sane

Unknown said...

sangat detail cerita kak mimi
seronok baca....
bagus utk di jadikan rujukan

Anonymous said...

Seronoknya kak..teringin nak jejak kaki ke sana juga insyallah satu hari nanti

onniesham said...

bersihnya toilet dan tmpt berwuduk dia. cantik pulak tu.

-Sharleenz- said...

waaahhhhhhhhhhhhhh sgt best!!! teringin nak jejak ke turki... tak sabar nak tunggu entry seterusnya

Hana said...

Salam kenal sis..

Nape saya xdapat view pics kat turki ni ye?

Best baca, nak tgk pic sekali..

Unknown said...

Salam sis..nk tnya, total duit belanja di turki sis tkr brp RM ye?