Friday, July 13, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Kedua Belas

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Ada ke yang boring baca catatan aku hari2 ni.. yelah paham.. tak abis2 citer mekah ni kan.. tak pe ada 2-3 episod jek lagi.. pastu tak yah baca dah. heheheh.. ok harini ada ziarah luar lagi.. pagi ni kami difahamkan, satu bangunan Hotel Al Haram kene kosongkan, tak leh berada di dalam hotel, sebab bangunan hotel sebelah hotel kami hendak dirobohkan.. serius terkejut gak bila dengar.. meh kita tengok sat sebelum aku sambung citer kat bawah.

kebetulan aku snap gambar hari pertama kat sini

keadaan hotel sebelah hotel kami yang telah diroboh.. (ni masa dah abis ziarah luar

fuh mmg 1st time tengok bangunan roboh macam ni. tp tak tau cara cemana dia letupkan sebab masa ni kami gi ziarah luar

actually ni gambar keesokkan harinya sehari setelah diletupkan.. dah rata dah hotel tu.. mmg keadaan bertambah jerebu dan berdebu .. baru lah aku faham kenapa orang kata hotel makin jauh sebab banyak hotel lama dirobohkan sebab nak buat hotel baru. harap2 4-5 tahun akan datang, hotel2 semua dah baru.. insyallah teringin nak sampai di sini lagi.

Ok sambung citer ziarah luar. Kalini kami dibawa ke beberapa tempat bersejarah masa zaman nabi. tempat pertama di bawa kami ke Bukit Tsur. ada kisahnya, kalau nak dicerikan panjang, so kalau nak tau google ajer lah.. tp sememangnya bila mendengar kisah2 nabi yang diceritakan oleh ustaz/mutawif aku ni, mmg rasa sedih dan sebak dengan apa yang dilalui oleh para2 nabi..



ada juga di jual batu2 pertama. tp aku tak berani beli, sebab dengarnya tak elok bawak balik batu dari tanah haram. tapi tak tau la batu permata boleh ke tak. langkah selamat, tak yah beli la
dengan Kak Azah .. jadi minah arab sat. hehehe
 


Kemudian kami melalui Muzdalifa untuk melihat kawasan di sana


ni Masjid Namerah. masjid ini hanya dibuka pada musim haji sahaja dan boleh menampung 350 ribu orang jemaah (maafkan aku kalau silap info)
 
 

sekarang kami telah berada di bukit jabal rahmah

 

ramai orang amik peluang mendaki bukit jabal rahmah ni..
 

selain berdoa mendapat jodoh bg yang masih bujang, boleh juga berdoa semoga jodoh kita suami isteri berkekalan.. Insyallah amin

kami tidak melepaskan peluang untuk naik unta.. memang kelakar masa ni. aku duduk belakang sebab tak berani la plak duduk depan kan. masa unta ni nak bangun, kita akan terjongkit kebelakang dan bila dia nak tunduk kita rasa nak menjunam.. mmg compem terjerit2 gelak la masa ni. maklum la unta kan kaki dia berlipat2 .. so ada skill la cara nak bangun dan duduk tu.. untuk naik unta ni kene bayar SR20 dan nanti tokey ni akan snap pic pakai kamera instant tu.. dia charge sekeping SR10

masa ni dah unta dah turun.. kuss semangat .. rasa gayat nak turun pun ada

bersama jemaah yang lain lepak kepenatan

melawat lagi kawasan2 tempat para jemaah yang mengerjakan musim haji




ini adalah perkuburan Ma'ala.. Maala nama tanah perkuburan yang besar di Makkah ini. Di sinilah dikebumikan jenazah Saidatina Siti Khadijah (isteri RasuluLlah SAW) lebih seribu empat ratus tahun dahulu. Sebab itu ramai jemaah haji menziarahi tanah perkuburan Maala ini untuk menziarahi dan berdoa di makam Saidatina Siti Khadijah.
 


Kalini baru berani nak snap gambar di depan kaabah (lepas abis tawaf).. Maha Suci Allah, walaupun panas terik, tp lantai di sini tak panas.. malah kami boleh sujud walaupun tanpa lapik sejadah, dan tidak terasa panas.. (cuba kat mesia, kita pijak lantai kat pagar luar rumah pun, kaki kita dah terjingkit2 kepanasan kan) .. dan alhamdulillah dengan memakai Telekung Siti Khadijah ni, rasa sangat2 selesa sebab tak rasa membahang walaupun mengerjakan umrah di tengah panas terik.

Selesai menziarah, kami dibawa ke Masjid Jaranah iaitu tempat miqat umrah kami kali yang kedua (kali pertama di Bir Ali dan esoknya kali ketiga di Tanaim).. kalini kami berpeluang melakukan umrah pada pukul 11.30 pagi dan kami selesai melakukan tawaf pada jam 12.15 tenghari. lepas tu kami berhenti sekejap untuk solat fardu zuhur dan selepas tu baru kami sambung melakukan saie dan bertahlul.



sebelum balik, kami rehat2 kat simi, lepaskan lelah.. masa ni belum lunch lagi.. (nampak tak selipar aku pakai tu.. ) ada cerita pada esok harinya

otw  balik kami singgah sini.. cari makan ler.. kalau balik hotel rasanya dah abis makanan yang disediakan sebab kami pulang lewa


kami makan di sini

tak tau nasi apa en suami amik .. harganya agak mahal sikit.. SR30 untuk semua tu.. tp boleh makan untuk 2 orang

macam nasi hujan panas.. kaler2

aku tak lalu nak makan sebab penat. so amik roti tampal SR7


try air ni. not bad.. sedap

lepas makan, kami tak balik hotel, kami patah balik untuk solat asar.. masa ni keadaan sedikit lenggang kat kaabah sebab petugas masjid tengah nak bersihkan kawasan tu



panorama yg aku snap





bila tiba waktu magrib dan isyak, kaabah mulai penuh kembali.. seronok tengok orang ramai berpusu2 tawaf


 


luar masjid waktu malam .. cantikkan.. rindunya nak pergi lagi



otw balik hotel lepas solat isyak, kami terjumpa satu van ni tengah agih2kan/sedekah roti pita, masa aku pi ni bulan rejab, so ramai yang bersedekah.. semoga murah rezeki mereka.. amin
 ❤❤  To be continued..

4 comments:

onniesham said...

poms..nape xleh bwk balik batu2 dari mekah?

Fahmy said...

Assalamualaikum,

Saya mohon kebenaran untuk print foto kaabah tu. Nak letak dalam visionboard kami suami isteri untuk jadi inspirasi ke Mekah next year.. Ameen.

Fahmy said...

Saya mohon izin untuk ambil foto depan kaabah nak jadi inspirasi/ambil berkat kami suami isteri ke mekah tahun depan. Ameen.

Ina Hashim said...

salam Pn Mimi,

Sy pun dpt saksikan perobohan bgnn sebelah alHaram Tower tu...sy berdiri opposite bgnn tu, dekat deretan kedai kebab tu....wktu announcement suruh kosongkan bgnn al Haram Tower tu, sy tgh bfes kat dewan makan hotel kita