Monday, July 2, 2012

Travelog Perjalanan Umrah Ziarah Istanbul, Madinah, Mekah - Hari Ketiga

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Pagi2 breakfast kat hotel.. tak banyak pilihan.. kat sini makanan ruji derang ada ROTI. So pergi mana2 mmg jumpa roootiiii jek la.. tp kene la bersyukurkan .. kang tak dapat makan lg naya.. so makan ler aku roti dengan apa2 yang patut.. jangan mimpi ler nak jumpa nasi lemak, nasi goreng..



tengah tunggu bas sampai .
tugu ni betul2 depan hotel. ada sejarahnya tp aku tak ingat
 
wah panjangnya bas ni..
perkara wajib bila naik bas. heheheh eh kak wan apa tengok2.. malu i tau - (kak wan yang jeling kat i tu ler) hehehe


Harini perjalanan semula balik ke Bandar Istanbul. Kene naik feri lagi untuk merentasi selat Marmara.. tp syokk ooo naik feri ni. Sebab dalam feri leh makan2.. angin pun sejuk sepoi-sepoi bahasa jek..





kat hotel td makan sikit nau, so en suami belikan la cik bini dia ni roti bakar .. haha dasar kuat makan.
 

sedap garing sangat , tapi ................

aler tak de sos cili or mayonis.. lagi sekali potong stim aku..

Sampai di Istanbul lebih kurang jam 11.00 pagi.. kami di bawa melawat ke Makam Nabi Yusha Bin Nun. Makam ini merupakan makam nabi terpanjang dan lokasinya di bukit Camlica iaitu bukit tertinggi di Istanbul. Nabi Yusha Bin Nun hidup sezaman dengan Nabi Musa A.s. Namanya tidak ada disebut di dalam Al-Qur'an, akan tetapi kisahnya ada. Nabi Yusha' bin Nun as adalah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah swt untuk memimpin Bani Israel memasuki kota Juruselam.

nampak tak Hz. Yusa Turbesi tu.. ha kita nak ke situ la

di pintu gerbang
makam Nabi Yusha Bin Nun adalah sepanjang 17 meter.
 

kat sini pelbagai orang kita jumpa.. yang ini derang pakai ala2 telekong, tp panjangnya sampai ke kaki dan derang tutup mulut

pemandangan dari atas bukit/makam Nabi Yusha Bin Nun


suka betul pemandangan dia. sebab nampak laut .. mmg tak jemu2
kan dah cakap orang kat sini peramah2.. masa aku tengah posing2 snap gambar, derang yang ajak aku bergambar bersama..  sweetkan dua beranak ni

kat bawah dari gerbang masuk ke Makam ada gerai2 jualan. nak beli kat sini mmg untung la sebab murah sikit banding tempat lain

tuala bersulam

gerai2 shawl / pashima
roti lagi .. oohh aku tak beli.. besau sangat, tak larat nak makan

makan 3 orang pun lom tentu abis ni

souveniors

ni buah ceri fresh.. sangat2 sedap.. (of course la tak sama rasa macam buah ceri yang buat kuih tu kan) .. ok kalau nak makan buah ceri ni jangan terpedaya dengan warna merah kilat menawan tu. sebab hok tu masam.. sila la pilih buah ceri yang kaler gelap2 meroon tu.. yang tu la manis sebenarnya.. aku sorang je makan ngadap seplastik buah ceri


Perjalanan diteruskan untuk makan tengahari.  cantik betul pemandangan walaupun tengok dari dalam bas jek




duit turki .. mata wang LIRA
duit 1 LIRA tu ibarat RM 1 ler..
kalau duit sen2 pulak contohnya 10 sen di panggil 10 Kurus.. hahaha

Lebih kurang jam 1.00 petang kami di bawa lunch di Restoren Bukhara. Pemes jugak restoren ni sebab ramai betul pelancong macam kitaorang. ada pelancong dari Singapura dan Indonesia jugak



kan dah cakap, salad mentah ni wajib.. huhu

setiap kali pi restoren dan hotel, mmg kami disajikan dengan air putih tau.. tak de air manis.. oooh sungguh la bagus kami berdiet time holiday


roti yang besar lebih dari pinggan

aku rasa ni sup kacang dhal atau keledek kot. bila dah hari2 makan, naik imun tekak .. last2 kitaorang alter letak pepper kasi pedas2 sikit
 
khusyuk dan tawaduk seme menjamu selera

nasi pulut sampai bersama beberapa ketul ayam panggang

giler ko .. tak abis aku, banyak nau
Dah settle mencekik, jom pi solat plak.. kami dibawa ke Blue Mosque (Masjid Biru) atau nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmed. Masjid Sultan Ahmed adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.

ternampak minah2 turki.. kemain lawa lagi baju dan dressing derang.. ingat nak beli selai.. tp pikir2 balik, bila aku nak pakai kalau beli???? so kensel ler



tempat amil wuduk lelaki.
ingat tak cerita pasal baju ni semalam.. aku terjumpa dengan sorang budak pakai baju ni. rupanya dia nak kene sunat.. so kene la pakai baju ni dulu.. dia kemain tengok je kitaorang snap gambar dia..

bsar blue mosque ni

panorama dalam masjid ni

our tourist guide tengah bg explanation mengenai Blue Mosque ni.. bagus betul dia ni, banyak info
 


gambar di luar Blue Mosque (Masjid Biru) atau nama sebenarnya Masjid Sultan Ahmed
aku sajer la snap gambar derang ni sebab lawa2 kan..

bye bye Masjid Biru, ntah bila aku nak sampai sini lagi
Dah selesai ronda2 dalam Masjid Biru serta dengar penerangannya,kami terus bergerak ke Topkapi Palace..  Apa pulak Topkapi Palace.. Topkapi Palace adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman resmi Sultan Utsmaniyah selama lebih dari 400 tahun
 .
Di Topkapi Palace mempunyai beberapa bangunan yang dah dijadikan muzium. Disini kami diingatkan supaya tidak mengambil gambar sebab akan ada guard yang jaga dan ronda.. ada jugak pelancong yang gatal tangan dalam cubaan mensnap gambar, tp berjaya di tangkap guard. Mujur dia suruh delete je gambar2tu, kalau kamera kena rampas, harus terdiam tak terkata kan..  Terdapat banyak barang-barang peninggalan zaman Rasulullah saw yang  dipamerkan. Paling terharu apabila kita pakaian Siti Fatimah r.a. dan Husin r.a (anak Rasullah saw) dalam keadaan yang mmg sedihlah. Baju2 tu kalau di lihat memang bersaiz besar, sebab orang dulu2kan besar2 orangnya. Ada juga kain alas Siti Fatimah r.a. bertampal-tampal. Nampak jugak la janggut nabi dan juga pedang nabi dan sahabat baginda.
 .
Kat sebelah muzium yang mempamerkan barang-barang Rasulullah saw, ada muzium yang menempatkan barang-barang mewah zaman Kesultanan Uthmaniyyah. Kalau tengok tersusun, cincin2 serta loket2 besau2 penumbuk. Harus kalau pakai loket tu rebeh leher.. Semua tu batu permata berkilau2 okeh.. berangan sajer lah kalau nak pakai loket dan cincin2 tu.. sebab conpem tak mampu kan. Hehehehe

haha ni en suami tak perasan aku snap ni.. pegang tangan la katakan.. bajet macam baru kawin ler.. cuba sekarang.. sorang jalan depan sorang jalan belakang pegang tangan anak2..


tiket semua ditanggung oleh travel agent





nak masuk sini, kene scan bag yer.. bukan boleh main redah jek. dah ala2 kat airport lak


muzium

ni ler pintu masuk nak tengok janggut, pedang dan gigi nabi serta baju fatimah.. nampak tak geng2 aku bawak bag andalusia

Okeh dah penat tengok sejarah2 islam kat sini, moh ler kita keluar.. kat luar banyak giler bunga2 ros yang cecantik. Apa lagi jom kita posing sat
 


masih dalam musim penghujung bunga

kat luar jual macam2 jenis kacang



Dah penat berjalan kami pun check in hotel iaitu Hotel Grand S .. kat sini best, ada wifi.. dapat la surf FB jap ilang rindu. Cam biasa dinner jam 7.00 malam.
  
 ❤❤  To be continued …..

1 comment:

Jasfyra said...

subhanallah..mmg cantik pemandangan kt sana kak