Monday, November 26, 2012

❤ Istanbul Aku Datang ! ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Khamis Awal Muharram haritu, kami pi tengok "Istanbul Aku Datang" ...  masa dapat tau tentang citer ni mmg aku excited giler .... terus kepala mengimbau kenangan aku masa gi Istanbul bulan 6 haritu.. teringat Blue Mosque, Haya Sofya, Topkapi Palace, Selat Bhosporus... tp dalam citer ni, tak banyak sceene yang dia tunjuk tempat2 menarik tu .. tak kisah la, janji leh tengok kan? citer ni mmg best la.. walaupun citer cinta, tp mmg lain dari yang lain.. asyik gelak memanjang .... tomok pun best walaupun kaku sikit, tp watak dia menjadi la.. pastu aku suka tengok BETO, mmg dia ni kalau berlakon mmg bersahaja ..kalau jadi jahat, jahat betul, kalau jadi romantik plak, romantik betul. hehehe



ni Lisa naik Ferry merentasi Selat Bhosporus..

dan kami pun pernah merentasi Selat Bhosporus juga...

Meh nak citer sikit apa citer dia sebenarnya ..

Dian iaitu Lisa ni orangnya happy go lucky tau.. dia punya impian, iaitu nak kawin dengan boipren dia iaitu si Azad (Tomok) .. si Azad ni belajar kedoktoran kat istanbul, dan lambat lagi nak abis study.. so si lisa ni konon2 datang Istanbul sebab nak belajar Bahasa Turki selama 3 bulan, dan selama 3 bulan tu dia nak pastikan yang Azad ni melamar dia ... kira gatal tak sabar nak kawin la ni... Si Lisa ni plak, dia suka update blog.. sikit2 update blog, sikit2 update blog.. hihi comel betul

Bila dia sampai di Istanbul, Azad tu macam suka tak suka jek dia datang (rupanya ada udang di sebalik mee siam) .. Pd mulanya mereka duduk serumah, tp ada 2 kawan lain la iaitu Aizat dan sapa ntah sorang lagi .. pastu Azad tu suh Lisa cari rumah lain.. sebab tak manis la kan duduk serumah dengan laki2 lain, belum kahwin lak tu..

Si Lisa pun keluar la rumah cari rumah lain.. masalahnya dia kene tipu dengan sorang lelaki turki ni. Lelaki turki ni pi sewakan rumah tu tp sebenarnya rumah tu dah ada penyewa lelaki (Beto) .. Oleh sebab si Lisa ni dah tak de duit nak cari rumah lain (sebab dah bayar deposit pada si penipu tu) lalu dia kene la duduk serumah dengan si Harris (Beto) ni  .. korang tengok la nanti.. aku nak citer semua kang, dah tak best la plak kan.. tp jalan citer dia mmg tak boring .. ada bab gaduh2 sikit, lawak, dan mcam2 la .. nak2 tengok Lisa yang semakin comel lotte semenjak dah kawin ni, geram tau .. dah la dressing dia ala2 cam budak remaja je hehehe


❤❤  lepas ni nak tengok wayang citer apa plak ye?

1 comment:

Lynn Hamzah said...

x tengok lagi citer nie...tunggu kuar kat astro first jer la nanti...