Thursday, November 1, 2012

❤ Legoland here we come ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Amacam,mesti ada yang nampak header baru aku kat Legoland tu kat ataskan.. Alhamdulillah ni la dia "projek baik punya" yang aku cakap minggu lepas.. hahaha akhirnya tiba gak di sini.. Farhan dan Emily paling happy of course la kan .. hari2 dok zikir kat telinga aku bila nak pi Legoland.. so En Hubby kata, nanti balik raya haji kita pi, dah terlanjur balik kampung mak dia.. so dah jimat hotel! dan sekarang kami dah pun berada di sini.. yahooo!! .. opss hutang sudah langsai ye anak2.. pasni mama bawak korang pi tempat lain yang lebihhhhh best.. tp tu projek tahun depan la yek...

Masuk kat dalam ni mmg giler kejap. sebab mmg banyak giler model2 orang, binatang dan bangunan dari lego tau. mmg puas bergambar.. Rides pun banyak, dan yang paling tak sangka kami naik roller coaster anak beranak! haah kerja giler.. tp mmg giler la sebab aku dengan farhan yang paling takut.. emily rileks je dengan papa dia kat belakang. huhuhu .. gambar banyak giler, tp aku letak mana yang penting2 ajer la yer.. gambar lain aku dah letak kat FB.. ok nak cakap sikit, mmg ramai yang add aku kat fb, tp aku tak approve kalau aku rasa aku tak kenal sapa2....so kalau sapa2 nak add aku, boleh, x de masalah tp sila bg message sikit, kata silent reader blog aku, nanti aku approve..

Get ready... ada hampir 100 keping gambar ni.. jangan juling mato tau! heheheh

tiket dah beli awal2.. masa matta fair haritu (harga lagi murah dari beli online)

pagi2 sebelum kuar rumah, harus pose jap ... ada gambar dengan anak2, tp blur la plak.. so malas nak letak

kami dari Kulai, so masuk tol ni, .. eh tol apa ni bang, i remember-rember forgot ler.. anak2 dah jerit nampak banner Legoland ataih tu

comel jek signboard parking ni kan..

jom2 i dah tak sabar ni..

kemain anak aku snap gambar.. ingatkan amik gambar apa la tu

rupanya amik gambar air pancut ni..

yahooo dah sampai... panas giler.. tp ada aku kisah.. mmg aku suka panas2 ni..

sib baik ada yang sudi amikkan gambar.. luckily, tak de orang plak kat belakang tu.. cun! leh framekan gambar ni

sib baik dah beli tix awal2, so tak yah bersusah payah nak queue panjang2 beli tiket, tu jek dah buang masa okeh..

sila amik peta, baru boleh bajet nak pi mana dulu..

cam terer je kan budak berdua ni baca map? Farhan siap amik 2-3 keping extra, nak share kat kawan dia kat sekolah. sukatilah nak, hehehe


jom tengok bangunan2 dari Lego ni.. ada banyak okeh, tak semua aku tepek kat sini..




hehe sempat lak duduk kat tiang tu..

KLCC uollss

Farhan kata rasa nak celup2 tangan jek dalam tu

panas masa ni, mmg silau sikit, mujur budak2 ni pakai topi, tp kat Legoland pun ada jual.. satu topi RM49.95

ni untuk dewasa rasanya, sebab budak2 tu pakai tak muat pun






ni KLIA.. siap ada bunyi2an kapal terbang mendarat tau

tetiba terjumpa maskot lego.. comel!

chot chot.... kami naik train @ tram ni.
best gak sebab dia bawak keliling legoland.. hilang penat jap

tak hagak2 .. duduk depan sekali tu... hahhah bagus la tak nampak kepala orang lain kan..

jam 12.30 tenghari anak2 dah lapau, jom makan
cantik dalam cafe ni
 






dah makan, kami ke sini plak.. anak2 nak main keta Lego.. ada 2 tempat kat sini.. 1 tempat khas untuk budak 3-5 thun .. queue pun tak berapa panjang.. keta lego pun kecik je, luas kawasan pun terhad dan di bawah bumbung.... dan 1 tempat lagi untuk 6 thn ke atas sampai 12 thn macam tu la.. kawasan luas dan tak berbumbung, tp tak berapa puas budak2 main sebab kejap bebenau bawak keta lego tu ... beratur kemain berejam2 sampai lenguh
budak pakai baju kuning ni ditugaskan amik gambar kids yg nak main ni.. konon2 untuk buat lesen memandu la kan.. sekeping lesen memandu RM25.. tp aku x beli pun.. kedek sikit. hehehe
hampir sejam anak2 aku beratur.. aku pantau jek dari luar sebab parents tak leh beratur sama.. aku risau anak2 aku kene potong queue.. derang paling kecikkan, pastu anak2 aku mana jenis tak reti nak lawan2 ke hapa ke.. sapa2 potong queue, haruslah aku bising dari luar tu. hehehe.. ada gak budak2 yang potong queue dan ada beberapa mak orang sound petugas kat situ, budak yang potong queue tu kene beratur semula

ha kemain farhan berlari nak rebut kete kuning

onyomat geset go







kami naik ni plak.. kat sini stress sikit, sebab apa tau.. ramai orang tua2 naik ni.. ye aku tua bangka gak, tp aku naik sebab bawak budak.. dan sapa2 bawak budak, memang petugas suruh naik dengan mak bapak.... tp yang aku cakap kat atas tu, dah tua duduk kongker sorang2 .. tak tau ke ni untuk kanak2? pastu bila derang naik sorang2, queue pun makin panjang la kan.. sebab ride ni tak banyak,  adoii la..

gambar terpaksa di gelapkan.. time ni semua naik ride derang naik sorang satu.. kesian tau budak2 kecik yang kene beratur panjang nak main ni..
 

yang tua2 bawak anak2 dimaapkan. hehehehe

masa ni aku cakap kat farhan "jangan le jelir lidah, buruk".. dia kata, tu bunny tu boleh jelir lidah, aam pun nak jelir gak la.. hahah gasak ko la nak

pastu kami masuk sini.. ada apa dalam ni.. jeng jeng jeng

before masuk, kami pose2 dulu, anak2 pun tak tau apa ada dalam ni

ye korang, kami naik ni.. macam tak percaya jek kan.. tp tu la kenyataan.. menjerit2 la aku dan farhan macam orang giler.. papa dan emily rileks jek.. Emily mmg sangat2 berani.. actually ada 2 jenis roller coaster Dragon yang sama macam ni, satu untuk kanak2, kecik sikit dan tak berapa tinggi pusingannya, yang kami naik ni besar dan tinggi sikit.. kami tersilap pergi yang dewasa punya, patut nak bawak farhan dan emily pi yang kanak2 punya tempat.. tp apa nak buat, dah TERmasuk sini, redho je la naik .... tawakal kat dalam tu
masa ni dup dap dup dap jantung..
  
setiap kali dragon ni sampai, petugas dan orang ramai yang ada kat situ will tepuk tangan.. tanda mereka sangat2 berani naik roller coaster..
patu kami pi sini lak, sebab emily nak main ni

Emily naik sorang je.. Farhan tak mau.. puas aku suh beratur, tak de nye dia mau

Emily siap lambai2 tangan kat aku .. aku tanya tak takut ke.. dia kata, "TAK MAMA, ADIK RASA GELI2 JE"
pasrah jek dia duduk diapit orang besar

bergumbira gumbira jugak, solat jangan dilupakan... kat belakang yang kuning tu surau yer.. so tak bimbang nak solat ke tak..






kami tak masuk pun dalam ni. so tak tau apa ada..
beli t-shirt hijau tu untuk 4 beranak
 




emily beli ni..

ok jom bayo

amboiii sakan ..

mcm kat taman burung lak


amboii comelnya zirafah ni. siap bereben berskirt gitu


pastu kami nak masuk sini.. tengok wayang 4D





kat sini pun ramai.. ala2 macam kat USS gitu




ada playground kat sini. tp dipanggil playtown





pastu kami naik ni ala2 taming sari kat melaka tu

ada gak yang baik hati tolong snap kan

snap dari atas.. tak gayat pun

cantik gak view dari atas ni
pastu emily dan papa dia main ni plak..
 




yang ni pun seronok gak la.. lajuuuu
yang bentuk muka ni besar giler.. berapa banyak lego la derang guna
pukul 6.30 petang kami balik.. baru lepas hujan masa ni.. baru la rasa sejuk sikit
  
just to share, pada yang ada anak kecik tp tak bawak stroller, kat sini ada sewa stroller, single or double, tp aku tak sewa la sebab anak2 aku dah besar.. ni pun sapa punya ntah, aku snap jek. hehehe

❤❤ Banyak ride kami tak sempat naik, kesuntukan masa pun ya.. insyallah ada rezeki boleh repeat lagi ... oh ye aku nak mintak maaf kalau ada yang terkasar bahasa kat atas tu, kalau ada gambar2 meke2 yang aku gelapkan kat atas tu pun aku nak minta maaf la yer..

7 comments:

Hirda Ibrahim said...

Poms...
Suka aku tgk semua pix2 ko. Semua ceria. Cantik kalerful.

Liyanaroxx said...

bestnyaaaaa!bila tahunlah saya dapat sampai sini..hehehe~

Mimi said...

bestnyer...nak gi gak, tapi tunggu 'si kecik' keluar dulu la kot, rugi aku gi now, byk rides takleh naik nnt..eh, mcm la aku berani sgt naik roller coaster seme tu..tapi respek la korang anak beranak naik roller coaster dewasa tu. Kalo aku, confirm aku mintak keluar taknak naik, mak gayat..

Jasfyra said...

bestnya!! kalerful sgt..rasanya ni la satu2nya blog yg cerita psl legoland dgn terperinci n bnyk gambar..b4 ni sya survey psl legolad kt blog, gmbar sikit2 je..xpuas tgk :)akak nya meriah...rasa nk terbang p skg gak ke legoland.hahaha

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Salam, saya reader baru blog ni :)
Seronok baca blog Sis Mimi bwk family gi Legoland, at least dpt la saya gambaran mcmana suasana kat sana.

Saya plan pegi 10 November ni.
Harap cuaca tak la panas terik sgt kan...sian pulak kat budak2...
Stroller budak utk disewa tu...berapa agaknye charge dia ye?

onniesham said...

cntik2 pic ko poms.. elok je clear sumer. mood pon hepi kan, lg la berseri2 gambar coz semua ceria je. puas ler hati aam n emily, dh trcapai hajat derang.

poms, yg ko kata muka besar tu is albert einstein the genius

Nur a.k.a admansyah said...

PUAS sy tgk pics kt sini Mimi.... Mmg awk rajin ambik gambo! ehh.. camera Nikon tu baru ekkk? patutlar cantik gamba... hihi

InsyaAllah, kami pi thn depan sbb thn ni Ibu 3A dh abis cuti. Pehtu nk peksa plak... Neway, TQ 4 d tickets ya!