Wednesday, June 5, 2013

Trip to Hong Kong - Here We Come - Day 1

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Dah tengok gambar bersama Characters Disney? clik sini.. ** "Asha, yang snap gambar2 dengan characters ni semua Official Photographer derang.."

Ok marilah kita bercerita tentang hari pertama.. kebiasaanya hari pertama tak de yang menarik pun. hanya citer perjalanan nak ke sana je la kan..


Pagi2 aku dah bangun, sempat merebus nasi impit bagai untuk bawak bekal ke sana... oh ye, beberapa hari sebelum pergi aku dah buat eksperimen, nasi impit ni tahan berapa lama... ok tahan 2-3 hari kalau masuk peti es.. so pagi2 tu aku rebus dalam 15 biji, dah aku sejukkan siap2.. pastu aku tapau serunding, sambal kacang ikan bilis dan susu emily siap2 dalam bekas kecik2. senang.. dah abis buang jek.. tak yah bawak balik bekas tu... 



jangan la pelik ok... aku ada baby tua tau. hehehhe


Tepat jam 12 tgh, semua dah siap, kami gerak awal ke LCCT takut jalan jem. nak solat jamak lagi semua kan. nak alas perut anak2 lagi. kang meragam plak..

nampak banyak bag, tp kecik2 je bagnya..

sebelum keluar rumah
kami baru sampai. park depan2 LCCT so tak yah jalan jauh... total parking kat LCCT ni untuk 4 hari adalah RM 149.50
tengok kaunter dah bukak, kita hantar bag dulu..
    
ngam-ngam 25 kg kami beli luggage.. 1 bag baju, 1 bag makanan

lepas tu ajak anak2 alas perut. nak makan dlm flight lambat lagi
 




haha emily sedih bergaduh dengan abang.
masa dah time nak berlepas
  


cam biasa la asben tolong tulis form tu
makanan dah sampai.. kami beli pre book meal .. pastu duduk plak hampir depan sekali. cepat jek dapat makan..
pastu beli sikit souvenir dalam flight.. peminat FM tegar la katakan
cam biasalah, naik AA tak de la entertaiment kan.. so pandai2 la hiburkan diri sendiri.. main POU
kami selamat sampai di Hong Kong jam 8.30 malam




 

 

kene naik train untuk claim luggage


 


alhamdulillah tak panjang dan tak ramai.. maybe dah malam. masa ni takut2 nak snap gambar. hehehe
Ok nak citer sikit.. kat sana aku beli simkad Hong Kong.. mmg memudahkan dan menjimatkan. tak yah la nak roaming bagai.. ok nak cari kedai ni, tak susah sebenarnya. Aku baca kat blog2 orang, nampak mudah nak beli, tp bila sampai sana @ tempat orang, agak tercangak2 la aku memula2. takpe, takpe aku kan peramah.. so aku pi la kat kaunter information.. nak malu apa, kitakan tourist.. hehehe so far alhamdulillah, sepanjang aku kat HK aku mmg banyak bertanya, dan semua baik2 menolong.. tak de la buat muka sombong ke hapa ke kan.. so bila kat kaunter tu baru la orang tu explain kat aku.. ok lepas korang keluar dari pada Immigration korang jalan terus.. nanti nampak McDonald tau.. pastu korang pergi sebelah kanan, naik ekslator or lift kaca, ke Level 7 tingkat atas - Departure Hall .. cari lane "F".. jalan sampai hujung, pastu korang akan jumpa kedai seperti di gambar anak aku ni.. kedai 1010 .. kat situ, korang cakap je nak beli simkad untuk internet. derang faham. dan derang akan setkan simkad tu dan ada la isi beberapa kod dalam hp korang.. pastu dah activate dah..  harga simkad tu HKD88 (lebih kurang RM 37.00) .. dalam tu ada HKD10 untuk local call dan yang lebih ada unlimited internet selama 7 hari .. tp aku tak top up pun. cukup sesangat untuk 4 hari 3 malam tu.. malah lebih agaknya..



 
Dah settle beli simkad, baru la aku pi cari Taxi.. nak pi area lantau naik teksi kaler biru ye kawan2..




malam pertama kami stay hotel luar dari Disneyland. sebab sampai pun dah lewat kan, so tak perlu duduk situ.. kami pilih Silvermine Beach Resort.. cantik hotelnya. mengadap laut

baik hati hotel ni.. aku book bilik biasa, tp bila dah malam dan bawak budak2, dia upgrade bilik aku. maybe tak ramai masa ni kan.. sebab weekday, bukan weekend

bilik ni besar sebab kalau ikutkan bilik-bilik hotel di sekitar hong kong ni kecil2 belaka.. ni mmg puas hati, sebab luas.. ada space untuk sembayang lagi


 

teh cina.. tak try pun



Ok tu je hari pertama.. tp sedih sikit sebab sepanjang malam dan esok pagi adalah hari hujan. so tak dapat nak pose kat luar hotel. huhuhu


14 comments:

mama leen said...

em tak sabar nak tunggu next episod hehe.. pegi sendiri ke.. tak guna tourist guide ye??

DiilaNordin said...

wah sempoi anak beranak pakai converse~ hehe =)

*tggu sambungan*

Lynn Hamzah said...

memang boleh bawa makanan yer kak...x sabar tunggu entry seterusnya...hehehehe...

~aSHa~ said...

menarik la info akak ni

kak kat sana akak ckp english ke bahasa apa..sbb cina ni jarang skit pandai english kan....ke mcmane..

advice pls

Rasp said...

emily still minum powdered milk ye sis...
samalah dgn sapphire.....
iyelahkan sis...
now gi mana2 lebih jimat beli simkad negara tu kan....
bestnya sis ke HK...
tak sabar nak read travel u seterusnya...

Zana Nordin said...

yeehaaa...entry hong kong dah keluarrrr

khusyuk kak oit aku membaca..
oo....makanan susu semua ko packing masuk bekas kecik2 tu erk kak...ok garkkan....dah habis buang terus jer...jimat ruangan beg..nak bawa balik buat apa kan..

samalah kak oitt...kita nie berjalan tetap kena bawa bekal susu lagi walaupun anak dah besar (sebelum ada aryan lerr)...

not bad gark bilik hotelnye kak..nampak selesa n bersih

*∽ IZAN ∽* said...

Mimi.. idea yg sangat brilliant tang bawak nasi impit & sambal kering kacang tuhh!!!!!! like like likee!!!

waa weee seronoknya dah sampai hong kong.. teruskan membuat entry yekkkkk

nieda said...

X sabar nk tunggu kak mimi update citer hk

onniesham said...

tgok ns impit.. terus ngidam nk mkn ns impit with rendang

Chekgu Azrine said...

Waaaa...biler la nk smpi hongkong ni??

Emy Omar said...

Thanks for sharing the info kak..memang detail dan berguna untuk mereka yang merancang nak ke HK lepas ni..bila la kita nak sampai sana pulak ni huhuhu

Iylia Hani said...

Tak sabar nak tunggu anak2 besar.. nak bawak berjalan jauh juga... mcm sis :)

Hirda Ibrahim said...

oklah hotel dia ni.
not bad at all. worth sgt.

yg sim card tu sgt2 berbaloi. memang mati kutu bila x leh berinternet. aku dh rs masa pi bandung, london hari tu. nk guna internet tunggu balik hotel je.

Cho Zila said...

syiok.. syiok.. detail cerita...
tertunggu2 sambungan cerita...
memang baguih berjalan dengan persediaan yang rapi...