Tuesday, November 16, 2010

❤ Jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!!!!!!!!!!!!!!" ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Harini aku nak share satu email yang aku terima baru2 ini. mari kita sama2 baca dan terpulanglah pada penilaian/pendapat masing2..

credit to google


***SEBELUM TU SAYA AHMAD SAIFUL MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH. ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***




Sebutlah Uffin bukan Upin sebab Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin sebab Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin. "U" bermaksud "USA". "I" bermaksud "Israel".

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon, Digimon dan Mamula Moon.

LAGI SATU :

Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah dan akhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalah agenda yahudi. 'i' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada 'Israel'. 4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.

ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN, KITA KONGSIKAN BERSAMA***

Apa pendapat korang mengenail email ni ek? entah la aku pun susah nak cakap.. , semoga perkara ini cepat2 diselesaikan sama ada betul atau tidak.. wallahullam

11 comments:

Softtouch [Hanim] said...

ye ker kak mimi..xsangka plak..tp bukan ker ilham upin n ipin ni dr org melayu islam?entahlah yer...thanx sbb share..

Jasfyra said...

astagfirullah....mcm2 agenda yahudi ni.mmg patut kena laknat ngan Allah

..nOj.. said...

lorrr upin ipin ni bukan ke malaysia punye. ntah la. kadang2 propaganda je mende2 ni seme. no komen la

nieda said...

no komenla...tak tau kebenarannya. tapi owner syarikat ni mmg bumiputera. org melayu kita

~aSHa~ said...

erkkk ye ke? siapa dia ek tuan punye upin ipin ni? melayu ke bukan?

rasp said...

no komen pasal yg memula tu...
tapi apa hal plak kalo tak sebarkan email solat tak sah...
solat sah ke tidak antara kita dengan Allah swt....
takde kena mengena dgn email bagai...astagfirullahallazimmmm...

Sham Ummi Echa said...

ari tu kt inbox aku penuh ngan email pasal ni.

bg aku bnda ni sumer propa je. ntah yer ntah tidak. abis selama ni kita dok ckp omputih "I' dan "U" camner plak ? kalo yer pon..salah ke kita sebut upin ipin coz itu pemahaman kita adalah hanya nama sahaja. kita pon x sure nama kita ni kalo dalam bahasa lain apa maknanya betul tak.

bg aku ni sekadar satu niat jahat untuk menjatuhkan produksi upin ipin ni jer. kt mesia ni brlambak org yg gelarannya upin or ipin. kalo ariffin selalunya mesti kwn2 panggil ipin betul tak??

☆ lieya latif ☆ said...

bace kisah akak nibaru lieya tau kak...tak tau nak ckp ape...kebetulan jek kot huhuhu...

Mimi said...

uish...biar betoi..aku ingatkan upin ipin ni org melayu yg buat? anyway thanks for sharing..

aiDieNa said...

Ini semua propa.. kita boleh kaitkan apa² benda mengikut apa yg kita suka.. apapon semua bermula dari hati.. kita sebut Upin bukan kita maksudkan USA.. kalau USA pon per masalahnya.. hanya sebuah negara... Ipin tu Israel.. mak aiii... kalau macam tu.. banyak benda lagi lar yg kita tokleh nak sebut...

aiDieNa said...

Satu lagi..

"kalu kamu benar2 cintakan Allah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solat kamu tidak sah selama 40 hari 40 malam."--> what is this... siapa penulis sebenar nie yg nak tentukan sah atau tidak sembahyang seseorang...?? Ibadah kita hanya kita dengan Allah..