Friday, November 23, 2012

❤ Tribute Teater Tun Dr Siti Hasmah - Dari Hati Seorang Perempuan ❤

Salam Bismillah
Mama Farhan & Emily

Sabtu lepas hubby bawak kami anak beranak pi tonton teater Tun Dr. Siti Hasmah.. kalini bawak anak2.. selalunya kalau masuk IB tak leh bawak anak2 (kecuali teater kanak2 la kan) tp kalini boleh. so kami bawak la.. derang pun excited sebab kami kata ala2 tengok wayang.. alhamdulillah mereka mmg baik je dalam tu. risau gak mulut riuh kan










Emily kan, mesti nak duduk kat papa dia

farhan tak mau amik gambar..

cam biasa la sepanjang show, tak leh amik gambar kan. tp dah last2 ni boleh la... yang tengah2 tu Lisa Surihani (pakai kebaya labuh putih dengan kain hitam - watak Tun Dr. Siti Hasmah masa muda)

yang tengah2 tu Eja (pakai baju kurung putih - watak Tun Dr. Siti Hasmah masa dah tua)

Ayat kat bawah ni aku copy dari Oh bulan.. aku tak reti nak karang ayat yer..

Pembukaan teater ini mengisahkan rentetan perjalanan hidup Tun Dr siti Hasmah bersama Tun Dr Mahathir menjalani usia remaja di Universiti Malaya serta berputiknya percintaan mereka yang sungguh romantik sehinggalah menamatkan ijazah kedoktorannya dan berkahwin dengan Tun Dr Mahathir.

Karier beliau bermula apabila bertugas sebagai doktor selepas negara mencapai kemerdekaan. Cabaran getir yang dilalui apabila dihantar bertugas di kawasan kampung yang ketika itu cukup kuat dengan kepercayaan serta amalan perubatan tradisonal.

Lantaran itu, Tun berdepan dengan pelbagai kerenah orang-orang kampung yang tidak yakin pada perubatan moden serta pelbagai rintangan yang dilalui oleh Tun Dr Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri Ke 4.


❤❤  Pada aku best la teater ni.. sebab kita dapat tengok semangat perjuangan mereka dari dulu sampai sekarang.. ada juga gambar2 Cik Mah masa muda belia, dan yang kelakar masa Che Det tackel Cik Mah, malu2 gitu.... dan juga part masa kat spital dilakonkan oleh Lisa mmg lawak abis ... hehehe

3 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

lawa pedelpop kak!

booked...

hehehehe

nieda said...

belum pernah lagi tgk teater..
Lawa baju akak.. Hehe

Ibu Lala said...

Syok gak kn tgk teater ni sekali sekala. Tak pernah lagik tengok teater ni.

Salam singgah ye..